Selesai shopping pakaian dan tukar dari uniform masing-masing, Jungkook membawa Jihyo ke pantai yang tidak lah berapa jauh . Dia tidak mahu gadis itu terlalu penat nanti. Sampai sahaja, dia parking kereta di tempat yang tidak di sediakan di kawasan pantai.Mata Jihyo sudah bersinar-sinar melihat permandangan di hadapan mata . Mahunya nak terkeluar biji mata melihat keindahan pantai, air laut yang membiru.
" Jom, "
Ajakan Jungkook dia turuti. Lelaki kacak itu keluar terlebih dahulu.
" Segarnya! "
Jungkook menoleh apabila terdengar kata-kata Jihyo itu. Dia tersenyum melihat wajah ceria Jihyo. Jungkook tunduk menyising seluarnya hingga ke bawah lutut. Risau basah terkena air nanti .
" Oppa, Jihyo nak pergi sana! "
Minta Jihyo sambil tunjuk ke arah pantai. Ramai pengunjung berada di kawasan itu. Ada yang mandi, bina istana pasir dan ada juga yang berjemur ." Boleh. Pergilah, nanti oppa datang "
Dengar sahaja keizinan dari Jungkook, Jihyo terus berlari ke arah itu . Tergeleng-geleng Jungkook melihatnya. Dah serupa tak pernah jumpa pantai gaya nya.
Jungkook mengeluarkan telefon dari dalam poket . Mesej dari seseorang dia buka.
Unknown
Inspector, saya nampak suspect dekat sebuah hotel. Dia dengan seorang perempuan. Tapi bukan perempuan dalam gambar yang Inspector bagi pada saya.Satu persatu dia baca tiap perkataan mesej yang di hantar oleh penyiasat pensendiriannya itu. Itu memudahkan kerja, dia mengupah seorang penyiasat yang telah banyak menyelesaikan kes-kes sebelum ini. Jarinya bergerak-gerak di atas skrin telefon nya.
Jungkook.
Siasat dengan teliti.
Ekori kemana saja diorang pergi.
Kalau ada apa-apa terus bagitahu saya.Selesai hantar mesej kepada penyiasatnya itu, telefon dia masuk kan kembali ke dalam poket. Dia menapak ke arah Jihyo yang sedang berjalan di tepi pantai. Sesekali gadis itu berlari kecil apabila air ombak mengena kaki. Kedengaran Jihyo ketawa dan membuatkan dia tersenyum mendengar ketawa cinta hatinya itu.
Tiba-tiba dia terpandang seluar Jihyo. Tidak di singsing dan sudah sedikit basah.
" Wah, oppa best lah. Tak sia-sia Jihyo ikut oppa datang sini "
Ujar Jihyo kepada Jungkook . Lelaki itu balas dengan senyuman dan duduk mencangkung di hadapan Jihyo." Oppa wae? "
Tanyanya bernada pelik. Dia tunduk melihat Jungkook." Lain kali singsing dulu seluar. Kena air nanti basah "
Ujar Jungkook dan menyising seluar Jihyo hingga ke bawah lutut." Jihyo lupa "
Jungkook mendongak.
" Lupa ke nak suruh oppa buat ? "
Jungkook menyoal sambil tersenyum." Ani, bukan macam tu "
Salah tingkah Jihyo di buatnya. Dia sememangnya terlupa, tapi bila abang polis cakap sebegitu membuatkannya termalu sendiri.Jungkook berdiri di hadapan Jihyo. Pandangan mata mereka bersatu. Bagaikan hanya mereka berdua di tempat ini. Walaupun beberapa orang melihat mereka berdua.
" Jihyo, "
Kedua-dua tangan Jihyo di pegang. Mata tidak lekang dari memandang figura cantik itu.Entah kenapa Jihyo merasakan debaran.
" Jom, kahwin dengan oppa "
Terkejut Jihyo mendengarnya. Tidak menyangka perkataan keramat itu di ucapkan oleh Jungkook kepada nya. Dari seorang anggota polis kepada seorang pelajar sekolah.
" Oppa, "
" Mesti Jihyo ingat oppa tak betul kan?! "
Jungkook memintas. Jihyo geleng. Dia sebenarnya tidak tahu mahu membalas apa." Oppa tahu benda ni tiba-tiba dan mungkin Jihyo rasa tak masuk akal. Tapi oppa nak lebih mudah jaga Jihyo. Baru oppa rasa Jihyo betul-betul tanggungjawab oppa. Dan, I love you. Really, love you "
Tiap kata-kata luahannya begitu bersungguh-sungguh dan dia sangat maksudkannya.Jihyo menarik perlahan tangannya dari pegangan Jungkook.
" Mianhe, Jihyo tak boleh "
" But why? Oppa terlalu tua untuk Jihyo? "
Pertanyaan itu Jihyo geleng.
" Oppa, Jihyo nak balik "
Tanpa menunggu lama, Jihyo terus melangkah pergi.Jungkook keluh berat. Dia meraup wajah kekesalan. Dia tahu 90% Jihyo pasti menolak kerana mungkin sebab masih sekolah. Tapi hatinya berkeras untuk mengatakannya.
Telefon yang berbunyi mengalihkan perhatiannya.
Unknown.
Inspector , saya dah dapat kesan tempat persembunyian suspect. Kalau Inspector free datang lah sini.Unknown.
Kalau Inspector nak datang saya bagitahu alamat kejap lagi.Jungkook memandang ke arah Jihyo yang sedang berdiri di tepi kereta. Telefon di masukkan kembali ke dalam poket seluar.
Dia melangkah ke arah Jihyo. Gadis itu tunduk memandang jalan." Jom, oppa hantar balik "
Ajaknya dan masuk ke dalam kereta. Jihyo turut masuk ke dalam kereta.Jihyo melihat Jungkook sekilas.
" Erm, oppa marah ke? "
Tanyanya. Jari di main-main kan. Rasa serba salah.Jungkook tidak membalas. Enjin kereta di hidupkan.
" Kita tak singgah mana-mana. Oppa terus hantar Jihyo balik. Sebab oppa ada kerja "
Tidak membalas pertanyaan Jihyo, dia memandu pergi dari kawasan itu.Jihyo angguk perlahan. Dia betulkan duduk dan membuang pandang ke luar tingkap.
BERSAMBUNG.