20 .

738 126 9
                                    


TEMPAT PERSEMBUNYIAN SHI HOO.

Kedengaran bunyi tangisan mengejutkan Selena dan mengundang perasaan pelik kepadanya. Dia bangun dan tercari-cari suara tangisan itu. Tetapi sekarang dia berada di dalam sebuah bilik, tiada sesiapa di dalam bilik yang sama.

Dia di arahkan Shi Hoo supaya menunggu lelaki itu di bilik ini. Tempat ini agak terpencil di hujung kota Seoul. Agak tersorok dari kesibukan ibu kota itu. Selena juga tidak tahu kenapa Shi Hoo membawanya kesini.

Hanya mengikut kerana dia percaya dan cintakan lelaki itu.

" Arghhhh— tolong jangan. Ampun! "

Selena yang duduk terbangun apabila terdengar teriakan seorang perempuan. Tidak sanggup lagi menahan perasaan pelik, dia keluar dari bilik itu dan sedaya mungkin cari dari mana suara perempuan itu.

Sampai lah dia di hadapan sebuah bilik yang pintunya terbuka sedikit. Perlahan-lahan dia hampiri. Derapan kaki sedaya upaya dia melangkah dengan hati-hati kerana tidak mahu keluar sebarang bunyi.

" Shi Hoo— ampun. Aku betul—betul tak tahu pasal polis yang jaga anak aku tu "

Satu persatu ianya kedengaran di telinga Selena. Rasa takut tetapi dalam masa yang sama dia ingin tahu apa yang terjadi. Dia mengintai di sebalik bukaan pintu bilik itu.

Sungguh dia terkejut akan apa yang dia lihat sekarang ini. Lelaki yang dia cintai sedang menarik rambut seorang perempuan dan dalam masa yang sama lengan perempuan itu di toreh dengan pisau.

Selena kaku, bagaikan tidak percaya akan apa yang dia lihat sekarang ini. Lelaki yang dia cintai, yang dia percaya rupanya sebegini. Andai perempuan lain sangat mudah di sakiti, ini kan pula dia.

" Umph— "
Tiba-tiba mulut Selena ditekup dan dia di tarik masuk ke dalam sebuah stor kecil .
Dia sempat meronta dan sangat ketakutan.

" Shh— Selena ni aku. Jungkook "
Jungkook melepaskan gadis itu. Dia terpaksa menekup kuat mulut gadis itu kerana jika hanya tarik pasti akan kedengaran jeritan.

Selena pusing ke belakang. Lelaki berpakaian uniform polis itu di pandang. Tanpa menunggu lama dia meluru kearah Jungkook dan memeluk lelaki itu.

Jungkook sedikit terundur ke belakang. Sedikit terkejut dengan tindakan tiba-tiba itu.

" Jungkook— I betul-betul takut. I tak sangka Shi Hoo macam tu. Mujur saja you datang selamatkan I. Kalau tidak, pasti I pun senasib dengan yeoja tu "
Ujar Selena. Benar-benar lega dengan kehadiran Jungkook.

Pelukan Selena tidak di balas. Dia sekadar mengangguk pelan.

Selena meleraikan pelukan.
" Mianhe— sebab sebelum ni I tak percaya dengan apa yang you bagitahu I. I  terlalu di butakan dengan kebaikan luaran Shi Hoo "
Dia betul-betul merasa bersalah kerana tidak percaya akan anggota polis itu.

Jungkook senyum kecil.

" Tidak percaya tu perkara biasa. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan orang yang kita sayang. Siapa saja tak percayakan orang yang mereka sayang "
Dia membalas bersahaja. Faham benar dengan sikap manusia yang susah nak percayakan orang lain.

Itu sudah menjadi kebiasaan.

Dia sudah lali.

" You tunggu dekat sini. Nanti anggota lain akan datang "
Jungkook mengarah dan melangkah untuk keluar.

" You nak pergi mana? "
Pertanyaan Selena menghentikan langkah Jungkook.

" Jalankan tugas I "
Ujar Jungkook dan terus keluar dari bilik stor itu.

[ C ] my strange hero • jjkWhere stories live. Discover now