Jungkook parking kereta tempat yang telah di sediakan di balai polis itu . Dia membetulkan uniform polis ditubuhnya . Setelah berpuas hati, dia keluar dari kereta . Beberapa anggota polis yang berpangkat lebih rendah tabik hormat kepadanya sejurus keluar ." Insp. Eunseo "
Dia berlari anak kearah Eunseo yang sedang menuju kearah peronda polis . Wanita itu menunggunya ." Betul ke kes pasal pelajar yang mati dekat Hanyang School tu dibuka balik ? "
Dia menyoal . Kerana setahu dia kes itu sudah tutup .Eunseo angguk .
" Baru aje buka balik . Sebab ada spy kita nampak Puan Jin Kyung jumpa dengan appa pelajar tu "
Jungkook terangguk-angguk .
" Lagi satu ada sumber juga mengatakan Puan Jin Kyung ada kaitan dengan seludup senjata api dan gudang yang kita serbu sebelum ni "
" Habis tu kita kena tahan Puan Jin Kyung ke ? untuk soal siasat ? "
Pertanyaan itu digeleng oleh Eunseo . " Tak perlu lagi sebab kali ni kita kena aturkan rancangan dengan sebaik mungkin . Pihak atasan cakap kita tengah berhadapan dengan orang yang licik . Jadi rancangan kita pun kena licik juga . Cari bukti sebanyak yang boleh . Ingat Jungkook, kemungkinan besar you akan mengetui untuk kes ni "" Dan you tu tengah jaga anak perempuan tu . Tugas you berat . Anak mana tak sayang omma dia . I yakin Jihyo tak tahu pasal ni "
Kata-kata Eunseo itu sedikit sebanyak merisaukan Jungkook . Berbanding dengan kes-kes sebelum ini . Kes kali ini agak mencabar baginya .
Dia bercekak pinggang . Kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu .
" Oklah, kalau macam tu . I nak pergi jumpa Tuan Selvan "
Dia melangkah pergi masuk ke dalam balai . Ketua bagi balai polis ini adalah Tuan Selvan . Iaitu seorang yang berbangsa india , sudah berkhidmat di Seoul selama 40 tahun . Sehinggakan sudah fasih berbahasa korea ." Hah, dah sampai pun kau "
Jungkook menghampiri Johnny yang berdiri di hadapan meja seorang lagi anggota polis .
" Kenapa ? "
" Tuan Selvan nak jumpa kau "
Jungkook yang sedang mengeluarkan telefon dari poket seluar mengangguk .
" Kebetulan aku pun nak jumpa dia ni "" Kau tahu pasal kes tu ? "
Jungkook angguk .
" Jihyo macam mana ? "
Dia turut risau akan gadis remaja itu .
" Aku kalau boleh tak nak dia tahu . Dia sekolah lagi kan . Tak lama lagi ada exam besar . Tak nak serabutkan pemikiran dia "Dia sedar yang tidak selamanya dia mampu menyembunyikan semua ini dari pengetahuan Jihyo . Lambat laun gadis itu akan tahu juga . Tetapi buat masa sekarang biarlah ianya di rahsiakan dari prngetahuan Jihyo . Biarkan dia menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran serta diri sendiri .