Jungkook toleh ke sebelah, suasana senyap mengalihkan perhatiannya.
Selalunya kedengaran suara celoteh dari sang isteri. Tapi sekarang senyap sahaja.
Isterinya itu diam membisu sedari tadi.Tangan kirinya di gerakkan dan dia letakkan atas tangan Jihyo. Tangan putih isterinya itu di genggam. Jarinya dikaitkan dengan jari Jihyo.
Jihyo berpaling. Perhatiannya kini kepada Jungkook." Waeyo ni? senyap aje dari tadi. Selalunya suara sayang lah yang oppa dengar dalam kereta ni..hmm "
Jungkook menegur. Pandangannya bersilih ganti kepada Jihyo dan arah depan.Jihyo geleng.
" Tak ada apa lah. Cuma penat "
Jihyo membalas sambil ukir senyum." Sayang lapar ke? kita berhenti makan dekat mana-mana. Ataupun sayang nak bungkus bawa balik? "
Tanyanya prihatin. Sebelah tangan mengemudi kereta dengan cermat." Kita balik aje. Jihyo nak rehat "
Tangannya dalam pegangan Jungkook di tarik perlahan. Duduk di betulkan dan dia berpaling kearah lain.
Mata di pejamkan .Jungkook senyum nipis. Rambut yang menutup dahi sang isteri dia selak ke tepi. Dan dia kembali fokus memandung.
Fikirannya berkecamuk.Kenapa dengan Jihyo?
Jarang isterinya bersikap sebegini.
Atau hanya siptom ibu mengandung.Seketika dia berhenti di tepi jalan. Tempat duduk Jihyo dia rendahkan supaya isterinya itu lebih selesa.
Kain di tempat duduk belakang dia capai dan selimutkan Jihyo hingga paras dada.Setelah pastikan sang isteri selesa, Jungkook kembali memandu.
Risau jika isterinya tidak selesa kerana lagi setengah jam perjalanan ke rumah.
Hospital agak jauh dari rumah mereka....
Sampai di hadapan rumah, Jungkook memasuki perkarangan rumah. Kereta di parking dekat tempat yang telah di sediakan. Dia matikan enjin dan toleh ke sebelah, sang isteri masih lena tidur. Membuatkan dia ukir senyum lihat wajah putih bersih Jihyo.
Pintu kereta dibuka dan dia keluar menapak ke pintu sebelah penumpang. Tidak mahu menganggu tidur Jihyo, dia mencempung tubuh itu untuk masuk ke dalam.
Pintu rumah sudah siap-siap di buka oleh Lish. Tahu sahaja mereka sudah balik.
" Tidur ke? "
Lish menegur apabila lihat Jungkook mencempung Jihyo.Jungkook angguk dan masuk ke dalam.
" Ahjumma, tolong bawa naik segelas susu ye "
" Nae, baik Jungkook "
Lish angguk patuh dan masuk ke dapur. Susu dituang ke dalam gelas. Setelah itu, dia menapak naik ketingkat atas.
Pintu bilik di ketuk dahulu sebelum masuk." Ini susu, ahjumma letak atas meja "
" Nae, kamsahamninda ahjumma "
Ucapan Jungkook di balas anggukkan oleh Lish. Dia keluar dari bilik itu." Sayang— bangun dulu. Minum susu "
Perlahan-lahan di tepuk bahu Jihyo untuk membangunkannya.
Sudah kebiasaan isterinya itu minum susu sebelum tidur.
Baik untuk ibu dan kandungan." Ermm, ngantuk "
Ujar Jihyo dengan mata terpejam.
Dia pusing arah bertentangan." Nae, oppa tahu ngantuk. Tapi bangun lah kejap. Kejap je. Minum susu "
Jungkook berusaha memujuk.
Ini juga sudah kebiasaan bagi dia.
Jihyo merengek kesal.Dia dengan rasa mengantuk bangun duduk.
" Ngantuk lah oppa "
Luahnya dengan nada protes tidurnya di ganggu.
" Minum susu je. Lepas tu tidur balik "
Gelas berisi susu atas meja dia capai." Nah, minum dulu "
Gelas beralih tangan.
Di teguk oleh Jihyo." Habiskan "
...
Sesudah Jihyo tidur kembali, Jungkook turun ke tingkat bawah. Mata masih belum mengantuk.
Niat untuk ke dapur dia batalkan apabila lihat Kim Jae Wook sedang menonton tv di ruangtamu.
Mertuanya itu masih belum tidur." Tak tidur lagi appa? "
Tanyanya dan labuhkan duduk di sofa berlainan." Belum. Appa tak rasa mengantuk lagi. Itu yang keluar dari bilik, rasa nak tengok tv "
" Sama lah. Jungkook pun tak mengantuk lagi. Tapi Jihyo dah lena dah dekat atas "
Dia membalas sambil mata sesekali memandang skrin tv yang memaparkan perlawanan gusti.Kim Jae Wook terangguk-angguk.
" Ni, kawan polis kamu tu macam mana? Jihyo ada bagitahu masa appa call tadi yang suami kawan polis kamu tu masuk hospital "" Nae, tapi kawan Jungkook tak tahu pun suami dia ada penyakit. Tak di bagitahu. Tadi doktor bagitahu kanser hati tahap 3 "
Jelas terkejut beriak di wajah Kim Jae Wook.
" Appa ingatkan sakit-sakit biasa. Habis tu keadaan dia sekarang macam mana? "" Kena selalu di pantau. Sebab tak nak virus kanser merebak sampai ke jantung "
" Kasihan muda-muda dah sakit teruk macam tu. Itulah kalau nak sakit, doktor pun boleh sakit. Tak kira siapa "
Kim Jae Wook membalas dengan nada simpati.—
BERSAMBUNG.