04 .

882 148 20
                                    


Johhny yang kebetulan baru selesai tugasnya terlihat Jihyo yang sedang berbual dengan seorang anggota polis di meja hadapan. Dia menuju kearah gadis remaja itu.

" Dah lama ke uncle kerja dekat sini ? "
Jihyo menyoal seorang anggota polis yang kelihatannya berumur dalam likungan 50an. Dia yang merasa bosan mula berbicara dengan anggota polis yang berada di situ.

Anggota polis yang bernametag Nathan itu mengangguk.

" Lebih 10 tahun dah uncle berkhidmat dekat sini "

Jihyo terangguk-angguk faham.

" Uncle bukan orang korea kan ? "
Tanyanya lagi apabila perasan yang wajah lelaki paruh baya itu agak kearah mat salleh.

" Omma uncle orang korea. Appa uncle pula scotland "

Mulut Jihyo sedikit terbuka kerana merasa terkejut serta kagum. Dia memang tak boleh dengar mix mix ni.

" Woah ! patutlah nampak lain "

" Waeyo ?! uncle handsome ke ? "

Jihyo tergelak kecil mendengarnya. Boleh tahan angkat bakul juga pakcik ni . Peramah, jadi tidaklah Jihyo rasa kekok dan malu-malu. Sudahlah dia bosan sekarang ini.

" Ehem ! rancak berborak "

Teguran dari Johhny mengalihkan perhatian keduanya. Nathan menunduk hormat kepada Johhny yang berpangkat lebih tinggi darinya.

Jihyo nampak malu-malu dan bongkok sedikit. Tambahan pula anggota polis di hadapannya sekarang ini nampak garang wajahnya. Serta tinggi . Lagi tinggi dari Jeon Jungkook .

" Borak apa ni ? "

" Borak biasa aje Tuan dengan Jihyo ni. Saya nampak dia bosan tunggu dekat situ, itu yang layankan aje "
Jawab Nathan sambil menjuihkan bibir kearah sofa .

" Bosan sangat ke ? "
Tanya Johnny kepada Jihyo. Gadis itu mengangguk kekok.

Johnny tersenyum melihat reaksi gadis itu. Nampak comel pada pandangannya.

" Tuan, saya sambung kerja dulu "

" Nae "

Nathan masuk ke dalam untuk mengambil fail .

" Ni dari sekolah ke baru nak pergi ? "
Apabila perasan akan pakaian sekolah yang Jihyo pakai, soalan itu dia ajukan.

" Baru nak pergi. Pukul 11:00 ada kelas tambahan "

Johhny terangguk-angguk faham. Jam dipengelangan tangan dia tengok sepintas lalu .

" Dah 10:30 ni . Insp. Jungkook tu yang hantarkan ke ? "

Jihyo angguk .

" Jungkook ! "

Panggilan Johnny mengalihkan perhatian Jungkook yang baru keluar dari sebuah bilik. Iaitu bilik siasat. Dia baru sahaja menyoal seorang penjenayah yang baru di tangkap oleh anggota polis yang lain.

" Kau yang hantarkan Jihyo pergi sekolah ke ?! "

Dari jauh Jungkook mengangguk.

" Dah pukul 10:33 dah ni "

Jungkook berjalan kearah mereka berdua . " Johnny kebetulan kau ada dekat sini . Tapi sebelum tu kau free tak sekarang ? " tanyanya terlebih dulu.

Johnny angguk.

" Buat masa sekarang free. Wae ? ! "

Jungkook tengok Jihyo sekilas.
" Boleh tak kau tolong hantarkan Jihyo ?! sebab aku nak kena pergi mahkamah ni . Ada kes kejap lagi nak kena bicara dekat sana . Ada seorang anggota polis tak dapat pergi "

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now