17 .

777 134 18
                                    


PANG!

Jin Kyung terduduk di atas sofa apabila dia tiba-tiba di tampar oleh Shi Hoo . Pipinya yang sakit akibat di tampar dia pegang . Tunduk memandang permukaan sofa. Tidak berani melihat lelaki itu yang mencerlung memandangnya ketika ini.

" Baik kau cakap dengan aku,  betul ke kau tak tahu yang anak kau tu sekarang ni di jaga oleh polis yang tengah handle kes kita?  "
Suara Shi Hoo mendatar tahan marah. Terasa seperti di khianati apabila mengetahui anak Jin Kyung di jaga oleh seorang anggota beruniform .

Jin Kyung geleng kepala ketakutan.

" Betul.  Aku tak tahu.. "
Ada getar di dalam nada suaranya.

Shi Hoo memegang lengan wanita itu kuat membuatkan Jin Kyung mengaduh sakit.
" Kau jangan nak tipu aku. Mana mungkin kau tak tahu,  dia anak kau.  Anak kandung.  Bukannya anak angkat "
Wajah Jin Kyung dia dongak kasar supaya memandangnya.

" Be—betul aku tak tahu. Aku dah lama tak jumpa anak aku sejak aku tinggalkan dia "

Shi Hoo melepas kasar lengan Jin Kyung. Matanya tajam memandang figura itu.
" Kau dengar sini perempuan. Aku tak akan teragak-agak akan babitkan anak kau sekali kalau dia menyusahkan aku.  Kalau tak bunuh,  aku akan jadikan salah seorang penghasil duit pada aku "
Shi Hoo melangkah pergi.

" Shi Hoo,  jangan.  Jihyo tak salah "
Laungannya tidak di endahkan. Lelaki itu sanggup buat apa sahaja dan akan di laksana apa yang di katakan.

" Dia memang patut pun kena macam tu "
Tegur seseorang dan duduk di sofa berhadapan dengan Jin Kyung.

" Apa yang kamu merepek ni Mino? Jihyo tu adik kamu.. "

" Adik tiri "
Mino memintas.

" Tapi dia tetap adik kamu. Anak omma. "

Mino tidak terkesan . Baginya apa yang paling terkesan dan membuatkannya marah adalah apabila Jihyo telah menolak cintanya. Sehingga dia sanggup ingin mengapakan gadis itu. Kedatangan Jungkook membuatkan dia bertambah marah.

Jihyo sememangnya tidak mengenali dia. Gadis itu juga tidak mengetahui yang dia mempunyai seorang abang tiri. Dia adalah anak hasil pengkongsian omma nya dan appa tiri Jihyo iaitu Kim Tan. Yang sudah pun tiada sejak berbelas tahun yang lalu.

Apabila mengetahui akan Jihyo,  dia telah mula jatuh cinta. Dia sentiasa mengintip Jihyo di sekolah serta mengekori gadis itu dalam diam.

Perasaan cinta yang mendalam telah membawanya melakukan perbuatan yang terkutuk pada malam itu.

" Kamu patut melindungi adik kamu,  Mino. Omma yakin Shi Hoo sanggup buat apa sahaja "
Jin Kyung bersuara. Walaupun,  sudah lama dan sanggup meninggalkan anaknya itu,  dia tetap menyayangi Jihyo dan tidak sanggup melihat sesuatu yang buruk kepada anaknya itu.

Mino buat muka tidak berminat.

" Banyak lagi benda penting lain yang Mino patut buat dari buang masa pasal anak kesayangan omma tu "
Dia berdiri dan menapak tinggalkan tempat itu.

" Mino!  Song Mino. Omma belum habis cakap lagi "

Panggilan Jin Kyung tidak dia hiraukan.

...

" Jihyo duduk sini kejap "

Arahan Jungkook,  Jihyo menurut patuh. Dia melabuhkan duduk di tempat menunggu kawasan penjara itu. Hati tidak sabar dan meronta-ronta ingin menemui ayah kesayangan. Perasaan rindunya membuak-buak.

" Lama sikit "
Ujar Jungkook kepada seorang pegawai penjara. Lelaki bertubuh tinggi itu mengangguk.

