Johnny meletakkan satu tin air di hadapan Jungkook dan melabuhkan duduk di hadapan kawannya itu . Air tin miliknya di buka , mata tepat memandang wajah kusut Jungkook ." Minum lah dulu bro . Aku tengok kau tertekan sangat ni . Basahkan tekak tu "
Dia menegur apabila Jungkook hanya memandang tin di hadapan mata tanpa menunjuk minat mahu membukanya .Jungkook mengeluh berat .
Penutup tin di buka dan dia minum rakus hanya sekali tegukan . Dahaga dan amarah menyatu dalam diri .Johnny bersandar di kerusi dan memeluk tubuh .
" Kau kenal tak lelaki tu ? "
Jungkook geleng .
" Tak . Dia pakai topeng "
Dia menjawab singkat . Buntu mahu buat bagaimana , dalam masa yang sama dia benar-benar mahu menangkap lelaki itu . Perlu di jatuhkan hukuman yang setimpal . Jika membunuh pun dia sanggup .Hmm,
Dia terlalu mengikut amarah ." Kau kata kau ikut Park Shi Hoo kan ? "
Jungkook angguk .
" Kau tak rasa ke semua ni berkait ? Why masa kau ikut Park Shi Hoo benda ni jadi ? dari mana lelaki tu tiba-tiba muncul ? "
Persoalan yang bermain di benaknya terluah jua ." Aku tak tahu lah John . Aku betul-betul buntu sekarang ni . Aku cuma fikir lelaki tu memang perogol bersiri dan memang selalu ada dekat kawasan situ "
Jungkook membalas dengan nada lemah . Dia bersandar di kerusi .Johnny mengeluh dengar balasan Jungkook . Tidak menyangka super cop yang bijak ni mempunyai otak lembab juga kadang-kadang .
" Fikir logik lah bro . Tak payah nak buat kerja senang sangat . Benda jadi serentak kot . Kawasan tu memang tak pernah jadi kejadian macam tu bro . Ini first time jadi.. "
" Ya, aku tahu benda dah jadi dah pun dan kalau nak jadi kita tak boleh nak elak . Tapi kita ni polis, kalau kita syak dekat mana-mana, memang kita kena siasat . Selongkar sehabis boleh . Itulah cara untuk kau betul-betul menuntut keadilan "
Panjang lebar dia menerangkan . Haraplah otak rakannya itu tidak tepu ataupun beku .Orang kalau sudah kemaruk macam ini ke ? !
" Jadi apa patut aku buat ? "
" Apa lagi ? cari mamat tu sampai dapat lah "
Jungkook duduk tegak .
" Kau tolong aku ya bro . Aku dah nekad dah, aku akan cari lelaki tu sampai dapat . Tak kira apa cara sekalipun "
Ujarnya bersungguh-sungguh ." Aku boleh aje tolong kau . Tapi kau tu jangan pula bertindak sebarangan . Kita ada undang-undang bro . Biar undang-undang yang tentukan . Aku tak nak kau pula dikenakan undang-undang nanti "
Pesanan dia berikan . Kenal sangat dengan rakan baiknya ini, kalau amarah dah mengusai diri, apa pun sanggup di lakukan tanpa memikirkan akibatnya .Jungkook sekadar mengangguk kan kepala .
" Habis tu sekarang ni Jihyo dengan siapa dekat rumah dia ? jangan kata kau tinggal dia sorang diri "
Johnny meneka kerana setahunya pembantu rumah Jihyo akan balik ke rumah sendiri pada waktu . Menurut apa yang Jungkook ceritakan ." Aku dah call ahjumma dengan ahjussi . Suruh tengok kan Jihyo, aku dah cerita semua apa yang jadi.. " dia berjeda seketika .
" Aku pun berat hati nak tinggalkan dia bro, dalam keadaan macam tu "
Sambungnya lagi . Tidak mahu apa-apa terjadi lagi kepada gadis yang di cintainya itu ." Kalau dah sayang bro . Siapa aje tak bimbang "
Jungkook tidak membalas . Sekadar senyum nipis . Dia tahu yang dia tidak mampu untuk mengelak lagi . Johnny pasti dapat agak perasaannya terhadap Jihyo .
Dia tidak boleh sorok lagi atau pertikaikan jika lelaki itu menanyakan tentang perasaannya terhadap Jihyo .
