Jihyo menolak dada Jungkook sehingga lelaki itu terundur kebelakang . Terkulat-kulat dia memandang Jungkook dengan perasaan marah . Bibirnya di kesat kasar . Dasar si tua tak sedar diri." Tak guna , "
Gumam Jihyo agak perlahan . Tak tahu lah dia marah atau apa . Perasaannya berbelah bahagi . Cuma sekarang dia rasa nak belasah polis miang ini ." Jihyo tunggu , "
" Jangan dekat . Oppa ni bahaya ! "
Jihyo cepat-cepat berpaling dan tidak jadi untuk masuk ke dalam bilik apabila Jungkook memanggil ." Temankan oppa lusa "
" Teman pergi mana ? saya tak nak lah ikut oppa . Oppa ni bukannya boleh percaya sangat . Nanti jadi kes seorang pegawai polis culik dan jual pelajar sekolah . Eii, ngeri "
Jihyo buat muka takut membuatkan Jungkook menepuk dahi . Tak akan lah first kiss dah kena curi , dah jadi tak betul budak Jihyo ni ." Jangan banyak sangat tengok drama boleh tak . Daripada oppa culik, jual Jihyo. Baik oppa bawa aje Jihyo pergi jumpa paderi "
Jihyo berundur kebelakang .
" Oppa ni semakin menakutkan lah "
Jungkook mengetap gigi . Di peluk gadis itu dengan sebelah tangannya .
" Yah ! Yah ! Oppa nak buat apa ni ? "
Jihyo menutup mulutnya . Tidak mahu manggis berbuah dua kali ." Jangan nak merepek boleh tak ? Oppa nak ajak Jihyo temankan oppa pergi majlis kawan oppa aje lah . Yang melalut sangat ni kenapa ? dah jadi gila lepas kena.. "
Terhenti percakapan Jungkook apabila Jihyo menekup mulut lelaki itu dengan tangannya . " Arrassoe , saya faham . Jadi sekarang boleh tak oppa turun bawah dulu . Nanti saya turun "
Jungkook menjauhkan tangan Jihyo dari mulutnya . Gadis itu dia lepaskan .
" Nae , "
Jelingan diberikan kepada Jihyo dan dia menapak turun ketingkat bawah . Nak tergelak Jihyo melihat tingkah orang tua perangai kanak-kanak itu . Dia rasa..
Comel .
Muka dah lah tidak sesuai dengan umur .
.
Jihyo berlari keluar dari dapur dan berhenti termegah-megah di belakang Jungkook yang sedang duduk di hadapan pintu mengikat tali kasut .
" Oppa, tunggu kejap boleh tak ? Jihyo nak pergi rumah sebelah "
Jungkook toleh ke belakang .
" Nak buat apa ? "" Jiran sebelah minta tolong Jihyo bawa kucing dia pergi jumpa veterina . Kucing dia yang gebu tu sakit "
Membulat mata Jungkook, dia terus berdiri .
" Jihyo ni sengaja aje kan "