Jungkook menghampiri Jihyo. Gadis itu memandangnya.

" Jom,  "

Jihyo angguk dan berdiri.  Seketika matanya bertembung pandang dengan pegawai penjara itu. Keduanya menyapa dengan senyuman.

Kim Mingyu. Itulah yang tertulis pada nametag pegawai penjara itu.

Jungkook yang perasan akan pandangan keduanya berundur sedikit kebelakang. Lengannya diletakkan belakang bahu gadis itu dan keduanya melangkah pergi.

" Lama ke kita jumpa appa?  "
Jihyo menyoal ketika mereka berjalan di sebuah lorong.

Jungkook angguk. Lengannya di alihkan dari bahu Jihyo.
" Oppa dah minta izin dengan pegawai penjara. Jihyo boleh jumpa lama dengan appa "
Dia membalas sambil mata melihat skrin telefon. Membalas mesej dari Johhny. Lelaki itu masih lagi membantu Jungkook menguruskan kes tentang lelaki yang cuba mengapa apakan Jihyo tempoh hari.

Jihyo menepuk tangan ceria.
" Tak sabarnya Jihyo nak jumpa appa "

Jungkook tersenyum mendengarnya dan toleh sekilas kearah gadis itu. Telefonnya di simpan kembali ke dalam poket uniform polisnya itu.

Sampai sahaja di hadapan sebuah bilik,  keduanya melangkah masuk. Mata Jihyo bersinar-sinar dan bertukar sebak apabila bertembung pandang dengan ayah kesayangan, iaitu Kim Jae Wook.

" Appa,  Jihyo rindu appa "
Batang tubuh itu di peluk erat.

Jungkook yang berdiri tidak jauh di belakang hanya tersenyum kecil. Rasa puas apabila dapat memenuhi permintaan gadis kesayangannya itu.

Dia berharap akan ada lagi kesempatan untuk dia memenuhi permintaan Jihyo. Mahu melihat Jihyo bahagia dan sentiasa tersenyum.

...

" Tolong pegang dompet oppa . Oppa nak jumpa pegawai penjara tu kejap "
Dompetnya di berikan kepada Jihyo dan dia melangkah kearah Kim Mingyu.  Jihyo menunggu di kereta. Sesekali dia berbalas senyum dengan beberapa orang pegawai wanita yang melalui kawasan itu.

Beberapa minit menunggu,  Jungkook datang kembali.

" Oppa cakap apa dekat pegawai tu ? "
Tanya, dompet diberikan kembali kepada Jungkook.

" Oppa cakap jangan main mata dengan Jihyo. Jihyo oppa punya "

" Huh? "

Jungkook tergelak kecil.
" Tak ada lah. Oppa gurau aje. Jom "

Mereka berdua masuk ke dalam kereta.

" Oppa hantar saya balik kan? "
Mana lah tahu lelaki kacak ini mahu balik ke balai dan dia perlu balik sendiri.
Polis kan selalu sibuk.

Jungkook geleng.

" Kita singgah mall beli baju "

" Beli baju? Maksud oppa,  shopping? "

" Oppa nak bawa Jihyo pergi pantai. So,  tak akan lah kita pakai uniform ni pergi sana. Nanti orang asyik pandang. Tak ada privacy. Tak pasal-pasal orang panggil oppa Insp. kacak "
Seloroh Jungkook membuatkan kening Jihyo berkerut.
Bukan main perasan lagi abang polis kita ni.

" Kenapa tak balik dulu? ambil baju "
Jihyo menyoal. Kan lagi mudah dari melabur duit.

Jungkook hidupkan enjin kereta.

" Buang masa nanti nak balik rumah dulu. Bukannya dekat. Nanti kejap aje kita dekat pantai. Oppa nak luangkan masa dengan Jihyo "
Ujarnya berterus terang.
Haish,  makin hari makin jujur Inspector kita ni.

" Oppa ni makin menakutkan lah "

" Baru tau ke? "

Wajah Jihyo berubah .

Jungkook tertawa kuat.

Bibir Jihyo cemberut. Suka kenakan kita tau polis ni.


.....


BERSAMBUNG.

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now