Johnny melabuhkan duduk di hadapan Jungkook dalam cafe yang sering mereka kunjungi ketika waktu makan tengahari . Nescafe panas dia minum perlahan ." Petang ke malam majlis kawan kau Jungkook ? pergi dengan girlfriend kau tu ke ? "
Dia memulakan perbualan . Jungkook menelan nasi yang baru dimamahnya itu . Terasa tersekat di kerongkong ." Girlfriend ? lawak apa yang kau tengah buat ni ? "
Tanyanya kembali selepas meminum air . Boleh tercekik dengan soalan temannya itu ." Sudah geharu cendana pula kau "
Riak wajah Jungkook berubah . Tidak faham akan apa yang di maksudkan oleh Johnny .
" Aish, budak Jihyo tulah "
Jungkook bangkit sedikit . Dahi Johnny dia jentik geram . Dan duduk kembali . Johnny mengosok dahinya yang sakit akibat di jentik Jungkook .
" Kau jangan nak buat hal boleh tak . Kan tak pasal-pasal timbul gosip aku pergunakan budak-budak "
Johnny tergelak mendengar kata-kata rakan sebalainya itu . Gosip seperti itu sememangnya akan timbul kerana Jihyo masih terlalu muda dan di bandingkan dengan Jungkook ." Kalau dia jadi girlfriend aku pun, tak kan lah aku nak bagitahu semua orang . Nanti kecoh satu balai, time Jihyo datang balai sebelum ni pun dah kecoh diorang bergosip sakan "
" Macam ada perancangan nak jadikan dia girlfriend kau aje bro "
Johnny meneka sambil tersengih-sengih . Jungkook tidak membalas . Hanya bibir yang senyum bereaksi .Johnny tergelak .
" Kau budak pun jadi ye "
" Tapi Jihyo tu aku nampak mature aje . Kalau orang tak kenal tu, mesti ingat dia dah 20an "
Johnny menyambung ." Nampak aje . Tapi perangai mengalahkan budak 5 tahun "
" Mesti jenuh kau nak melayan kan ? "
Johnny tanya sambil gelak-gelak .
" Dah lah . Malas aku nak melayan kau . Aku ada kerja dekat balai . Malam ni kena pergi majlis kawan aku pula "
Jungkook dan menapak ke sinki ." Thanks , "
Ucapnya kepada penjaga kaunter di cafe itu apabila selesai bayar harga makanan dan minuman ." Datanglah selalu ke sini Encik Insp "
Seloroh penjaga kaunter berwajah cantik itu . Jungkook sekadar mengangguk dan melangkah keluar .…
" Jihyo ! "
Panggilan daripada seorang pelajar lelaki menghentikan langkah Jihyo . Dia yang mahu keluar berpaling . Pelajar lelaki berpangkat pengawas sekolah itu berlari anak kearah Jihyo .
" Kenapa Junho ? "
Jihyo bertanya . Beg yang dia galas di belakang dia betulkan . Junho sudah berdiri depannya .