9

345 40 6
                                    

Taehyung mula mengambil hoodie hitam yang dihulur oleh lelaki itu. Kopi yang masih hangat disisip perlahan. Lelaki yang duduk berdepannya mula menilau melihat keadaan kafe di tengah-tengah bandar Busan.

Teringat zaman ibunya berkerja separuh masa di sini ketika dia berumur 8 tahun.

"Kau tak rindu Busan ke, Jimin?" Soal Taehyung.

Lelaki itu terus senyum meleret sebelum menarik topi dari kepalanya. Dia mula memandang wajah Taehyung. Berbeza rupanya jika dibandingkan dengan Jungkook.

"Lebih elok aku terus duduk dekat luar negara, jadi penduduk tetap terus. Aku bukan ade siapa-siapa dekat sini." Balas Jimin dengan sinis sekali.

"Hyomin dah tau kau Jeongguk kan?" Sambung Jimin buat Taehyung tersentap.

Jimin menggeleng perlahan "aku dah kata, apa yang kau rancang takkan menjadi kalau aku takde dalam perancangan kau, gguk. Takpe, lepasnih aku tolong kau."

Taehyung mendaratkan cawan kopi di meja.

"Yaa betul, tapi kau gunakan aku supaya aku boleh jaga adik kau kan? Maksudnya, kau masih saya—"

"Jaga mulut kau! Aku kalau boleh aku taknak dia jumpa sesiapa pun! Aku nak dia rasa apa yang aku rasa!" Bentak Jimin dengan nada menekan.

"Dia adik—"

"Adik aku dah mati, gguk."

•••

Taehyung mula memasuki perkarangan rumah. Jaket ditangannya dicampak ke dalam unggun api ditepi pangkin yang sedang marak dengan api. Pandangan dilemparkan ke arah pintu kayu bilik Hyomin. Gelap. Lelaki itu mengeluh sendirian.

Manakala Hyomin didalam masih bersama linangan airmata. Ditangannya menggenggam bingkai gambar keluarganya.

Jimin.

Jihyun.

Jungkook.

Diperhati satu per satu. Mereka tersenyum riang begitu budak perempuan berhanbok merah jambu pastel.

"Hyomin, macam kau boleh tersenyum bahagia macam ni? A-aku tak boleh." Gumam Hyomin dengan tersedu-sedan.

Hyomin meletakkan kembali bingkai gambar di meja solek. Pintu belakang mula bergerak dan terpancul wajah Yoongi baru lepas mandi. Hyomin melarikan pandangan.

Dia tak mahu lelaki itu persoalkan wajah sembabnya.

"Taehyung ada kat luar. Aku rasa dia tunggu kau." Dingin Yoongi memberitahu sambil mendaratkan kepala ke bantal.

"Kenapa awak datang sini?" Soal Hyomin yang masih tak percaya dengan kewujudan Yoongi di Busan.

"Aku pun tak tahu, dahlah bising aku nak tidur pergilah pujuk pujaan kau kat luar tuh." Perli Yoongi sambil melelapkan mata.

Hyomin mula bangun dan beralih keluar. Yoongi kembali mencelikkan mata.

" tak salah kalau aku jadi penyatu korang balikkan? Aku bukan nak sangat kau lama-lama dengan aku. A-aku masih tunggu kau, Dil. "

•••

"Gguk-eh taehyung. Kau tak tukar baju ke?" Tegur Hyomin dari depan bilik.

Taehyung yang termenung di pangkin terus bangun lalu berpaling ke arah Hyomin. Hyomin mula turun menyarung selipar dan mendekati lelaki itu.

"Min, aku.."

"Terima kasih sebab bertahan dan tunggu untuk jumpa aku. Mesti susahkan?"

Hyomin mengangkat tangannya dan menyentuh dada Taehyung sambil melihat. Lelaki itu terkaku dengan sentuhan Hyomin.

"Aku pun trauma. Aku takde sapa. Tapi. Tapi kau masih ada dengan aku Jeongguk, kenapa aku buta sangat?" Hyomin mendongak merenung kedua anak mata Taehyung.

Pantas tubuh Hyomin didakap erat. Wajah lelaki itu disembab ke bahu Hyomin tika matanya sudah berlinangan. Hyomin cuba tersenyum sambil mengusap belakang Taehyung dengan penuh kasih.

"Mianhei, jeongguk-ah." Ucap Hyomin berbisik.

Sepasang mata dari celahan pintu gelungsur memerhati adegan mereka dengan perasaan kosong. Yoongi terkilan melihat mereka dipertemukan.

Perlahan, bara dendamnya kembali membakar jiwa.

—//—

— Vomments gaiss. I want see it so bad.
Thanks for reading. ♥️

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang