"Arghhh jangan ganggu aku. Aku muda lagi"jerit ku sekuat hati.
"Woi senyaplah. Kau tahu tak kau ganggu ketenteraman orang nak tidur dekat sini"kata Rayyan.
"Eh Rayyan? kenapa kau ada kat sini? Ooh kau lah jembalang yang nak pedajal aku tu ye." Aku mula mahu meluku kepala si pedajal ni. Tapi dia sempat mengelakkan dirinya dan jalan melintasi aku dengan muka selamba badaknya itu.
"Kau tu yang fikir bukan-bukan. Siapa nak pedajal kau. Dah jom balik." Rayyan berjalan meninggalkan ku. Aku masih menjadi tiang disitu. Banyak persoalan yang melintas di benak fikiran ku.
"Tak nak balik ke? Kalau tak nak tak apa. Aku boleh balik seorang. Kau duduk lah dekat sini seorang tunggu han.."
"Ish mulut kau ni aku tampar karang. Cacat baru tahu." aku mula mengikuti langkah Rayyan dari belakang. Sebab aku tak nak jalan beriringan dengan dia. Jangan tanya kenapa. Mesti korang tahu kan.
Suasana di antara kami senyap. Tidak tahu mahu memperbualkan apa. Terasa janggal pula aku dengan dia ni.
"Kau kenapa tak balik lagi?"soal Hana memulakan percakapan antara mereka.
"Aku nak balik lah ni"jawapnya.
"Aku serius ni"
"Aku pun serius"
"RAYYAN RASYID"
"Yes can i help you."
Aku membuat muka bengang. Rayyan pula tergelak kecil di hadapan aku.
"Aku just jalan kan wasiat abang kau untuk hantar kau pulang ke rumah sebab abang kau pergi melepak kat caffe hipster" katanya.
What? Kata member semua busy ni mana pula datang kawan ni. Jangan cakap dia pergi date. Tapi dia mana ada girlfriend. Hmm.
"Asal senyap?"soal Rayyan. Aku memandang belakang tubuh Rayyan yang berpakaian hodie itu. Nampaknya baju dia dah kering.
"Woi aku cakap dengan kau lah" marah Rayyan yang tidak berpaling muka ke belakang.
"Tak ada apa-apalah. Tapikan kenapa kita balik jalan kaki dan bukannya motor atau kereta? Kau datang sini naik apa?" Aku memandang Rayyan yang tinggi di hadapan. Senyap. Aik tadi sound aku senyap boleh pulak. Apalah manusia di hadpan aku ini.
"Bapa aku hantar aku" jawap dia pendek. Tu je. TU JER. What the ****. Aku beristifar dan cuba mengawal pernafasan aku yang naik turun dengan perangai Rayyan.
"Please i'm serious now" kata ku
"I'm serious too"
"Tapi kau belum jawap soalan pertama aku lagi"
"Perlu ke?" Gelak dia di hadapan ku. Aku di belakang sudah keluarkan silat nenek moyang aku punya style. Aku mula nak menyepak Rayyan yang berada di hadapan ku ini.
"We Hana Naura" panggil Rayyan di hadapan. Tetapi Hana senyap di belakang.
"Hana" senyap lagi. Tiada balasan darinya. Aik pengsan ke budak ni? Rayyan baru hendak memusing badan kebelakang. Hana dengan laju pecut lari dengan kelajuan 80 kl/j.
"RAYYAN LARI!!" jerit aku pada dia. Rayyan terpinga pinga memandanga aku macam lipas kudung larinya.
"We asal? Kenapa?" Rayyan mula panik.
"LARI JE LAH"Rayyan masih lagi berdiri disitu. Ah lantak kaulah Rayyan. Aku nak hidup aku tak nak mati sekarang. So aku lari dulu bye.
ROOF ROOF
Kedengaran serigala menganjing. Eh salah harimau mengaum. Bukan jugak. Ah lantak lah janji aku pecut dulu.
"Mama! Tolong!" Jeritan lantang Rayyan kedengaran di belakang aku. Aku yang di hadapan boleh pula ketawa apabila terdengar suara Rayyan yang seperti perempuan itu.
Rayyan memotong aku dengan kelajuan yang tidak dapat dikenal pasti.
Kami berlari dengan laju untuk cuba mengelakkan diri daripada tergigit anjing yang mengejar kami dengan menganas. Hanya suara jeritan kami dan anjing saja yang berbunyi di perumahan itu.
Kereta Volkswagen kuning yang di pandu nenek tua itu memandang kami pelik dan teretawa.
*****
Kami tiba di hadapan rumah milik aku. Peluh mula membasahi tubuh. Masing-masing mecari nafas. Jauh jugak aku lari mahu sampai 1 kilometer lebih juga lah.
"Asal anjing tu kejar kita." Kata Rayyan yang mengipas hodienya bagi merasa angin di tubuh.
"Sorry lah. Aku nak sepak kau lepastu tak sangka pula aku tersepak anjing tengah tidur kat situ. Tu yang dia marah tu"
"Kau ni pun satulah. Kau pergi sepak anjing tu kenapa?"
"Kau pun sama je. Sibuk nak balik jalan kaki. Kalau kita naik kereta mesti tak jadi macam ni"
"Eh eh salahkan aku pula. Semua takkan berlaku kalau kau tak sepak anjing yang tak bersalah tu."
"Dah lah balik lah kau. Aku nak sucikan kasut aku yang terkena najis mutawassitah ni"
"Salah tu. Tu Najis mughallazah"
"Ha mughallazah. Ha balik lah kau. Jangan balik kau tersepak anak orang pula."
"Aku bukannya macam kau. Dah lah aku balik dulu. Assalammualaikum saudari" Rayyan pergi meninggalkan aku.
"Waalaikumisalam saudara."
TBC.
_________________________________________
Hi semua..apo khabor..baik?..sihat?.. haha author ni dah kenapa.
Btw best ke ep kali ni? Kalau best, sila kn vote ye hehe. Kalau tak best tak pe tak payah vote pon tak pe. Just vote tu biar ikhlas dari hati lah ye hehe.
Okey, mcm biasa don't forget to vote, share and follow me on my insta habiblia_
and my wattpad
Follow:aliaaaaxjimin
💕💕💕💕💕
YOU ARE READING
DIA MILIK AKU
Random[COMPLETE] Semua ini bukan hanya kebetulan. Aku tahu ini semua hanya kerana perasaan aku sahaja. Perasaan? Atau DIA telah tetapkan jodoh aku dengannya? "tak guna punya jembalang,habis basah baju aku....."marah Hana "sorry sikit eh aku rasa kau yan...