Park Hyomin turun dari motor Taehyung sejurus membuka helmet dikepalanya. Rumah agam bagaikan White House yang kelam bertemankan lampu hiasan di dinding rumah mampu buat gadis itu berdegup laju.
Jiwanya makin tak tenteram bila sedar waktu sudah tengah malam. Kali ini, wajah bengis serta lontaran ayat makian bermain di minda Hyomin. Terasa longgar lutut ingin melangkah masuk ke rumah itu.
"Kau okay tak nih, Hyomin?" Risau Taahyung, sempat lengan Hyomin disentuh.
Hyomin cuba mengukir senyum dan angguk perlahan.
"Jaga diri, Min. Pape call aku cepat-cepat!" Pesan Taehyung yang sudah bersedia mahu beredar.
"Iye, dah baliklah dah malam sangat ni. Thankyou, tae." Ucap Hyomin.
•••
Setelah kekunci pad diakseskan, bunyi pintu terakses buat jantung gadis itu berdegup pantas semula. Dalam hati, dia memanjat doa panjang. Pintu ditolak perlahan dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Hyomin meliar seluruh pelosok ruangan, namun bayang Yoongi tidak muncul.
Semakin hilang keberanian Hyomin dimakan gusar yang semakin berleluasa.
"Wah, pergi sesuka hati. Balik pulak sampai 1 pagi. Kau fikir ini rumah bapak kau?!" Amuk Yoongi, bergema suara garaunya memecah keheningan banglo dua tingkat itu.
Hyomin serta merta membatu di depan tangga dan mengadap Yoongi yang berdiri di gerbang dapur bersama cawan kopi ditangannya.
Makin membuak amarah Yoongi pabila melihat wajah tak bersalah yang terpapar diwajah Hyomin sendiri.
Cawan kopi ditangannya dihempas ke dinding. Tubuh Hyomin didekati sejurus dia menarik rambut Hyomin.
Hyomin sudah menggigil ketakutan. Kepala gadis itu sudah menunduk ke lantai.
"AKU CUKUP PANTANG ORANG LANGGAR SURUHAN AKU! KAU FIKIR KAU SIAPA, SUNDAL?! TAK CUKUP KAU MENYUSAHKAN AKU NAK AKU JAGA KEBAJIKAN KAU PULAK?!"
Lantas, Yoongi menolak kepala Hyomin hingga terhantuk dihujung palang tangga dan tertiarap di lantai marmar.
"M-maafkan saya. S—"
Tanpa rasa kasihan, rambut Hyomin ditarik kembali agar didongak memandang wajah Yoongi.
"Kau fikir aku tak tahu kau berseronok menggatal dengan jantan tuh? Eh, aku tak kisah kau nak sodok lelaki mana punlah! Yang aku kesahkan sekarang, kalau orang tua aku dapat tahu. Siapa nak menjawab?" Soal Yoongi meleret sambil rahangnya diketap rapat.
Mata Hyomin galak mengalir airmata. Mulutnya terkatup rapat. Matanya terpaksa menatap wajah bengis Yoongi.
"AKU!" sambung Yoongi.
Pang!
Satu tamparan kuat dilepaskan pada pipi Hyomin. Tubuhnya terlempar kembali di lantai dingin. Hyomin hanya menatap lantai bersama titisan airmata yang turun dari pipi merahnya.
"Kau tuh cuma anak pungut, Hyomin. Kau sememangnya tak layak jadi keluarga Min atau ada darah pertalian dengan aku! Aku jijik kau tau tak?! Aku hampir kahwin dengan orang yang cinta selama 4 tahun tapi sebab kau dengan betina tua tuh! Everything gone! Gone, Park Hyomin! And you, i swear you never deserve happiness as along you with me. Enjoy the hell that i do for you, sucks."
Min Yoongi mula menarik lengan Hyomin kuat dan menuju ke pintu utama.
"Y-Yoongi, maafkan Min. Min tak nak duduk luar.. Yoongi!"
Yoongi menolak tubuh Hyomin ke luar rumah tanpa menghirau rintihan gadis itu.
"Kau suka duduk luarkan? Rasakan."
Hyomin cuba berdiri namun Yoongi pantas menolak Hyomin sehingga terjatuh ke tanah.
Dia terus meninggalkan Hyomin terkontang-kanting di luar rumah dan mengunci pintu serapatnya.Hyomin pula cuba mengensot ke pintu lalu menampar pintu.
"Y-yoongi.. jangan buat min macam nih.. min janji min tak buat lagi.. yoongi.." rayu Hyomin dengan teresak-esak.
Perlahan, Hyomin menyandar pintu sambil memeluk tubuh. Matanya hampir bengkak tidak berhenti menangis. Kata-kata Yoongi semakin menikam jiwa. Walaupun jauh di sudut hati, masih merasakan dia punca masalah timbul.
Kedingingan malam makin menyengat tubuhnya membuat dia memeluk tubuh dengan erat.
"Bila dah jadi isteri orang, jadi isteri yang saling menyayangi dan mempercayai. Arrasoo?"
"Min tak kuat, omma. Min tak kuat. Min tak mampu jadi macam omma."
Hyomin menahan mulut dengan tangan menahan tangisan yang makin galak terhambur.
Sehingga dia hanyut dalam mimpi. Hujan mula turun dengan lebat membasahi tubuh Hyomin yang kaku di depan pintu.
Vomments😌❤️
Tiba berlinang masa typing hm. Apakata korang?
Btw chapter diedit berulang kali tau? Nak bagi betul betul feel dan betapa dendam Yoongi ")
YOU ARE READING
HEARTLESS ' MYG
FanfictionMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19