tok ! tok !Kedengaran ketukan dari tingkat atas oleh Lish sambil menyebut nama Jihyo . Hee Soo yang baru sampai melangkah naik ke tingkat atas .
" Jihyo ! Keluarlah, sarapan . Dari semalam Jihyo tak makan "
Lish cuba memujuk walaupun sedari tadi tiada jawapan dari Jihyo . Tetapi dia tahu Jihyo sudah bangun kerana tadi terdengar gadis itu bercakap di telefon ." Kenapa ni ? "
Pertanyaan Hee Soo mengalihkan perhatian Lish .
" Jihyo ni tak nak keluar . Puas saya panggil . Dia tak makan dari semalam . Berkurung aje dalam bilik "
Lish jawab dengan nada risau ." Kita kena hubungi Jungkook ni . Saya rasa dia aje boleh pujuk Jihyo "
Hee Soo memberi cadangan . " Betul juga tu . Awak hubungi lah dia . Suruh dia datang sini "Hee Soo angguk . Telefon dari poket seluar dia keluarkan .
" Saya turun dulu lah . Ada kerja lagi nak buat "
Lish menapak turun ke tingkat bawah . Hari ini dia datang kerja pagi kerana risaukan Jihyo . Mujur sahaja hari ini cuti, kalau tak Jihyo pasti tidak mahu ke sekolah .Sudahlah gadis itu akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi . Nanti terganggu , dengan emosinya yang tidak berapa stabil buat masa ini .
.
" Okay, kejap lagi saya pergi sana "
Talian dia tamatkan . Remote tv di capai dan tv dia matikan . Melangkah masuk ke dalam bilik untuk bersiap sekadar sahaja ." Aish, kau buat hal pula budak "
Jungkook mengomel, t-shirt hitam dia sarungkan ke badan . Jam di atas meja cermin dia ambil dan pakai di pengelangan tangan ." Nasib sayang , "
Selepas bersiap, Jungkook keluar dari penthouse nya itu , masuk ke dalam lif . Telefon yang berbunyi dia tengok . Tertera nombor yang tidak di kenali .
" Yeoboseyo , "
Butang ' G ' dia tekan untuk turun ke tempat parking kereta .
" Hey ! Jungkook kau ingat aku tak ? "
Dahi Jungkook berkerut . Nombor pun dia tidak kenal , macam mana nak kenali si pemanggil .
" Siapa ya ? "
Dia keluar dari lif dan berjalan kearah kereta . Melolos masuk ke dalam kereta .
" Ala, kau ni bro . Sepatutnya dengar suara dah tahu "
Jungkook mula berfikir . Cuba untuk mengingat sesiapa yang dia kenali dan cuba mengecam suara pemanggil . Tetapi tidak dapat dia meneka .
" Mianhe, aku tak ingat . Siapa ya ? "
Sekali lagi dia mengajukan soalan sama ." Aish, aku Henry lah bro . Member kau masa dekat university dulu . Roommate setilam, sebantal kau "
Jelas riak terkejut terpancar di wajah Jungkook .
" Weh, bro kemana kau menghilang ? "
Dia tidak menyangka akan berhubung kembali dengan kawan baiknya itu . Rindu benar dengan kawan kacukan Korea, Jerman nya itu ." Yang itu nanti aku cerita . Cuma sekarang aku call sebab nak jemput kau datang rumah aku dekat Ilsan . Aku dengan keluarga buat majlis perasmian untuk pembukaan butik omma aku "
" Bila tu ? "
" Lusa . Aku harap sangat kau datang bro "
Jungkook mengetuk ngetuk stereng kereta, mula memikirkannya sesuatu .
" Tengoklah dulu macam mana bro . Kalau tak busy aku pergi . Kau pun tahu kan, aku polis . Banyak kes aku kena settle kan "