19 .

755 130 13
                                    

Jihyo mengemas buku-buku dan di masukkan ke dalam beg sekolahnya itu. Rakan sekelas sudah beransur keluar untuk balik. Jihyo mengalas beg di belakang dan turut melangkah keluar.

" Hari ni awak balik dengan siapa?  "
Cha Junho menegur dari belakang. Bahu Jihyo dia cuit sedikit dan berjalan sebelah gadis itu.

Jihyo jungkit bahu.

" Mungkin ahjussi datang jemput saya hari ni "
Jawab Jihyo dan pandang Cha Junho sekilas.
" Bukan ke ahjussi dah lama tak datang jemput awak? setahu saya akhir-akhir ni polis tu yang selalu datang jemput awak "
Cha Junho membalas. Itu apa yang dia nampak yang seorang anggota polis sering datang menjemput Jihyo.

Jihyo tidak menjawab. Keduanya berjalan hingga ke pagar sekolah. Baru Cha Junho ingin membuka mulut, terdengar hon kereta.

Jihyo berpaling. Tepat jawapannya.

" Tu ahjussi dah datang. Saya balik dulu "

Cha Junho angguk dan melambai kearah Hee Soo.

" Jihyo, jumpa esok "

Jihyo angguk dan masuk ke dalam kereta sebelah pemandu. Dia dan Hee Soo berbalas senyum.

Hee Soo menghidupkan enjin kereta dan memandu tinggalkan kawasan itu.

Jihyo berdeham.
" Erm, ahjussi "

" Nae, Jihyo nak tanya apa?  "
Hee Soo pandang Jihyo sekilas dan kembali tengok depan.

" Wae, bukan Jungkook oppa yang datang jemput Jihyo?  "
Walaupun dia sudah pun menjangka yang Jungkook pasti tidak akan menjemputnya hari ini. Lelaki itu pasti terasa dengan apa yang terjadi semalam.

Hee Soo tersenyum mendengar soalan itu.

" Jungkook call ahjussi tadi . Dia kata dia ada kerja harini dekat luar, tak dapat jemput Jihyo. Itu yang dia suruh ahjussi jemput "

Jihyo angguk faham. Tetapi jawapan itu tidak memuaskannya. Dia pasti Jungkook sengaja ingin menjauhkan diri darinya. Lelaki itu terasa dengannya. Itu yang dia pasti.

....

Selesai kerja, Jungkook terus menuju ke rumah Jihyo. Tadi dia tidak dapat menjemput gadis itu balik sekolah kerana ada kerja luar.

PIN

Jungkook tergelak kecil apabila Lish melatah terkejut dengan bunyi hon. Dia keluar dari kereta dan menghampiri Lish yang sedang menyiram pokok bunga.

" Kamu ni Jungkook, nasib baik ahjumma tak ada sakit jantung "
Lish menutup paip air. Jungkook dia hampiri.

"Mianhe, ahjumma "
Ucap Jungkook dan menghabiskan sisa ketawanya.

" Kamu dari mana ni? "
Tanyanya dan berjalan kearah gazebo. Duduk dia labuhkan dan diikuti Jungkook sebelahnya.
" Saya macam biasa dari balai ahjumma. Singgah sini kejap sebelum balik penthouse "
Sesekali dia tengok balkoni bilik Jihyo di tingkat dua. Tercari gadis itu.

Lish yang sememangnya faham mengukir senyum.

" Kamu datang nak jumpa Jihyo ke? "

Jungkook beralih tengok Lish di sebelah. Kepala dia geleng.

" Eh, tak ada lah ahjumma "

Bohong belaka,

" Macam lah ahjumma kenal kamu ni sehari dua. Ahjumma tahu kamu datang nak jumpa Jihyo "
Ujar Lish berseloroh.

Jungkook memegang belakang tengkuk. Malu pula dia di buatnya, kantoi.

" Erm, dia mana ahjumma? "
Tersengih dia apabila Lish menjeling. Nak cover tak pandai abang polis seorang ini.

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now