DMA 9

537 32 3
                                    

Hari isnin ialah hari yang paling aku tak suka. Hana datang kesekolah seperti biasa. Dia ternampak Mira yang berada di hadapan. Hana menuju ke arah Mira.

"Morning Mira".

"Morning"

Mereka berborak dan pergi ke dataran untuk beratur.

Perhimpunan dimulai dengan ucapan guru besar di smk fantasia itu. Mata Hana melilau ke kiri dan kanan.Ramai di antara mereka sudah pun mengantuk mendengar ucapan guru besar.

Ada yang dah tidur di bahu kawan. ada juga yang sampai air liur suci keluar dari mulut. Dia melihat rakannya Mira yang menongkat dagu juga sudah pun tertidur ayam.

Hana menguap sebesar-besarnya. Tiba-tiba ada satu tangan menutup mulutnya. Dia memandang ke arah tuan punya tangan itu.

"Woi kau kenapa?"soal Hana pada Arifah.

"Kau tu lah. Nyamuk berjemaah pun boleh masuk dalam mulut kau ni."

"Aku penat lah. Sakit badan lagi ni"

"Kau tidur tak betul kut"

"Tak ada lah , aku sabtu lepas aku mandi manda dengan family aku. So dah lama tak berenang tu yang sakit badan ni". Arifah hanya meng-O kan sahaja.

Selesai perhimpunan mereka masuk ke kelas.

Mata pelajaran pertama di kelas 5 Alfa ialah BM. Cikgu Wati menulis sesuatu di hadapan. "Okey semua cikgu ada hal yang perlu dilakukan jadi cikgu akan bagi kamu latihan. Cikgu nak kamu semua buat karangan ni. Cikgu nak sebelum pulang dah kena ada semua buku di atas meja cikgu. Ketua nanti tolong hantar semua buku kat atas meja cikgu ye. Siapa yang tak hantar akan dikenakan denda. Faham."

"Faham"

Mereka memulakan latihan yang cikgu beri. "We macam mana ni latihan sebelum ni pun aku tak siap lagi we. Ada lagi satu karangan lagi aku tak buat." Kata Hana yang sudah gelisah.

"Lek ah awal lagi. Banyak lagi masa ko boleh buat. BM ni kan dua masa so ko buat lah " jawap Tasha

"Ko cakap senang lah masalahnya aku yang kena buat bukannya ko".

"Alah kau ni buat je lah time ada masa ni"

"Ye lah"Hana membuat kerjanya yang tergendala itu. Rayyan pergi ke belakang ingin membuang sampah .sempat matanya mengintai Hana yang bertungkus lumus membuat kerja sekolahnya . Ada beberapa pelajar perempuan yang lalu di depan kelasnya memandang Rayyan.

"Hi awak, buat apa tu" tegur seorang pelajar perempuan kepada Rayyan.

"Tak nampak ke aku tengah buat apa" jawap Rayyan.

"Sekejap saya cuba teka emm" pelajar itu meletakkan jari nya ke dagu seperti berfikir.

" ha!  awak tengah buang sampahkan betul tak"  Rayyan hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Yeay betul hebatkan saya ni" pelajar itu menunjukkan perangainya yang gedik.

'Hekeleh budak tadika pun boleh jawap lah apa yang aku buat ni'

"Oh saya lupa nak perkenal kan diri. Nama saya Nur fasya dari kelas 5 mop. Tapi awak boleh panggil saya sya atau awak boleh panggil saya panggilan sa-yang." Rayyan membuat muka menyampah.

' Eii perempuan ni dah lah tak pakai tudung lepastu rambut dah lah macam mop memang sesuai lah dia masuk kelas 5 Mop'

"Macam ni lah miss fasya. Saya ni tak berminat dengan orang yang gedik macam awak dan awak bukan taste saya pun. Jadi terima kasih jelah. Sila balik kelas awak sekarang atau awak nak saya seret awak kesana ?" Pelajar itu membuat muka masam mencuka. Rakan gadis itu mentertawakannya. Pelajar itu terus pergi meninggalkan kelas itu bersama rakannya.

DIA MILIK AKU Where stories live. Discover now