37 .

670 80 9
                                    


Johnny membawa dulang berisi sepinggan nasi goreng dan secawan kopi panas miliknya menuju kearah meja dimana Jungkook berada.
Dia melabuhkan duduk di depan Jungkook.
Dulang dia letak kan atas meja.
Mereka berdua sekarang berada di kantin balai polis.

Johnny melihat makanan di depan Jungkook.
Hanya roti bakar dan secawan teh.

" Ni aje kau makan?
Kenyang ke?
Kejap lagi kau ada tugas luar tau "
Johnny menegur.
Cuaca dah lah panas sekarang, kena buat tugasan luar pula tu.

Jungkook menghirup teh panas miliknya itu.
Tidak menjawab pertanyaan Johnny.
Cawan di letak kan kembali.
" John, kau tahu kan apa yang berlaku? "
Tanya Jungkook.
Ada nafas berat yang di hela.

Johnny yang ingin menyuap nasi berhenti seketika.
" Sebab ni lah kau tak ada selera makan?
Selalunya kau yang makan banyak "
Tanpa menjawab, dia kembali menyoal.

" Aku makan atau tak, itu tak penting John.
Masalahnya sekarang ni aku betul-betul tak faham dengan Eunseo.
Why dia buat macam tu? "

Johnny menjongket.
" Mungkin dia betul-betul perlukan seorang peneman.
Suami dan appa kepada anak yang akan lahir tu.
Hurmm, perempuan mengandung Jungkook.
Kau kena faham perasaan dia macam mana "

" Jihyo pun mengandung John.
Tak akan lah aku nak ketepikan perasaan isteri sendiri demi jaga perasaan perempuan lain.
Kenapa perempuan tak boleh nak faham perasaan perempuan lain? "
Jungkook bersandar dan memeluk tubuh.
Sungguh dia rasa tertekan sekarang.

Johnny diam seketika.
" Antara Jihyo dengan Eunseo, kau rasa mana yang paling tertekan sekarang?
Jihyo ada kau, ada appa dia, ada omma kau yang baik sangat dengan dia. Ada Lish ahjumma.
Tapi Eunseo ada siapa? "
Johnny jeda seketika.

" Eunseo tidak ada sesiapa Jungkook.
Tak ada.
Dia seorang diri sekarang ni.
Cuba kau bayangkan macam mana dia nak survive nanti.
Lepas anak tu keluar, kau rasa macam mana dengan dia tanpa sesiapa dekat sisi dia ?"
Kata-kata Johnny membuatkan Jungkook mengeluh berat.
Memang dia pun terfikirkan tentang itu.

" Tapi kenapa aku?
Perasaan isteri aku macam mana?
Aku sayang dan cinta dia sorang John.
Kau cakap senang lah, bukan Eunseo nak kahwin dengan kau "

"..Kau sedar tak sekarang ni kedudukan aku macam mana?
Aku dah ada isteri.
Kalau kau sanggup ke kau duakan tunang kau tu "
Sambung Jungkook.
Dia berdiri dan terus melangkah pergi.

Johnny tidak jadi menyuap nasi goreng.
Dia mengeluh berat.
Dia tahu macam mana perasaan Jungkook.
Tapi dia sendiri tidak tahu harus bagaimana.
Situasi Jungkook terlampau berat.

Jungkook masuk kedalam kereta, tidak mahu masuk ke balai.
Dia terus memandu pergi untuk tugasan luar.

Bunyi mesej masuk mengalihkan perhatiannya.
Tertera my wife di skrin telefon.
Jungkook berhenti di tepi jalan.

my wife .
saya izinkan oppa kahwin dengan Eunseo unnie.

Jungkook benar-benar terkejut dengan mesej yang di hantar oleh Jihyo itu.
Tanpa menunggu lama, dia kembali memandu.
Telefon sudah di lempar perlahan pada seat sebelah.
Kereta di pecut laju untuk balik kerumah.

___

" Tak nak— "
Laungan Eunseo dari dalam wad membuatkan Jihyo yang kebetulan berada di luar wad terus laju menuju masuk.

