DMA 41

375 19 0
                                    

"Umi, baba. Naura pergi dulu ya." Kata Hana menyalam kedua orang tuanya.

"Hati-hati ye anak umi. Umi tak nak ada apa-apa terjadi dengan anak umi." Kata puan Maimunah risau akan anaknya.

"Alah umi jangan risaulah. Umi janganlah cakap macam itu. Umi cuma doakan yang terbaik sahaja bila menjawap SPM nanti." Kata aku bagi tidak merisaukan ibunya.

"Awak tu tak payahlah nak risaukan anak  kita ni. Rayyan kan ada boleh jagakan Naura." Kata pula Encik Azmi. Membuatkan aku blushing disitu.

"Ish baba ni." Marah ku pada baba ku.

"Ada betul jugakan bang." Gelak Puan Maimunah.

"Umi pun sama. Heh, Naura nak merajuk." Kata aku memeluk tubuh.

"Haha. Umi saja je usik kamu. Tapi tak apa jugakan dia jaga kamu." Kata Puan Maimunah seperti ada harapan pada anaknya itu.

"Eeee umi ni." Kedua ibu bapa aku tergelak.

Pon pon

Bunyi Hon kereta milik Dayyan berbunyi.

"Woi cepatlah. Kau hari pertama exam pula nak datang lambat." Jerit Dayyan yang berada di dalam kereta.

"Itu abang kamu dah marah. Pergilah cepat. Semoga urusan anak umi akan berjalan dengan lancar bila menjawap exam."kata Puan Maimunah.

"Kamu jangan tinggalkan jawapan kosong. Jawap betul-betul faham." Kata pula Encik Azmi. Aku ketawa perlahan

"Baik. Terima kasih Umi,baba. Naura pergi dulu. Assalammualaikum."

"Waalaikumusalam."

*****

Aku mula melangkah masuk sekolah. Orang pertama sekali yang aku nampak ialah Rayyan yang sedang berjalan di hadapannya.

Aku mendapat satu idea nakal. Aku menghampirinya perlahan. Satu, dua dan tiga..

Bah!

"Oh mama nak cucu." Latah Rayyan mencampakkan buku yang dibacanya.

Sergah aku dari belakang membuatkan aku tergelak besar.

"Ish kau ni Hana. Kalau aku ada heartattack macam mana. Kau nak tangung."Marah Rayyan pada aku.

"Alah aku gurau je. Kau buat apa itu?" Kata aku jalan bersama Rayyan di sebelah.

"Tengah masak buku ni bagi semua ilmu masuk dalam kepala bila aku makan."

"Aik, boleh ke?" Soal aku sambil memikir.

"Ish kau ni. Mana boleh masak buku. Berfikir guna otak bukannya lutut. Dah lah, jangan kacau." Rayyan menyindir dan menghalau aku. Dia sambung kembali membaca buku yang berada di tanggannya.

"Ye lah. Bye." Kata aku terus melangkah laju meninggalkan dia di belakang. Aku mengharapkan lelaki itu memanggil namanya. Tetapi tiada sahutan nama aku di panggil. Aku memusing kebelakang jikalau di memandang aku.

Tetapi hampa juga kerana matanya masih tertacap pada buku.

"Heh." Aku merajuk dan menghempaskan kaki laju pergi ke dataran.

Rayyan tergelak perlahan melihat telatah Hana.

Kau ingat aku tak tahu yang kau pandang aku. Comel je kau. Desis hati Rayyan.

TBC.
________________________________

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now