21 .

673 123 19
                                    


Jihyo memandang keluar tingkat dan beralih melihat lelaki di sebelah yang sedang memandu.

" Kita nak pergi mana? bukan kah jalan nak pergi hospital straight "
Jihyo mengajukan soalan apabila perasan akan jalan yang di lalui lelaki berpakaian serba hitam ini. Bukan jalan yang selalu dia lalu untuk ke hospital seoul.

" Saya ambil jalan pintas Cik. Kita kena cepat sampai ke hospital "

Balasan lelaki itu sedikit sebanyak mengundang debaran kepada Jihyo.
" Keadaan Jungkook oppa macam mana? "
Sekali lagi dia menyoal. Dia benar-benar merasa risau sekarang. Apakah yang terjadi kepada Jungkook?

Tanpa menjawab soalan daripada Jihyo, lelaki itu membelok ke kiri. Dan tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta di sebuah tempat sunyi. Di kiri kanan hanya ada hutan. Jalan pula berbatu.

" Kenapa ni? "
Jihyo sudah mula rasa tidak sedap hati.

" Saya rasa kereta rosak. Cik tunggu dalam kereta, saya keluar tengok apa yang rosak "
Jawabnya dan terus keluar dari kereta.

Jihyo toleh ke belakang apabila lelaki itu membuka bonet belakang. Dia keluh berat, dan kembali pandang depan. Fikirannya asyik terfikirkan Jungkook.

" Mana dia? "
Seorang lelaki berpakaian serba hitam dan memakai mask keluar dari sebuah kereta mengajukan soalan.

" Dalam kereta. Jangan risau dia selamat "

" Okay, tugas kau dah selesai Hangyul. Kau boleh pergi "
Ujar lelaki itu kepada Hangyul dan dia menapak kearah pintu pemandu.

Jihyo yang berada di dalam terkejut dengan kehadiran seorang lelaki di sebelahnya. Lebih lagi apabila lelaki itu memakai mask.

" Awak siapa? "
Jihyo menyoal dengan nada cemas.

Tanpa menjawab pertanyaan Jihyo, lelaki itu menarik mask yang di pakainya ke bawah. Membuatkan Jihyo benar-benar terkejut.

" John—Johnny oppa ? Macam mana oppa..? "
Tidak dapat Jihyo meneruskan soalannya kerana terlampau keliru dengan situasi sekarang.

Johnny menghidupkan enjin kereta dan memandu tinggalkan kawasan itu.

" Mianhe, oppa terpaksa buat rancangan ni. Tipu Jihyo pasal Jungkook "
Ujarnya, kerana dengan alasan itu sahaja mampu membuat Jihyo ikut tanpa susah payah.
" Jadi Jungkook oppa tak ada apa-apa? dia tak sakit? "

Johnny angguk.
Jihyo bernafas lega, tapi masa yang sama dia tertanya-tanya.

" Tapi kenapa? apa yang jadi sebenarnya? "
Dia benar-benar tidak faham akan apa yang berlaku sekarang ini.

" Orang-orang Park Shi Hoo dalam perjalanan ke rumah Jihyo sekarang ni. Jadi oppa di amanahkan oleh Jungkook supaya selamatkan Jihyo. Park Shi Hoo tu penjenayah yang di kehendaki polis. Oppa kena keluarkan Jihyo dari rumah tu sebelum diorang sampai "

" Habis tu ahjumma macam mana? "
Serta merta dia merasa risau akan Lish.
" Jangan risau dia selamat. Anggota polis yang lain ada "
Selepas Jihyo di bawa pergi sebentar tadi, sampai anggota lain mengawal banglo mewah itu.

" Jungkook oppa dekat mana sekarang? dan kenapa diorang cari saya? "
Soalan yang mengelirukannya di ajukan. Dia merasa lega kerana Jungkook tiada apa-apa dan bukan di hospital. Tetapi dalam masa yang sama dia sedikit ada perasaan risau di mana keberadaan Jungkook.

" Jungkook sedang jalankan tugas dia. Pasal kenapa diorang cari Jihyo, nanti Jihyo akan tahu sendiri. Buat masa ni Jihyo ikut oppa dulu. Kita pergi balai, Jihyo duduk dekat sana dulu "

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now