SEMINGGU KEMUDIAN.Song Mino melabuhkan duduk berhadapan dengan Park Shi Hoo. Permukaan meja di ketuk-ketuk dengan sebatang pen yang tersedia di situ. Dia berdeham mengalihkan perhatian Park Shi Hoo yang sedang mengadap tablet. Entah apa yang menyibukkan lelaki itu.
" Kau tak rasa ke nak cari Selena? "
Dia menyoal. Pen di letakkan kembali dalam gelas kaca.
Park Shi Hoo meletakkan tablet di atas meja. Dia bersandar di kerusi dan memeluk tubuh. Fokus sekarang kepada Song Mino." Kau rasa kenapa aku kena cari dia? "
Soalan di balas dengan soalan. Song Mino mengaru kening.Pelik dengan pertanyaan Park Shi Hoo.
" Kau hampir berkahwin dengan dia..korang.. "
" Hampir. Sekarang aku tak rasa aku patut kahwin dengan dia. Dia bukan priority aku sekarang.." kata-kata Song Mino dia pintas.
Dia jeda seketika.
" Paling penting sekarang ni aku kena cari adik tiri kau tu sampai dapat. Dan kau patut tolong aku "" Kau nak aku tolong apa? "
Ini lah apa yang dia mahu dengar kerana dia benar-benar ingin dapatkan Song Jihyo.
Sejujurnya dia tidak pernah menganggap Song Jihyo adik. Kerana cintanya melebihi dari itu.Tablet disua kepada Song Mino oleh Park Shi Hoo. Terpampang gambar seorang lelaki beruniform polis. Kening Song Mino bertaut. Di pandang gambar itu.
" Apa ni? "
Tanyanya kurang mengerti dengan maksud Park Shi Hoo menunjukkan gambar ini." Orang yang menyembunyikan Song Jihyo sekarang ini. Aku nak kau siasat polis tak guna ni. Cari sampai dapat dekat mana dia sorok Song Jihyo . Jangan terlepas sebesar kuman maklumat sekalipun.. "
" Aku tak nak kita terlepas lubuk emas kita "
Pandangan Song Mino beralih kepada Park Shi Hoo.
" Lubuk emas? apa maksud kau?? "" Song Jihyo pewaris terbesar Kim Jae Wook. Dapatkan dia akan mengukuhkan lagi kuasa kita. Dia bagaikan lubuk emas bagi kita. Rugi kalau kita lepaskan peluang ni "
Bersungguh-sungguh dia menerangkan. Bertekad untuk mendapatkan Song Jihyo. Merampas apa yang di miliki serta membalas dendam." Aku akan buat "
Ujar Song Mino penuh tekad dan melihat gambar polis itu....
Jihyo menuruni anak tangga, dia mengintai ke ruangtamu. Tiada sesiapa. Bunyi air di dapur mengamit dia kearah itu. Terlihat Yoon Joo sedang membasuh pinggan. Dia masuk kedalam dapur.
" Ahjumma, mana semua orang? "
Dia menegur dan berdiri di sebelah wanita itu. Yoon Joo berpaling." Puan Jeon pergi butik. Jungkook pula rasanya masih tidur lagi "
Yoon Joo mengelap pinggan yang sudah di basuh dengan tuala kecil dan di letakkan dalam almari." Jihyo nak sarapan? itu ada dekat meja ahjumma dah hidangkan "
Jihyo geleng.
" Kejap lagi lah Jihyo sarapan "
Dia menapak keluar dari dapur dan naik ketingkat atas. Bilik Jungkook dia tuju.TOK! TOK!
" Nae,? "
Kedengaran suara Jungkook dari dalam. Sudah bangun rupanya.
" Oppa, boleh Jihyo masuk "
" Boleh, masuk lah "
Jihyo memulas tombol pintu dan masuk kedalam. Ketika itu Jungkook sedang berdiri di hadapan cermin membetulkan rambut. Lelaki itu sudah segak memakai uniform polis.
Jihyo melabuhkan duduk di birai katil.