" Kamu tak keluar ke malam ni? "
Puan Jeon menyoal dan duduk di sofa berhadapan dengan Jungkook. Anaknya itu sedang berbaring sambil melayan telefon." Malam ni free omma. Esok mungkin Jungkook keluar awal " dia toleh tengok Puan Jeon sekilas. Omma nya itu terangguk-angguk faham. Majalah atas meja di ambil.
Dari atas tangga Jihyo perlahan-lahan melangkah turun. Dia jenguk ke dapur ada Yoon Joo. Dia menapak ke dapur, terasa haus. Ingin basahkan tekak.
" Jihyo, kamu nak makan ke? " Yoon Joo yang sedang mengelap pinggan menegur.
" Eh, kejap tadi kan baru aje makan. Jihyo haus nak minum " Yoon Joo meng 'oh' dan tertawa kecil." Mana lah tahu kamu lapar lagi "
Jihyo tergelak.
" Buncit lah saya asyik makan aje, ahjumma "" Buncit tak apa. Orang dah cantik "
Jihyo tersenyum. Tak mandi lah nanti kena puji cantik. Dia ambil gelas dan buka peti ais. Fresh orange di tuang ke dalam gelas.
Sambil minum dia tengok Yoon Joo ambil satu plastik sampah dan tuju ke arah pintu dapur. Mungkin nak buang sampah." Ahjumma nak pergi buang sampah ke? "
Gelas Jihyo basuh dan letakkan dalam bakul. Dia mendekati Yoon Joo." Nae, sampah dah penuh. Nanti busuk "
" Waeyo tak buang esok aje. Dah malam ni keluar sorang-sorang "
" Its okay. Ahjumma dah biasa buat kerja ni "
Pintu di buka." Arghhhhhh— "
Lepas sahaja Yoon Joo membuka pintu, Jihyo menjerit apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam serta topeng. Yoon Joo yang turut melihat terus menutup pintu. Tetapi di tolak dari luar." Ahjumma, tutup cepat! "
Jihyo bantu Yoon Joo menolak pintu." Waeyo ni? "
Terkejut Jungkook apabila masuk ke ruang dapur apabila melihat Jihyo dan Yoon Joo sedang usaha keras menolak pintu yang di tolak seseorang dari luar." Perompak. Jungkook perompak "
Puan Jeon berkata cemas. Jungkook sudah segera menghampiri pintu dan di tolak sekuat hati. Setelah itu, pintu di kunci dari dalam.Bukan ini masanya untuk dia melawan atau mengari perompak itu kerana Jihyo dan Yoon Joo kelihatan sangat cemas dan takut.
" Jihyo, Yoon Joo. Kamu berdua tak apa-apa? "
Puan Jeon merapati keduanya. Jihyo sudah duduk, Yoon Joo bersandar di kabinet dapur. Keduanya bernafas laju. Kelihatan cemas." Saya okay Puan " ujar Yoon Joo. Jihyo turut mengiakan. Walaupun ketakutan.
Jungkook tersandar di pintu. Dia benar-benar bernafas lega. Mujur sahaja keduanya tidak apa-apa. Kalau dia tiada di rumah, tidak tahu lah apa yang akan terjadi.
Dia memandang Jihyo yang terlihat kepenatan. Gadis itu masih tersangat muda, pasti sangat ketakutan. Sudah beberapa kali sesuatu yang buruk berlaku terhadapnya..
Jungkook menghampiri Jihyo yang sedang berdiri di atas jambatan kecil kolam ikan koi yang terdapat di taman mini. Taman mini sememangnya seperti di dalam rumah kerana sekeliling terdapat dinding .
Dia berdiri di belakang Jihyo. Kedua-dua belah tangan di letak kiri dan kanan Jihyo. Dia memegang pemegang jambatan. Jihyo yang pusing kebelakang sedikit terkejut." Erm, oppa kenapa ni? "
Jihyo menyoal. Sedikit tidak selesa kerana dirinya di kepung oleh kedua-dua belah tangan Jungkook kiri dan kanan. Serta dirinya benar-benar mengadap Jungkook.