11

332 42 11
                                    

Maaf pada readers yang menunggu update dari Heartless kalau boleh nak hari-hari update. Tapi min tengah busy kerja khusus sains komputer and ada masalah insecurity🙃. Min try update lelaju lepas ini okay?
Lots of 💕 !
Enjoy  reading.
*
*
*

Hyomin's

Yokopatch yang terakhir aku buka lalu tampal di bahagian belakang bahu sebelum baju hoodie aku sarung ke tubuh. Berus solek dan foundation aku ambil. Aku berpaling ke cermin solek melihat wajahku yang sembap.

Perlahan airmata mengalir ke pipi. Berus yang lembap aku rata ke muka agar segala kesan ditutup kemas.

"Hyomin, bukak pintu." Arah Yoongi dari luar.

Luruh jantungku saat suara garau lelaki itu menangkap pendengaran. Mata aku terpaku pada Yoongi yang sudah menguak pintu tanpa aku izin masuk.

Sikitpun tiada wajah kesal yang tertampal diwajah lelaki itu. Aku kembali fokus pada solekan.

"Aku nak kau kemas barang semua, mama suruh balik rumah dia. Dia buat gathering , sempena abang aku yang jihyun nak balik. Pastikan takda satu pun kesan birat timbul dekat kulit kau. Kalau kau tak nak aku naik hantu lagi." Peringat Yoongi cuba mengukit kisah semalam.

Aku cuba menahan perasaan walaupun hati aku sudah menjerit kesedihan.

•••

Setelah enjin dimatikan, Hyomin pun tersedar dari tidur. Perjalanan dari Seoul ke Daegu amatlah jauh dan memeningkan tambahan pula Yoongi langsung tak bercakap, tidur sahajalah yang elok.

"dah sampai ke?" soal Hyomin yang masih mamai.

"tak, ada kat tengah jalan.." jawab Yoongi sambil menekan butang untuk membuka bonet kereta.

Hyomin mengeluh perlahan. Kalau cakap tak pernah ada yang sedap telinga mendengar.

"Kau dengar sini.. Ini Daegu eh bukan Seoul, jangan kau nak buat hal. Kau jangan cuba berhubung dengan jantan tuh, mama tahu aku yang nak menjawab bukannya kau..! Tah apa apa tah kau guna-gunakan family aku sampaikan anak sendiri pun kena bala yang kau bawak." lancar sahaja Yoongi mengutuk Hyomin depan-depan.

"Stop, tuduh saya macam-macam boleh tak? Sekali je saya mintak tolong tahan mulut awak nak mencaci pasal saya, keluarga saya, awak juga yang dapat dosa." Hyomin sungguh terkilan dengan percakapan Yoongi.

"Dosa? Aku sanggup hidup dalam neraka daripada hidup dengan perempuan jijik macam kau." Sedas dia membalas lalu menjeling Hyomin dengan senyuman sinis sebelum keluar dari kereta.

Pantas sahaja, mata Hyomin dikaburi airmata. Kata-kata Yoongi terlalu menyakitkan hati walaupun hampir setiap hari ada sahaja mulutnya lancang menuduh dan mencaci tentang dirinya.

Pintu rumah agam milik ibubapa Min Yoongi dibuka oleh ibu Yoongi sendiri. Riak wajahnya terus menjadi gembira.

"Menantu mama dah sampai? Lama mama tunggu, lambat sangatlah kamu nih bawak kereta, Yong!" tubuh Hyomin didakap seketika dan sempat dia membebel pada anak sendiri.

"Jemmlah, maa. Cukup elok Yong balik kalau tidak Yong suruh Min je balik.." jawab Yoongi.

"Papelah, dah masuk-masuk. Beg-beg tuh Yong bawak naik atas bilik kamu." Arah Puan Min membuat Yoongi mencarut perlahan.

Yelah, Hyomin mestilah kena tidur dalam bilik Yoongi juga takkan nak tidur asing-asing. Nak kena balun dengan Mama Papa buatlah.

"Haa, harinih mama masak Chinese food nak rasa tak?" soal Puan Min.

