" Yoon Joo— yoon Joo "
Panggilan dari Puan Jeon membuatkan Yoon Joo yang berada di ruang dapur terkocoh-kocoh keluar.
Majikannya itu sedang mengadap laptop di ruangtamu." Nae, Puan "
" Jungkook mana ni? dah pukul 10:00 malam tak balik lagi. Dia ada bagitahu kamu nak pergi mana-mana hari ni? "
Puan Jeon menyoal. Cermin matanya di buka.Yoon Joo geleng kepala.
" Dia tak ada bagitahu pula, Puan "" Mungkin dia ada operasi " teka Yoon Joo. Lagipula Jungkook seorang anggota polis. " Dia bagitahu saya pagi tadi, dia tak banyak sangat kerja hari ni. Kalau ada operasi selalunya dia call bagitahu saya "
Ujarnya sedikit merasa risau. Walaupun, anaknya itu sudah 29 tahun.Anak tetap anak.
Perasaan risau seorang ibu tetap ada.Yoon Joo tidak membalas. Dia juga tidak tahu.
" Nak kata balik penthouse, tak mungkin pula. Tak akan tak bagitahu saya sepatah "
Puan Jeon berdiri selepas menutup laptop nya. Telefon yang kebetulan berbunyi di capai." Yeoboseyo, "
" Yeoboseyo, omma. Ni Jungkook "
Puan Jeon bernafas lega. " Baru omma sebut-sebut pasal kamu. Kamu pergi mana ni? " dia menyoal. Dan keluar ke taman mini. Yoon Joo kembali masuk ke dapur. Dia mengukir senyum kepada Jihyo yang kebetulan sedang turun tangga.
Jihyo menapak ke ruangtamu." Huh! Busan? kamu buat apa dekat sana pula Jungkook? "
Puan Jeon sedikit terkejut. Anaknya itu tiba-tiba sahaja berada di Busan.Jihyo yang terdengar berdiri di sebalik langsir.
Puan Jeon sedang berdiri di birai kolam ikan koi." Mianhe, sebab tak bagitahu omma. Jungkook datang jumpa orang dekat sini "
" Nae, jumpa orang. Tapi siapa? jauh ke sana kamu jumpa siapa? " Puan Jeon cekak pinggang sebelah tangan. Setahunya tidak ada pula saudara-saudara mereka di sana. Sepupu sepapat pun tak ada.
" Ada lah. Pasal urusan kerja juga Jungkook datang jumpa dia "
" Jeon Jungkook. Sejak bila pula kamu pandai berahsia dengan omma ni? "
Puan Jeon mengumam geram. Jungkook memang susah untuk berahsia dengannya. Sekarang pandai pula berahsia.Jungkook tertawa di hujung.
" Bukan macam tu omma. Jungkook datang pun sebab berkaitan dengan kerja. Anak omma ni kan polis. Jadi kena lah jumpa sesia pun. Dan dekat mana sekalipun "Puan Jeon keluh. " Hurm, yelah. Tapi jangan lama-lama. Balik cepat " ujarnya memberikan pesanan.
Jihyo yang berdiri di sebalik langsir berlalu kearah tangga. Dia mengeluh berat. Perasaan berbelah bagi dan rasa bersalah terhadap Jungkook. Mungkin kah Jungkook pergi sejauh itu di sebabkan marah akan nya?
Tidak mustahil.
Sebab, Jungkook pun ada hak untuk membencinya.Kadang sayang boleh saja bertukar menjadi benci.
Sungguh tidak mustahil. Sudah ramai merasakan perasaan serupa itu .Masuk ke dalam bilik, Jihyo duduk di birai katil. Dia keluh berat. Mula lah dia rasa telah banyak menyusahkan Jungkook. Dan telah banyak buat lelaki itu marah . Sudah lah Jungkook dan Puan Jeon sudi menumpangkan dia di rumah mereka.
Tanpa bayaran atau balasan pula tu. Dia pula banyak songeh.
Tidak mustahil lah kalau Jungkook membencinya satu hari nanti." Jihyo— "