22 .

649 117 20
                                    


Dahi Jihyo berkerut, dia melihat lihat ke luar tingkap. Setahunya dia tidak pernah melalui jalan ini. Kiri kanan di penuhi kemewahan iaitu banglo mewah yang tersergam indah. Dia berpaling melihat Jungkook di sebelah. Lelaki ini sedang fokus memandu.

" Oppa, kita dekat mana ni? "
Tanya sambil membetulkan rambut yang menjuntai menutup mata.

" Kawasan perumahan "
Jawab Jungkook ringkas. Tidak jelas sama sekali.
" Kawasan perumahan? rumah siapa? rumah oppa ke? and, wait.."

" Oppa, nak bawa Jihyo pergi mana? "

Jungkook toleh. Reaksi Jihyo berubah seperti ' adakah aku akan di culik ' .
Jungkook memutar bebola mata dan kembali fokus tengok depan.

" Tak ada masa oppa nak culik Jihyo tu. Kalau nak culik dah lama oppa culik.."

" Suka fikir bukan-bukan budak ni "
Jungkook mengomel dan dia belok ke kiri. Jihyo tersengih serta betulkan duduknya.
" Oppa, nak pasang lagu boleh tak? "

" Tak payah. Kita dah nak sampai dah pun "
Balas Jungkook dan dia berhentikan kereta di hadapan sebuah rumah banglo mewah. Jihyo sudah terpegun melihat banglo mewah itu di hadapan mata. Walaupun tidak sebesar banglo milik appa nya.

Tetapi sangat cantik dan mewah.

" Jom, "
Jungkook keluar terlebih dahulu.

" Oppa, tunggu "
Jihyo mengejar dan berdiri di sebelah Jungkook.
" Rumah siapa ni oppa? "
Buat kesekian kali Jihyo menanyakan soalan yang sama serupa tadi.

" Rumah omma oppa "

" Hah, tapi kenapa oppa bawa saya datang sini. Saya seganlah "
Jihyo berundur ke belakang membuatkan Jungkook pusing mengadapnya.

" Tak payah nak segan sangat lah. Oppa, bawa datang sini sebab Jihyo tu mana boleh tinggal dekat rumah Jihyo. Sebab penjahat tu boleh datang bila-bila masa je "

Jihyo terangguk-angguk faham. Mulut terbuka bentuk O.

Jungkook memeluk bahu Jihyo dan menutup mulut gadis itu. " Tak payah nak ternganga sangat. Jom, " Jihyo di bawa masuk ke dalam rumah.

" Omma, "
Jungkook memanggil dan menapak masuk ke kawasan dapur. Jihyo melihat-lihat dalam banglo ini. Cantik, gaya korea 100%.

Dia kelihatan terangguk-angguk sendirian, sehingga lah datang seorang wanita berusia dalam likungan 60an menyapanya.

" Cik Song Jihyo "

Drastik Jihyo pusing ke belakang.

" Oh, Annyeong..Puan Jeon "
Dia menyapa kembali sambil tunduk hormat. Fikirnya itu ibu Jungkook, tetapi wanita itu mengeleng pantas.

" Ani, ahjumma cuma orang gaji dalam rumah ini. Nama ahjumma Yoon Joo. Bukan omma Jungkook "
Wanita itu sedikit tergelak kecil. Lebih lagi apabila melihat wajah terkejut gadis di hadapan nya sekarang ini.

Jihyo membongkok.

" Mianhe, saya tak tahu "

" Gwenchana, jom ahjumma tunjuk kan bilik kamu "
Yoon Joo berjalan terlebih dahulu dan Jihyo mengikuti dari belakang.

Sampai di hadapan sebuah bilik, Yoon Joo memulas tombol pintu. Bilik Jihyo terletak di tingkat dua.

" Masuk lah. Jihyo berehat dulu. Nanti turun makan malam "

Jihyo angguk. Yoon Joo berlalu pergi memberikan ruang kepada Jihyo untuk berehat terlebih dahulu. Jihyo menutup pintu dan perlahan-lahan menapak masuk. Cantik bilik ini, dekorasi yang sesuai dengan remaja seperti Jihyo.

Apa pun selama ini dia tidak pernah tahu akan kehidupan Jeon Jungkook. Setahunya Jungkook tinggal disebuah penthouse sendirian. Mungkin Jungkook sering ulang alik dari penthouse nya.

Jihyo melabuhkan duduk di birai katil. Bila di fikirkan balik dia datang ke sini sehelai sepinggang. Tidak bawa apa-apa.

" Macam mana aku nak mandi ni? tak akan lah pakai baju sama? "
Dia mengemam bibir, mula berfikir mencari idea.

Seketika kemudian dia menyeluk poket seluar.

...

" Kamu dah tunjukkan dia bilik Yoon Joo? "
Puan Jeon mengutarakan soalan itu apabila Yoon Joo masuk ke dalam dapur. Dia yang ketika itu sedang mengacau sup memberi isyarat kepada Jungkook supaya memberikannya mangkuk.

Jungkook yang ketika itu bersandar di meja makan menapak kearah almari.

" Nae, saya dah tunjukkan Puan "
Yoon Joo menjawab dan dia labuhkan duduk di meja makan untuk memotong sayur serta bawang.

" Nah, ma "
Huluran mangkuk di sambut oleh Puan Jeon. Sup di ceduk dan di masukkan ke dalam mangkuk.

" Kamu ni Jungkook,  bila nak tukar baju? tak panas ke dari pagi pakai uniform tu? "
Puan Jeon menegur.

" Ala, kejap lagi Jungkook tukar lah "

Puan Jeon tergeleng-geleng.

Bunyi telefon mengalihkan perhatian Jungkook. Telefon di dalam poket seluar dia keluarkan. Nombor yang tertera membuatkan dahinya berkerut. Dia menapak keluar dari dapur.

" Nae ?"

" Oppa, Jihyo datang sini tak bawa apa-apa. Macam mana ni? Jihyo nak pakai apa? "
Nada suara Jihyo kedengaran cemas.

" Tak payah lah nak cemas. Benda kecil aje "

" Benda kecil oppa kata. Ni masalah oppa. Masalah oppa. Tak akan lah oppa nak Jihyo pakai baju ni sampai esok, lusa. Berbau nanti, malu lah Jihyo. Oppa ni kan!? "

" Benda boleh selesaikan sayang. Haih, inilah perempuan semua benda di anggap nya masalah besar. Over thingking "
Jungkook mengomel. Dia mematikan talian sebelum Jihyo dapat membebel panjang. Dia tersenyum dengan gelagat gadis itu yang di anggapnya sangat comel.

Dia suka dengar Jihyo membebel.
Suara lembut itu mengetarkan hatinya.

hahahaha, abang polis dah angau teruk.

Dia berjalan ke tingkat atas dan masuk ke dalam sebuah bilik untuk mengambil pakaian untuk Jihyo. Masalah kecil suka betul di perbesarkan. Buka sahaja almari dia ambil sahaja beberapa helai baju dan seluar untuk di berikan kepada gadis kesayangannya itu.

Lambat nanti masalah mungkin akan jadi sebesar alam.

" Aku harap kau tak marah adik ku. Oppa pinjam untuk kakak ipar kau juga "
Jungkook tersengih miang. Geli hati dengan diri sendiri.

...

BERSAMBUNG.

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now