" Tuan , "Seorang anggota polis lelaki yang turut serta dalam serbuan malam ini menghampiri Jungkook yang sedang menyorok di tepi kereta . Dan turut menyorok di situ .
" Bos diorang baru sahaja keluar, Tuan "
Ujar anggota polis bernametag Sechan itu separuh berbisik ." Ada anggota lain dekat jalan utama ? "
Jungkook menyoal sambil memasukkan peluru ke dalam pistol miliknya .Sechan mengangguk dalam kesamaran cahaya di gudang kilang lama itu .
" Anggota lain akan uruskan, Tuan "
" Okay, awak ikut saya "
Arahan Jungkook dituruti patuh oleh Sechan . Mereka berdua bangun, jalan berhati-hati menuju kearah kilang . Sampai sahaja kedengaran beberapa orang sedang berbual sesama mereka .Mereka berdua bersandar di tepi dinding, semuanya di lakukan dengan berhati-hati .
Jungkook mengintai disebalik celahan tingkap yang terdapat di situ . Ada dua orang lelaki sedang memasukkan senjata api ke dalam beberapa kotak sambil berbual . Mata Jungkook meliar ke segenap sudut bilik itu dan ternampak satu pintu .
Dia mengangguk kepada Sechan memberi isyarat supaya mengikutinya . Mereka berdua berhati-hati menuju kearah pintu tersebut . Jungkook membuka pintu itu dengan perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi .
Terbuka sahaja pintu, keduanya melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam dan berdiri di belakang mereka bertiga .
" Polis ! "
" Sila angkat tangan dan jangan bertindak apa-apa ! "
Ujar Jungkook . Dia dan Sechan mengangkat pistol dan di halakan kearah mereka bertiga .
" Pusing ! "
Arahan Jungkook mereka turuti . Tangan diangkat dan pusing ke belakang . Ketiganya nampak cuak dengan kehadiran dua anggota polis yang berpakaian serba hitam itu . Bukan uniform polis yang biasa keduanya pakai .
Tanpa Jungkook dan Sechan sedari , salah seorang dari penjahat menyembunyikan pisau di belakang . Mereka berdua menghampiri ketiganya .
Sampai sahaja, salah seorang itu terus menghala pisau kearah Jungkook dan tertoreh lengannya .
" Argh , "
Jungkook terjerit kecil . Tanpa hiraukan sakit, dia dengan pantas meluru kearah lelaki itu dan memaut tangannya ke belakang . Sechan pula sudah menembak salah seorang dari mereka yang cuba bertindak agresif sehingga lelaki itu tersungkur kerana ditembak pada kaki .
Lelaki terakhir sudah di gari oleh Sechan .
" Tuan, lengan Tuan cedera "
Sechan menghampiri Jungkook apabila ketiganya sudah di gari ." Saya okay . Sikit aje ni "
Lengannya yang berdarah di tekan dengan tuala kecil . Terasa perit akibat di toreh pisau tajam .Tetapi di tahan .
.
Eunseo menghampiri Jungkook yang sedang duduk diatas tunggul kayu di hadapan kilang lama itu . Mereka masih lagi berada di sini kerana anggota lain sedang mengosongkan kilang .
" Super cop memang tak sah kalau tak cedera "
Seloroh Eunseo dan mula membalut lengan Jungkook yang sudah di cuci serta di sapu ubat .Jungkook tersenyum mendengarnya .
" You dengan anggota lain aje panggil I super cop . I tak rasa macam tu pun . Bukannya I tak pernah gagal "
Eunseo duduk di sebelah lelaki itu .
" Tapi tak selalu gagal "