Jungkook menuruni tangga, dia tersenyum melihat Jihyo dan omma nya sedang berbual di ruangtamu.
Keduanya nampak rapat. Niat untuk menyertai mereka berdua terhenti apabila telefonnya berbunyi.
Nombor yang di kenali terpapar di skrin telefon miliknya itu." Yeoboseyo! "
Dia menyapa sang pemanggil.
Dan melangkah ke pintu, sempat dia mengukir senyuman kepada Jihyo yang ketika itu memandangnya.Jungkook keluar bercakap di luar rumah.
" Jungkook, ni I. Selena "
" Nae, I tahu. Waeyo you call ?"
Dia melabuhkan duduk di atas gazebo." I nak bagitahu you yang sekarang I dekat Seoul. Ada benda I nak bagitahu you. Boleh tak kita jumpa? "
Kata-kata Selena sedikit mengejutkan Jungkook. Kenapa pula Selena sampai datang ke Seoul untuk berjumpa dengannya?Tetapi apa yang terlintas di fikirannya, Selena ingin berjumpa pasti sebab Shi Hoo. Kalau begitu dia perlu jumpa Selena bagi cepat-cepat menyelesaikan kes ini. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Jihyo jika lambat menangkap Shi Hoo.
Kerana dia tahu, Shi Hoo pasti tengah mencari Jihyo." You dekat mana sekarang? "
Dia menyoal." I dekat de amor cafe. You boleh datang sini tak? "
Jungkook angguk walaupun tidak di lihat oleh Selena. Dia terus menuju kearah kereta, diintai ke dalam kereta tiada kunci. Dia kembali masuk ke dalam rumah.
" Kejap lagi I sampai "
Talian di matikan dan telefon dia masukkan kedalam poket seluar." Omma, Jungkook nak keluar kejap.. "
Dia mengambil kunci kereta yang tersangkut di dinding.
" Kamu nak pergi mana? "
Puan Jeon menyoal, setahunya hari ini anaknya itu cuti." Jungkook nak jumpa kawan kejap. Tak lama "
Balasnya. Jam di pengelangan tangan dilihat sekilas. Dan terus melangkah ke pintu." Jungkook tak ada bagitahu Jihyo ke dia nak pergi mana? "
Pertanyaan Puan Jeon di balas gelengan oleh Jihyo.Mungkin Jungkook mahu jumpa dengan Johnny ataupun Eunseo. Tetapi hati terasa tidak sedap. Segera diusir kerana mungkin hanya mainan perasaan sahaja. Jihyo keluh perlahan.
Jungkook memandu beredar dari kawasan perumahan serba mewah ini. Semasa keretanya berlalu pergi, ada sebuah kereta hitam masuk ke dalam kawasan perumahan itu.
Tanpa di sedari oleh Jungkook.Kereta hitam itu berhenti di hadapan sebuah rumah yang berjiran dengan rumah keluarga Jeon.
Lelaki berpakaian serba hitam itu mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar." Buat sepertimana yang kita rancang. Aku tak nak rancangan kita kali ni gagal. Ingat, aku bayar kau dan jangan kecewakan aku "
Pesanan yang berbunyi seperti amaran itu di lontarkan tegas olehnya.
Rancangan yang di rancang rapi, tidak mahu sedikit pun gagal." Baik bos, semuanya saya akan pastikan berjalan dengan lancar "
Lelaki lagak seperti orang suruhannya itu menurut patuh.
Manusia kalau berkaitan dengan duit, apa pun sanggup di lakukan ." Mino ada dengan korang? "
Tanyanya sambil mata tepat memandang rumah sebelah." Ada bos, tengah sedia je nak jalankan tugas "
" Okay, "
Dia mematikan talian.
Dan meloloskan diri keluar dari dalam kereta. Berdiri sahaja di hadapan rumah serba mewah itu, dia menekan loceng.Sehingga lah keluar seorang wanita paruh baya menyapa.
" Nae, Encik nak jumpa siapa? "
Yoon Joo menyoal ramah." Song Jihyo, "
Jawab lelaki itu sepatah." Oh, ada. Tapi Encik siapa ya? "
" Kawan Insp. Jungkook. Saya datang nak jumpa Song Jihyo. Boleh saya masuk? "
Jawabnya dan terus kepada tujuan sebenar.
Tidak mahu berlengah." Oh, nae. Silakan masuk Encik "
Yoon Joo membuka pintu pagar dan mempersilakan lelaki itu masuk....
Jungkook masuk kedalam cafe yang di maksudkan oleh Selena. Dari jauh dia di sapa wanita itu. Dia menapak kearah Selena dan duduk di hadapan Selena.
" Kenapa you nak jumpa I? Ada kaitan pasal apa yang kita bincangkan sebelum ini ke? "
Dia terus menyoal. Jika benar, tidak sabar untuk dia mengetahui maklumat tentang penjenayah yang paling di kehendaki itu." Order lah dulu. You nak minum apa? "
Selena berbalik mengajukan soalan.
Jungkook nampak tergesa-gesa.
Pasti haus.Jungkook menyandarkan badan di kerusi.
Dia geleng kepala.
" I tak nak minum. I cuma nak tahu maklumat apa yang you tahu pasal Shi Hoo?"
Soalan Jungkook membuatkan Selena rasa pelik." Pasal Shi Hoo? I tak ada pun cakap yang I nak cakap pasal Shi Hoo tadi kan "
" So, bukan pasal Shi Hoo lah ni? "
Selena geleng.
Tak ada pula dia cakap pasal Shi Hoo tadi.Jungkook keluh.
Mati-mati dia ingat pasal Shi Hoo.Selena tergelak kecil.
" You ni ingat muka I ni macam Shi Hoo ke? sikit-sikit pasal dia "
Ujarnya sambil tergelak.Jungkook tersenyum.
Nak buat macam mana, dia terlalu ingin menyelesaikan kes tentang Shi Hoo." Tapi kenapa you suruh I datang sini? "
Tanya Jungkook." Tunggu I pergi tandas kejap "
Selena bangun dan berlalu ke tandas.
Semasa perjalanan untuk ke tandas, tanpa dia sedari seorang lelaki mengekori dari belakang.Apabila terasa seperti diekori, dia toleh ke belakang tetapi tiada sesiapa. Dia kembali melangkah. Sehinggalah mulutnya ditekup dari belakang dan di tarik pergi dari situ.
Rontaan terhenti apabila ubat tidur dituala yang di gunakan untuk menekup mulutnya...
BERSAMBUNG.
Sorry lambat update.. Sue agak busy skrg ni.