34 .

561 91 21
                                    


" Saya harap Puan tabah hadapi semua ini.
Jangan terlalu mengikut emosi.
Risau nanti menjejaskan bayi dalam kandungan Puan "
Seorang doctor wanita memberikan pesanan kepada Eunseo.
Jungkook dan Jihyo turut berada dalam wad itu.

Eunseo tidak mengangguk dan tidak juga mengeleng.
Perasaannya sarat,
Sarat dengan kesedihan kehilangan suami tercinta.
Doctor wanita itu menepuk bahu Eunseo perlahan dan melangkah keluar.

" Hiks, "
Kedengaran tangisan Eunseo.
Matanya tepat melihat sekujur tubuh yang sudah kaku diatas katil.

" Eunseo, dah lah tu.
Jom keluar dulu "
Jungkook mengajak.
Dia mendekat.

Eunseo memandang Jungkook.
" Hiks, Jungkook saya tak kuat "

Jihyo berdiri disebelah diam tidak bersuara.
Dia dan Jungkook berpandangan sekilas.
Sekali lagi Eunseo memeluk Jungkook membuatkan Jungkook terus melihat Jihyo, wajah isterinya jelas tidak ceria.
Tidak selesa dengan tindakan Eunseo.

Jihyo paling mahu keluar dari bilik itu.
Tetapi dia terhenti apabila Jungkook memegang tangannya.
Mereka berdua berpandangan.
Jungkook benar-benar merasa bersalah, lebih lagi jelas kelihatan mata isterinya itu berkaca.

Dia tahu Jihyo terasa hati.
Jihyo tunduk.
Airmata yang mengalir dia kesat dengan jari.
Takut, terlalu takut dengan kemungkinan akan datang.


...



" Sayang— "

" Saya penat.
Nak tidur "
Tanpa menoleh, Jihyo terus melangkah naik ketingkat atas.

Jungkook berbelah bagi.
Dia rasa bersalah dengan Jihyo.
Tetapi, dia sekarang ini memegang amanah mendiang Brian.
Kawan baiknya yang amanahkan dia supaya menjaga Eunseo.

Tidak mahu mengangguk Jihyo, dia menapak masuk ke dapur.
Segelas fresh orange diambil dan duduk dilabuhkan dekat meja panjang.

Fresh orange diminum sekali teguk.
" Aish— "
Jelas sekali dia rasa tertekan.
Tidak tahu harus bagaimana.
Adakah dia ada dua tanggungjawab sekarang.
Jihyo dahlah masih muda, tak akan lah kena hadap situasi berat sebegini.

Dia tidak mahu isterinya itu terluka kerana dirinya.

Jungkook toleh kebelakang apabila seseorang masuk kedapur.
Jihyo masuk kedapur tanpa melihat sang suami.
Tanpa menghiraukan Jungkook, dia menceduk nasi, lauk serta sayur di dalam pinggan.

Setelah itu, Jihyo bergerak untuk keluar.
Tetapi Jungkook pantas bangun dan berdiri di depan Jihyo.

" Oppa, tepi.. "
Ujar Jihyo malas.

" Jangan buat oppa macam ni.
Marah sangat dekat oppa sampai makan pun tak pelawa oppa sekali "
Balas Jungkook.
Lemah dia apabila tidak dipedulikan oleh Jihyo sebegini.

" Oppa kan ada tanggungjawab lain.
Kena jaga orang lain, kena bagi attention dekat orang lain.
Jadi mulai sekarang saya kena lah berdikari "
Jawapan Jihyo benar-benar mengejutkan Jungkook.

" Sayang— tak akan lah sampai macam ni?
Oppa pegang amanah.
Bukannya oppa abaikan sayang.
Oppa masih ada dengan sayang kan "

" Sekarang.
Sekarang memang lah oppa dengan saya.
Tapi lepas ni, oppa boleh jamin ke oppa akan ada dengan sayang?
Oppa sendiri kata oppa pegang amanah.. "

" Eunseo unnie dah tak ada sesiapa.
Nanti kalau dia melahirkan macam mana?
Mestilah oppa akan jaga dia, tengok kan dia.
Sayang tak apa sebab ada appa, ada ahjumma.
Ada orang jaga "
Sambung Jihyo.
Terkejut Jungkook sangat jauh sangkaan isterinya itu.