" Unnie, "
Jihyo meluru kearah katil yang menempatkan Eunseo.
Nurse yang sedang memegang lengan Eunseo berundur sedikit.

" Jihyo—
Jihyo tolong unnie.
Unnie tak nak duduk dekat sini.
Unnie nak balik "
Tangan Jihyo dia pegang.
Rayuan dan tangisan kedengaran sayu.

Jihyo memandang nurse yang bertugas.
" Nurse,
Kenapa dengan Eunseo unnie ?"

" Puan Eunseo perlu di tahan di wad sebab tengah menunggu masa sahaja.
Tapi dari semalam Puan Eunseo berkeras tidak mahu.
Emosi Puan Eunseo betul-betul tidak stabil.
Kami pihak hospital risau akan menjejaskan anak dalam kandungan dan juga ibu "
Penerangan nurse itu membuatkan Jihyo kembali memberi tumpuan kepada Eunseo.

" Unnie jangan lah macam ni.."
Jihyo toleh kepada nurse kembali.
" Nurse boleh tak tinggalkan kami sekejap "

Nurse itu mengangguk dan berlalu keluar.

" Jihyo—
Unnie minta maaf.
Unnie tahu Jihyo kecewa, marah dengan permintaan unnie.. "
Tersedu sedan tangisan Eunseo.
Tersekat-sekat percakapannya.

Jihyo geleng.
" Jihyo tak marah.
Unnie jangan lah macam ni.
Unnie kena duduk dalam wad.
Please, unnie fikirkan pasal diri unnie dan anak unnie "

" Unnie tak kuat Jihyo.
Macam mana unnie nak teruskan hidup macam ni sorang diri.
Lebih lagi bila anak unnie lahir.
Unnie buntu, sebab tu unnie sampai minta Jihyo izinkan unnie kahwin dengan Jungkook "

Jihyo angguk.
" Nae, unnie saya izinkan "

" Song Jihyo— "

Jihyo pantas menoleh.
Jungkook meluru masuk.
" Apa yang awak cuba buat ni?
Kerja gila apa ni? "
Tanya Jungkook dengan nada tertahan kepada Jihyo.

" Ini yang terbaik, oppa "

" Jom, "
Lengan Jihyo dia pegang dan keduanya melangkah keluar.

" Oppa, "

Keduanya kini berdiri di luar wad.
Berdiri berhadapan satu sama lain.
Tajam mata Jungkook menikam anak mata sang isteri.

" Apa yang sayang buat ni?
Cakap dengan oppa kerja gila apa yang awak buat ni? "
Tanya Jungkook dengan suara marah.
Jihyo merasa gerun.
Mujur sahaja lorong ke wad itu tiada sesiapa.

" Ji— Jihyo cuma buat apa yang terbaik "

PAM!

Terangkat bahu Jihyo apabila Jungkook tiba-tiba menghentak dinding di belakang.
Jihyo berdiri betul-betul rapat dengan dinding.

" Terbaik untuk siapa nya macam ni?
Aku dah cakap aku tak akan duakan kau.
Kau nak sangat ke aku kahwin lain? "
Tengkingan Jungkook benar-benar menakutkan Jihyo.
Belum pernah dia melihat Jungkook marah sebegini.
Siap ber aku kau lagi.

Akhirnya Jihyo menangis.
Matanya tidak mampu memandang Jungkook.

Jungkook meraup wajah kasar.
Tidak pernah dia terlintas ingin menduakan Jihyo.
Kenapa?
Kenapa hati sang isteri terlampau baik?

" Dah! oppa ada kerja.
Oppa nak Jihyo balik "
Arah Jungkook tegas dan melangkah pergi.

" Tapi oppa— "

" Balik!
Aku tak nak tunjuk baran aku dekat kau "
Tanpa menoleh Jungkook membalas.
Inilah yang dia takutkan, takut terlepas barannya kepada Jihyo.

Jihyo diam tidak berkutik.
Jungkook benar-benar lain kalau sudah marah.

___

BERSAMBUNG .

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now