Jae Wook menapak ke arah Jungkook yang sedang bersandar di kereta.Lelaki itu sedang fokus dengan telefonnya.Dehaman Jae Wook mengalihkan perhatian lelaki berunifom polis itu." Tuan ! "
Dia membongkok sedikit kepada lebih berusia darinya itu.Sekarang dia bekerja untuk lelaki ini.Bersama dengan menangani kes yang sudah bertahun-tahun tidak dapat di selesaikan.
" Hari ni dia masuk sekolah tengahari. Jadi kamu boleh uruskan ? "
" Boleh , no problem. Tuan boleh harapkan saya " Jungkook membalas dengan penuh keyakinan.Dia sangat berharap Jae Wook percayakannya supaya mudah untuk dia membantu keluarga ini.
" Tuan dah nak pergi ? "
Jae Wook mengangguk kepalanya.
" Saya tak ada pilihan. Nak lari pun sekarang ni seorang anggota polis ada depan saya "
Seloroh Jae Wook, Jungkook senyum sikit. Tidak tahu harus pamerkan reaksi macam mana.Rasa serba salah kerana dia tahu Jae Wook tidak bersalah. Lelaki itu hanya ingin menyelamatkan diri .
" Tuan nak saya hantarkan ? "
Pelawaan Jungkook di geleng oleh Jae Wook.Dia mahu Hee Soo yang menghantarnya ke balai polis.
Hari ini dia akan di tahan dan esok adalah perbicaraan terakhir.Penentuan adakah dia di bebaskan atau di penjara selama 3 tahun bagi pertuduhan membunuh tanpa niat.Peluangnya untuk di bebaskan sangat tipis.Semuanya di serahkan kepada pihak mahkamah, dia tidak mahu melarikan diri kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada keruh.
" Jaga Jihyo "
Arahannya di angguk patuh oleh Jungkook.Beberapa minit kemudian, Hee Soo memandu pergi membawa Jae Wook ke balai polis. Jihyo ketika itu sedang berdiri di jendela bilik menghantar kepergian appa nya itu.
Setitis demi setitis airmata mengalir di pipinya.Tidak dapat menahan rasa..
" Song Jihyo ! "
Panggilan Jungkook dari tingkat bawah mengalihkan perhatian Jihyo yang sedang meniarap mengadap laptopnya di atas katil.
" Nak apa lah ! "
Dia mengomel, tetapi tetap turun dari katil dan turun ke tingkat bawah.Di pandang tidak suka Jungkook yang berdiri di tangga bawah." Apa ? "
" Pergi sekolah pukul berapa ? "
Soalan di balas dengan soalan.Jihyo mengaru pelipis dengan wajah masam. " Pukul 11:00 " jawabnya dengan nada malas.Jungkook melihat jam di pengelangan tangannya.Baru pukul 9:15.
" Bersiap. Oppa tunggu dekat kereta "
Dahi Jihyo berkerut.Setahunya sekarang belum pukul 11:00.
" Tapi sekarang belum pukul 11:00 lagi "
" Oppa ada kerja dekat balai. Jihyo duduk dekat sana sementara tunggu pukul 11. Nanti oppa hantarkan pergi sekolah "
Jihyo pamerkan muka tidak puas hati.
" Palli ! oppa tunggu dekat kereta "
Ujar Jungkook dan dia menapak keluar.Tidak menghiraukan Jihyo yang tengah tak puas hati." Aish ! dia ingat dia siapa nak arah-arah kan aku. Benci betul lah macam ni "
Dia mulai protes. Kaki di hentak-hentak dengan perasaan geram.Pintu bilik di tutup dengan kuat.
...
" Nah ! "
Eunseo menghulurkan sebuah fail kepada Johnny yang sedang berdiri di tepi mejanya.