38 .

681 73 32
                                    


" Dapat apa-apa maklumat bagitahu saya secepat mungkin "
Pesan Jungkook dengan nada serius.
Lelaki di hadapannya mengangguk faham.

Jungkook sekarang sedang menguruskan kes tentang pembunuhan seorang ahli perniagaan kosmetik.
Lelaki yang bernama Ryan itu sering memberikan informasi kepada Jungkook berkaitan kes itu.
Jungkook sekarang memakai pakaian biasa kerana tidak mahu disyaki sesiapa dan tidak mahu tukang pemberi informasi nya dalam bahaya.

" Baik Inspector.
Dapat apa-apa informasi saya terus bagitahu "

" Okay, jumpa nanti.
Saya balik pergi dulu "
Jungkook melangkah ke keretanya.
Telefon yang berbunyi membatalkan niatnya untuk masuk dalam kereta.
Panggilan di jawab terlebih dulu.

" Nae, yeoboseyo "

" Insp. Jungkook.
Please! datang ke hospital sekarang "
Kedengaran suara cemas di hujung talian.

" Hospital?
Kenapa ya? "
Dia menyoal pelik.

" Puan Eunseo dah nak melahirkan.
Tapi dia berkeras nak balik,
Sampai meronta-ronta.
Saya minta tolong sangat Insp. Jungkook datang hospital sekarang "

" Nae, okay.
Saya datang sekarang "
Talian di matikan dan masuk kedalam kereta.
Walau marah, Eunseo tetap kawannya.

.

Sampai di hospital, Jungkook terus keluar dan berlari masuk kedalam dan hampiri kaunter.

" Puan Eunseo dekat wad mana ya? "
Tanyanya kepada nurse yang bertugas di situ.

" Insp. Jungkook kan?
Jom, ikut saya "
Nurse itu menapak cepat dan diikuti Jungkook di belakangnya.
" Dari tadi kami tunggu Insp.
Puan Eunseo berkeras mahu balik .
Kami mahu bawa ke bilik bersalin,
Tapi dia ugut mahu bunuh diri "

Kata-kata nurse itu benar-benar mengejutkan Jungkook.
Tidak menyangka sampai begitu tindakan Eunseo.
Keduanya masuk kedalam wad yang sama seperti sebelum ini.

" Tak nak!
Aku nak balik.
Arghhhhh— "
Eunseo menjerit.
Kedua belah tangannya di pegang oleh dua orang nurse.
Dalam kesakitan dia meronta.

" Doktor.
Insp. Jungkook dah sampai "

Eunseo memandang Jungkook.
Dia berhenti merontan.
" Jungkook,
Jungkook tolong I "
Eunseo merayu.
Jungkook menghampiri.
Tangan Eunseo di lepaskan apabila sudah tidak meronta lagi .

" Jungkook sakit.
I dah nak bersalin Jungkook "
Eunseo berkerut menahan sakit, wajah berpeluh.
Tangannya memegang perut.

" Eunseo,
Jom, I teman you dekat bilik bersalin "
Jungkook cuba memujuk.

Eunseo mengeleng.
" Tak nak.
Nanti you akan tinggalkan I juga.
You bencikan I,
I tahu you bencikan I.
Sebab tu you tak nak kahwin dengan I "

" Tak—
I tak bencikan you, Eunseo.
Please, jangan macam ni.
Fikirkan anak yang you kandung ni.
Fikirkan diri you juga, Eunseo "

Eunseo teresak-esak.
" Lebih baik I mati.
Kalau anak ni lahir pun I sorang-sorang "

" Stop it, Eunseo.
Jangan cakap macam ni.
Nae, I kahwin dengan you.
You tak akan sorang-sorang "

___

Jihyo berpeluk tubuh dan melangkah keluar ke balkoni.
Menanti sang suami pulang dari kerja.
Sudah pukul 10:30 malam, selalunya Jungkook sudah pun balik.
Mungkin banyak kerja.

Terasa sejuk Jihyo mengosok lengannya.
Dia ukir senyum nipis tatkala teringatkan memori indah bersama Jungkook.
Walau sekarang mereka ada masalah, tetapi tidak mampu menghapus memori indah mereka.
Seketika kemudian Jihyo bernafas berat,
tetap permasalahan itu terfikir di benaknya.

