DMA 42

355 20 0
                                    

Selepas beberapa minggu akhirnya habis juga peperiksaan besar ini.

"Yeay merdeka!" Laung Syed dengan kuat.

"Tanggal 31~" Arifah pula mula menyanyi. Aku mengelengkan kepala melihat mereka berdua.

"Akhirnya, aku bebas daripada seksaan soalan maut dari kertas exam." Kata Mira.

"Hehe, you right. Pecah kepala i nak fikir semua benda tu." Jawap Bella.

"Aduh.." Amar mengeluh panjang. Mira melihat muka Amar yang murung sejak dari tadi.

"Kau kenapa?" Soal Wafiy.

"Haah asal kau?" Kata Mira

"Ada beberapa soalan aku tersilap jawap. Matilah aku kali ni." Jelas Amar menundukkan kepalanya.

"Tak adanya mati. Cuma kau akan gagal je." Kata Mira tergelak apabila mengusik rakannya yang malang itu.

"Apa kau cakap. Eh ada beberapa soalan aku buat betul, okey." Kata Amar marah.

"Soalan apa?"

"Soalan yang objektif nombor satu. Jawapannya A."

"Bukan jawapan dia C ke?"

"Aku pun rasa C ialah jawapannya." Kata Wafiy.

"Haah. I pun buat C." Kata pula Bella.

"What the C. Are you kidding?"Kata Amar tidak percaya.

"No, i'm not kidding."kata Mira

"Matilah aku kena belasah dengan bapak aku." Murung Amar membuatkan kami semua tergelak.

"Hahaha. Relax lah, result lambat lagi keluar. Apa kata sebelum kita semua ikut haluan masing-masing. Kita pergi hangout nak tak." Cadang Mira.

"Betul juga, jom pergi pantai. Aku dah lama tak pergi pantai. Bolehlah aku berjemur bawah matahari." Kata Wafiy.

"Apa kau fikir sini oversea ke nak jemur-jemur." Kata Arifah.

"Lantak dia lah Arifah oi. Janji dia bahagia menghitamkan badan dia." Celah Syed membuatkan semua ketawa di situ.

"Diamlah kau."

Aku yang berada di belakang tergelak melihat telatah diorang. Aku perasan ada seorang lelaki  berjalan di sebelah aku.

Aku dan dia memandang antara satu sama lain.

"Kenapa pandang aku?" Soal Rayyan.

"Habis kenapa kau juga pandang aku?"

"Mana ada aku pandang kau. Tiber je." Dia menjeling aku. Entah kenapa aku berasa kurang takut dengan jelingan dia.

"Rayyan kau marah ke? Janganlah marah. Tak handsomelah macam ni kalau kau marah." Kata aku tersenyum memandangnya.

Rayyan memberhentikan langkahnya. Dia melihat aku yang masih tersenyum manis terhadapnya.

Dia terus memandang ke tempat lain.

"Haha, baru aku tahu. Kau kalau malu mesti pandang ke tempat lain."

"Mana ada aku malu." Kata Rayyan kalut.

"Ada."

"Apa-apa je lah. Btw, cik Hana Naura. Boleh tak kau tolong basuhkan handkerchief aku." Rayyan menghulurkan sehelai handkerchief kepada aku.

"Haih.. asal aku pula."

"Alah~boleh lah~" pujuk Rayyan.

"Ish yelah. Nasib muka kau handsome kalau tak dah lama aku tampar kau." Aku mengambil handkerchief itu dari tangan Rayyan.

"Thanks,sayang." Katanya tersenyum.

"Eee..makin berani kau panggil aku sayang eh."

"Kau pun sama je. Makin berani puji aku handsome." Rayyan mengangkat kening memandang aku.

Aku sudah membahang di situ.

"Dah lah. Aku nak balik. Bye, korang semua."

"Bye Hana. Hati-hati balik." Kata Arifah.

Kesemua rakannya melambai ke arah Hana.

Rayyan melihat Hana dari belakang yang masuk ke dalam kereta milik Dayyan.

"Kita akan berjumpa lagi." Kata Rayyan perlahan.

TBC.

________________________________

NEXT: DMA 43

"Kenapa ada nama aku dekat handkerchief kau?"-HANA.

"Kau rasa?"-Rayyan.

#####💕

Plz abaikan jika ada typo ye. Malas pula nak check blik.hehe🙇💦.

Btw jgn lupa follow aliaaaaxjimin, comment, vote and share my story pada kawan2😗.

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now