Langkah diatur perlahan-lahan menuruni anak dengan hati-hati.
Sampai sahaja di ruangtamu, Eunseo melabuhkan duduk diatas sofa.
Perut yang sudah sarat dia gosok perlahan-lahan.
Nafas dihembus berat umpama beban berat yang dipikul sekarang ini.Setitis demi setitis airmata mengalir dipipi.
Perut yang sarat disebalik baju dia pandang sayu.
" Omma janji Omma akan kuat sayang.
Demi sayang Omma akan kuatkan semangat.
Walaupun, appa dah pergi tinggalkan kita..Omma yakin appa sentiasa ada dengan kita sampai bila-bila "
Sayu tiap ungkapan yang keluar dari bibir pucat Eunseo.
Bunyi tangisan mulai kedengaran perlahan.ringtone..
" Yeoboseyo! "
Eunseo betulkan duduk.
Badan disandarkan menyelesakan dirinya." Eunseo, ni aku Johnny.
Aku baru aje selesai tugas dekat kawasan sekitar perumahan kau ni.
Jadi kebetulan tu aku akan singgah rumah kau sebelum balik, kau ada nak kirimkan apa-apa ke?
Aku belikan "
Johnny berhentikan kereta di hadapan sebuah kedai makan.
Memang niat hati nak bungkus makanan bawa balik kerana dia belum jamah apa-apa makanan dari petang tadi." Erm— aku teringin nak makan sup rumpai laut.
Tapi tak menyusahkan kau ke?
Malam-malam ni "
Ujarnya terasa menyusahkan Johnny pula yang baru selesai tugas." No problem lah Eunseo.
Lagipun aku memang dah dekat depan kedai makan ni.
Jangan risau, nanti aku beli sup tu hantar dekat kau "
Dia tersenyum kepada seorang pelayan yang lalu sebelahnya.
Pelayan wanita itu tunduk sedikit, mungkin sebab dia memakai uniform polis.Johnny mematikan talian dan berdiri di hadapan kaunter.
Seorang pekerja di kaunter menyapanya mesra dengan senyuman manis." Apa yang boleh saya bantu Encik? "
Pekerja bernametag Nasha itu menyoal ramah." Saya nak sup rumpai laut dengan jajangmyeon. Bungkus ye "
" Okay, Encik boleh ambil pesanan dekat situ "
Nasha menunjukkan kearah kaunter pembayaran dan menerima pesanan.
Johnny mengangguk faham." Kamsahamninda, "
Johnny melangkah keluar dari kedai makan itu sambil membawa plastik berisi dua bungkus makanan.Semasa keluar, dia bertembung dengan seseorang yang di kenali.
" Eh, bro buat apa dekat sini? "
Tanya Johnny sambil bergerak sedikit dari muka pintu kedai itu.
" Jihyo teringin nak makan tteobokki.
Itu yang aku keluar beli ni .
Kau pula buat apa dekat sini? "
Tanya Jungkook kembali." Eunseo, nak makan sup rumpai laut.
Kebetulan aku selesai tugas dekat kawasan sini, itu yang belikan dekat dia "Jungkook terangguk-angguk sambil tersenyum.
Johnny memandang pelik.
" Kau kenapa? "" Aku rasa kau seeloknya jaga Eunseo.
Korang nampak sesuai, tapi.. "
Jungkook tergelak kecil." Tunang kau dengar mahunya mengamuk "
Johnny turut tergelak.
" Buat hal lah kau, bro "" Dah lah aku pergi dulu.
Kesian Eunseo tunggu "Jungkook angguk.
Dia menghela nafas berat melihat Johnny melangkah pergi.
Kalau lah kawannya itu belum berpunya.
Tapi itu kalau.
Dia melangkah masuk kedalam, kesian juga dekat isteri kesayangan tunggu dekat rumah....
Sampai di balai, Jungkook menghampiri Eunseo yang sedang duduk di tempat nya.
" You dah okay ke ni datang kerja? "
Jungkook bertanya prihatin.
Wanita itu sudah nampak sarat benar.
Eunseo awal sebulan mengandung dari Jihyo.