Junho merenung nasi di dalam mangkuk milik Jihyo. Tidak di jamah walau sebutir pun. Gadis di hadapannya sekarang ini sekadar berdiam diri, termenung entah memikirkan tentang apa.
Sepertinya dia mempunyai masalah. Itu yang di fikirkan oleh Junho." Jihyo—"
Lengan Jihyo dia tepuk perlahan." Huh, nae? "
Dia yang tengah termenung sedikit tersentak dengan teguran Junho." Gwenchana? awak ada problem ke ?"
Jihyo geleng.
" Saya okay "
" Saya tengok awak macam ada masalah aje. Dari tadi awak asyik termenung. Tu nasi langsung awak tak jamah. Waeyo? "
Perasaan risau menjalar. Risaukan kawannya itu. Manalah tahu Jihyo ada masalah dan mungkin tidak sihat sehingga tiada selera makan." Erm— saya nak ke tandas sekejap "
Tanpa menunggu balasan daripada Junho, dia berdiri dan menapak pergi dari situ.
" Jihyo—"
Junho memanggil.Jihyo mengangkat tangan dan menunjuk isyarat ok dengan jari. Menyatakan yang dia baik-baik saja.
Walau hakikatnya dia tengah tak ok. Fikiran asyik terfikirkan Jungkook. Dia tahu Jungkook marahkan nya tentang tadi.Tetapi kenapa lelaki itu sampai kaitkan dengan Junho? Sedangkan dia tidak ada sebut tentang Cha Junho ketika itu.
" Kau tak nampak ke betapa mesranya dorang tu? "
Masuk sahaja ke dalam tandas, Jihyo mendengar seorang pelajar perempuan di dalam tandas. Pelajar itu melihatnya dengan pandangan tidak suka.
Kawan pelajar itu turut membuat demikian." Tunggu! "
Jihyo yang mahu masuk ke dalam tandas di sekat oleh salah seorang dari mereka.
" Apa yang korang nak ni ? "
Jihyo menyoal dengan rasa menyampah.Dami mengunci pintu tandas dari luar dan bersandar di pintu itu. Jihyo mengundur sedikit. " Aku nak cakap dekat kau. Boleh tak kau jauhkan diri dari Cha Junho. Dia aku punya.. "
Ujarnya sambil memeluk tubuh. Wajah penuh benci di pamerkan kepada Jihyo walau Jihyo langsung tidak terkesan." Kau kan dah ada polis tu. Kenapa nak rembat boyfriend orang lain? tak cukup sorang ke apa kau ni? " Lia di sebelah menyampuk. Pak turut kepada Dami.
" Aku tak ada masa lah nak layan korang merepek "
Jihyo ingin pergi, tetapi lengannya di tarik oleh Dami. Tanpa sengaja Jihyo yang sudah sedia ada tiada mood, menarik lengannya kasar dan menolak Dami. Gadis itu terhentak di pintu tandas dan jatuh terduduk ." Auch—yahh, kau gila ke apa? "
Dami mengaduh sakit. Lia duduk mencangkung di tepi sahabat selamanya itu.
" Jihyo kau ni kenapa main tolak-tolak. Dami tak buat apa-apa pun dekat kau! "
Lia menengking marah dan berdiri mengadap Jihyo." Lain kali jangan kacau aku! "
Ketika itu beberapa pelajar perempuan masuk ke dalam tandas pelik melihat mereka bertiga.
" Kau ni memang tak guna! "
Lia mula menarik rambut Jihyo. Dan Jihyo turut bertindak sedemikian." Hey! Korang kenapa ni ?"
Salah seorang pelajar perempuan menyoal. Mereka cuba meleraikan mereka berdua. Keadaan bertambah kecoh sehingga kedengaran di luar....
PAN!
Jihyo dan Lia tersentak sehingga terangkat bahu keduanya apabila guru displin menghentak permukaan meja. Dami pula sedang berada di bilik rawatan.