Risau jika berlarutan.
Jungkook nampak sangat marah tadi dengan tindakannya.
Rasa bersalah.

" Ermm, omma minta maaf sayang sebab buat appa marah.
Omma janji lepas ni omma tak akan buat appa marah dah "
Ujar Jihyo sambil memegang perutnya.

Bunyi deruman kereta mengalihkan perhatian Jihyo.
Di memandang ke halaman, senyuman terukir apabila melihat kereta suami tercinta.

" Sayang appa dah balik "
Sambil memandang perut dia bersuara ceria.
Langkah diatur keluar dari bilik dan turun ketingkat bawah.

" Jihyo hati-hati.
Biar ahjumma yang buka "
Lish keluar dari dapur melihat Jihyo sedang turun tangga.

" Jungkook "
Sapa Lish apabila membuka pintu.
Jungkook senyum nipis.

" Oppa, dah balik "
Jihyo menuju ke pintu.

" Arghhh— "
Tiba-tiba tanpa di duga Jihyo tersalah langkah dan terjatuh.

Jungkook dan Lish drastik toleh ke belakang.
" Jihyo— "
Jerit Lish melihat keadaan Jihyo yang terbaring kesakitan.

Jungkook sudah berlari kearah si isteri.
" Sayang— "
Wajahnya benar-benar cemas.

" Oppa, sakit "
Jihyo memegang perut.
Darah sudah mengalir di betisnya hingga ke lantai.

" Tahan sayang.
Please, tahan "
Tubuh Jihyo di cempung.
Lish mengikut keluar untuk ke kereta.

" Tahan Jihyo.
Kita pergi hospital ya "
Lish bersuara.
Dia duduk di belakang bersama Jihyo.
Jungkook membaringkan Jihyo.
Lish menemani.

" Tahan sikit sayang.
Kita pergi hospital sekarang "
Dahi Jihyo di cium dan dia terus keluar dan masuk di tempat pemandu.

Kereta di pecut laju untuk ke hospital.
Sambil memandu, Jungkook berkali-kali tengok cermin pandang belakang.
Terlalu cemas dan risau akan isteri tercinta.
Jihyo benar-benar nampak kesakitan.

___


" Insp. Jungkook.
Kami sudah pindahkan Puan Eunseo ke wad biasa.
Bayi perempuannya kami akan bawa masuk nanti "

Jungkook angguk.
Nurse itu melangkah pergi.

Jungkook meraup wajah,
Sekarang ini dia risaukan Jihyo.
Isterinya pula berada di wad bersalin.
Benar-benar tidak senang duduk.

" Jungkook,
Kamu mahu ahjumma bagitahu Tuan Jae Wook ?"
Tanya Lish dan menghampiri Jungkook yang sedang bersandar di dinding.

Jungkook geleng.
" Appa jauh dekat New York ahjumma.
Saya tak nak dia tergesa-gesa balik,
Lagipun appa pun bukannya sihat sangat.
Dia pergi sana pun nak berehat.
Nanti biar saya sendiri bagitahu dia,
buat masa sekarang biar dulu "

Lish angguk faham dengan jawapan Jungkook.
Lengan Jungkook dia tepuk perlahan.
" Kuat ya.
Untuk Jihyo dan anak kamu nanti "
Ujar Lish.
Jungkook tidak membalas, sekadar mengangguk.

Seorang doktor keluar dari bilik bersalin,
Keduanya menghampiri doktor itu.

" Macam mana dengan isteri saya doktor? "
Tanpa menunggu soalan terus diajukan.
Tidak sabar ingin tahu keadaan Jihyo.

" Jangan risau isteri awak baik-baik saja.
Dia hanya perlu banyak berehat "
Jawapan doktor benar-benar melegakan Jungkook dan juga Lish.
" Anak?
anak dalam kandungan macam mana doktor?"
Lish bersuara.

" Saya minta maaf.
Anak dalam kandungan tidak dapat kami selamatkan.
Puan Jihyo keguguran "


___

BERSAMBUNG .



[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now