" Jauh sangat sayang fikir "

" Itulah hakikatnya oppa.
Kalau bukan oppa yang jaga eunseo unnie siapa lagi?
Oppa yang pegang amanah "
Jihyo meletakkan pinggan atas meja.
Dia berjalan keluar.

" Sayang—
Song Jihyo— "

Langkah Jihyo terhenti.
Jungkook pusing.

" Oppa tak benarkan sayang sambung belajar "

Drastik Jihyo pusing kebelakang.
Reaksinya jelas terkejut.
" Waeyo ? semalam oppa kata oppa benarkan "
Tanyanya tidak percaya.

" Oppa nak sayang duduk dekat omma.
Esok oppa hantar sayang pergi sana.
Duduk dekat sana sampai sayang melahirkan dan habis pantang "
Jawab Jungkook memberi perintah.
Jihyo akan duduk dengan ibunya plus ibu mertua isterinya itu.

Jihyo menghembus nafas kasar.
" Wae? nak menyenangkan oppa jaga Eunseo unnie??! senang oppa nak jumpa dia kalau saya duduk jauh, kan? "

" Jangan kaitkan dia sayang.
Oppa nak memudahkan sayang.
Tak ada kaitan dengan Eunseo .
Kalau lepas pantang nanti nak sambung belajar sambung lah.
Luar negara pun boleh "

" Tipu,
Saya tahu oppa buat semua ni sebab Eunseo unnie.
Jujur jelah oppa nak jauhkan sayang dari oppa "
Ujar Jihyo dengan nada kuat.
Dia berlari laju naik ketingkat atas.

" Jihyo— "
Jungkook turut naik ketingkat atas.
Belum sempat dia masuk, Jihyo menutup pintu dari dalam.

" Jihyo— sayang bukan pintu ni.
Please, jangan macam ni "
Pintu diketuk dari luar.
Jungkook benar-benar cemas.

" Pergi—
Oppa dah tak sayangkan saya.
Kalau tak kenapa tiba-tiba oppa cakap macam tu.
Baru semalam oppa benarkan saya sambung belajar "
Jihyo bersuara dari dalam.
Kedengaran percakapan bersama tangisan.

TOK! TOK!

" Ani— sayang jangan cakap macam tu.
Oppa nak sayang sambung belajar selepas pantang.
Bukan sebab lain.
Please, bukan pintu ni sayang.
Oppa ada sayang sorang aje.
Oppa tak sayang perempuan lain dah "
Suara Jungkook benar-benar cemas.
Matanya berkaca dengar suara tangisan Jihyo.

Sudahlah Kim Jae Wook dan Lish tiada di rumah.
Kim Jae Wook pergi jumpa kawannya dan Lish pula balik awal.

Jungkook laju turut kebawah apabila teringat kunci pendua.
Almari di bawah dia selongkar.
Apabila terjumpa kunci di dalam laci, dia pantas naik ketingkat atas.
Pintu di buka dengan rasa cemas.

" Sayang— "
Dia laju menghampiri Jihyo yang sedang duduk atas lantai tepi katil.
" Mianhe,
Oppa minta maaf sayang "
Wajah Jihyo basah dengan airmata.
Dikesat dengan jarinya.

Dibawa Jihyo kedalam pelukan.
Tangisan Jihyo sudah reda.
" Oppa benarkan sayang sambung belajar.. "

Jihyo geleng lemah.
" Sa—saya ikut kata oppa.
Sa—saya pergi rumah omma "

Jungkook pejam mata.
Sungguh dia rasa bersalah.
Dia tahu kata-kata Jihyo bukan kehendak hati.

__

BERSAMBUNG .

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now