"Boleh je.. Lagipun mama masak sedap sama macam omma.." puji Hyemin ikhlas. Puan Min memang ada banyak persamaan dengan ibu Hyemin sendiri membuatkan Hyemin selalu terkenangkan ibunya.

"Ehh, Omma Min lagi terer dari omma tau.."
Puan Min mulalah membuka cerita bagaimana dia boleh rapat bagikan isi dengan kuku dengan ibu Hyemin.

•••

"Jadi mama dengan omma kawan baik dari tadika?" soalan Hyomin sambil mengunyah kuih bulan yang amatlah manis. Susah dapat nih.

"Eung! Kerana itulah mama lega sangat menantu mama anak kawan baik mama sendiri. Jujurlah, mama tak gemar Yoongi bertunang dengan Dilraba tuh. Sejak mama tahu hubungan diorang pun mama tak suka.." luah Puan Min sambil memotong buah mangga.

Dilraba, bekas tunang Min Yoongi. Hanya kerana Dilraba jugalah Min Yoongi berubah jadi dingin. Mana taknya, bercinta bertahun dan hampir berumah tangga tapi ada aral melintang membuatkan Min Yoongi berdendam dengan semua orang yang menimbulkan punca perpisahan mereka.

Hyomin pun terasa iri hati dengan kesempurnaan Dilraba yang berbangsakan Cina sama dengan keturunan Puan Min sendiri. Seorang yang jelitawan dan berkerjaya. Ciri-ciri menantu pilihanlah kata orang. Berbanding Hyomin , degree pun tak lepas.

"Kenapa pula? Kira bertuah siapa dapat Dilraba tau mama, orang macam dia sekarang dicari-cari." Sengaja memuji bekas tunang Yoongi manatahu ibu mertuanya memujinya kembali. Terubat hati yang terluka dengan cacian Yoongi tadi.

"Herghh..! Mama tak percaya perempuan yang terlalu sempurna macam dia. Hati mama kuat mengatakan dia mesti ada masalah social ke affair kita mana tahu kan? Silap haribulan, datang-datang mintak simpati sebab apa? Dah bunting anak tah sapa mintak jadikan pak sanggup ish mintak jauh-jauhlah.."

"Ish, tak baik kata macamtuh.. Kalau yoongi dengar mesti dia kecil hati." Kata Hyomin.
Tapi, apa yang dikatakan oleh Puan Min masuk akal jugak walaupun agak melebih samalah macam anak cakap main lepas. Benda betul takpe kalau jenis macam Yoongi?

"Mama sengaja lebihkan Min sebab mama banyak bagi muka dengan Yoongi semua dia nak mama papa turutkan kalinih biar dia dengar cakap mama. Mama buat semua nih bukan saja-saja untuk kebaikkan dia jugak, siapa nak tengok anak dia masa depan musnah tapi itulah Yoongi nih selagi tak kena nasib malang tak sedar diri.. memang tak boleh bawak bincang.. Mama tahu Min dengan Yoongi masih dingin kan? Buat masa nih bertahanlah, suatu hari nanti tuhan akan tunjuk langit itu rendah ke tinggi. Tuhan maha adil. Min kuat ye?" nasihat Puan Min membuat mata Hyomin membahang.

Hyomin terus mendakap erat tubuh wanita yang hampir seumur mendiang ibunya. Hanya dialah menjadi galang-ganti tempat dia mengadu.

"Aiguu~ apa nihh nangis-nangis? Buruklah cucu mama nanti asyik nangis jee.."usik Puan Min sambil mengusap belakang Hyomin.

Apabila mengenang nasib menantunya, dia turut menahan airmata. Terlintas dimindanya, pesanan akhir sahabat baiknya ibu kepada Hyomin sendiri.

"Andai aku tiada nanti.. Aku harap kau dapat ganti tempat aku untuk Hyomin. Dia nampak je kuat tapi hati mudah terusik. Terima kasih ye, Meimei."

aku janji aku jaga Hyomin. Aku janji,  bisik hati Puan Min.

Vomments ❤️
Doublet update !

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang