32

207 28 30
                                    

Happy 1K 🥳
Enjoy! 💓

*

Bunyi nada dering yang kuat menangkap pendengaran Min Yoongi. Dia biarkan telefonnya berbunyi, matanya tetap terpaku pada skrin komputer.

Sesaat telefonnya senyap kembali berdering semula.

"Haduhh! Semak betullah." Tempelak Yoongi.

Dengan malas dia bangun dari meja kerja dan beralih ke katil mencapai telefon. Ikon hijau disentuh.

Kau nak apa lagi, dil? Jangan buat bising boleh tak? Isteri aku nak tido. Aku nak buat kerja. Tak makan saman kau ni.

Y-yong, tolong Dil.. Dil..

Hello?

Yoongi menjauhkan telefon dari telinga dan melihat panggilan masih berjalan namun pemanggil lenyap. Terus lelaki itu matikan panggilan.

Tubuh Hyomin dibawah selimut ditepuk lembut. Dia tak mahu gadis itu terjaga dan tak mahu dia bertanya kenapa?

Kot labuh disarung ke badan dan meninggalkan rumah agamnya tanpa pengetahuan Hyomin.

•••

Doktor Yung San mula keluar dari wad dan berdiri di hadapan Yoongi yang ralit dengan telefon ditangan.

"Tuan Min, boleh kita bincang tentang Cik Dilraba di pejabat saya?" Pinta doktor lelaki itu.

Yoongi hanya mengangguk lalu melangkah maju ke hadapan dengan lagak dinginnya.

"Cik Dilraba disahkan mengandung 2 bulan. Dia ditahan buat sementara waktu, kerana keadaan dia kurang makan." Terang Dr. Yung San terperinci.

"Okay." Kata Yoongi sepatah.

"Apa hubungan kamu berdua? Kenapa—"

Yoongi bingkas bangun sambil memerhati wajah suci milik doktor lelaki itu. Yoongi tertawa kecil.

"Perlu ke seorang doktor jadi busybody? Suka hati akulah, kain sendiri tak terjaga sibuk nak jaga tepi kain orang." Sedas Yoongi lepaskan kata-katanya.

Pintu wad ditolak perlahan oleh Min Yoongi. Dia menangkap sekujur tubuh sedang berdiri mengadap jendela yang terbuka. Sesekali rambut panjang figura gadis itu mengerbang lembut.

Sejambak bunga ros merah didaratkan di atas meja muda alih. Dia tahu bunga itu kegemaran Dilraba.

"Apa yang dah jadi pada kau, Dil? Hidup kau terlalu sadis berbanding aku dulu. Kalau kau bersabar dan buang sikap materialistik kau tuh, pasti kau tak sesadis sekarang." Yoongi menongkat bahu sambil merehatkan tangan ke belakang.

Tubuh gadis kacukan Cina-Korea itu mula berpaling ke belakang bersama mata bundarnya berkaca. Hidung mancungnya mula bertukar kemerahan begitu pipi cerahnya. Dia terseksa menahan airmata daripada jatuh.

Matanya dilempar ke lautan pandangan redup sang lelaki dingin. Hatinya berat meluahkan perasaan yang terpendam. Dilraba menarik tiang yang tegantung pek air lalu mendekati Yoongi.

Sejambak bunga ros ditarik dalam dakapannya. Perlahan mutiara-mutiara jernih terlepas dari hujung mata melihat bunga mawar yang masih segar merahnya.

Gadis ini cuba mengoyakkan senyuman disaat matanya bertentang dengan iris Min Yoongi.
Tangan kanan Yoongi diraih dan genggam erat.

"Memang dah takde ke ruang dihati awak untuk saya? Awak betul-betul lupakan saya? Memori kita? Sumpah, saya terhimpit dengan bermacam masalah. Saya tahu saya tak layak menagih kasih sayang awak.. Tak sangka Luhan—"

"Pun sama macam kau, tinggalkan orang terkontang-kanting macam orang bodoh. Macam tu?" Tepis Yoongi dengan nada mendatar.

Dilraba terdiam hanya airmatanya yang mengalir laju membalas kata-kata Yoongi yang memakan jiwa raganya.

Yoongi mula melepaskan genggaman lalu menyentuh kedua pipi Dilraba. Ibu jarinya bergerak menepis airmata gadis itu dari terus mengalir.

"Saya bagi awak tips, cuba seduce Yong waktu Uni dulu mungkin lelaki itu rindukan Dilraba dulu?" Ujar Yoongi tersisip memori lama.

Meletus tawa kecil dari bibir pucat  Dilraba. Gadis itu mula menyeluk kot Yoongi lalu menekapkan tangannya ke dada lelaki itu. Degupan jantung Yoongi bagaikan menghangatkan tapak tangannya.

"Everything for you, sayang. Dekat hospital pun apa salahnya?"

"Tak sia-sia kunci pintu wad." Bisik Yoongi ke telinga Dilraba.

•••

Hyomin's

Aku mula merengus geram lalu mencampak alat kawalan jauh ke tepi. Drama kegemaran aku sudah sampai penghujung. Perkataan 'bersambung' amatlah dibenci oleh seketul gadis kuat drama, akulah tuh.

Aku paksalah diri memasuki dapur cuba hilangkan rasa bosan dengan memasak. Masakan tengah hari wajib dipersiapkan sebelum Yoongi balik.

Kejap ?

Aku mula melabuhkan punggu ke bangku dikaunter dapur. Iphone 11 pemberian Yoongi 2 minggu lepas aku keluarkan. Nombor lelaki juon itu dicari dalam senarai kenalan.

"Kemana dia pergi? Dari subuh tak nampak dengan komputer terbukak, cuti-cuti pun ghaib jugak ke? Haih.. Dasar Juon yaa loo.." bebel aku sendirian.

Nombor yang anda dail tiada dalam talian.. sila—

Oh, shit.

Aku benci bila aku telefon tak angkat, baik campak ke laut telefon tu.

Hospital Swasta Korea
10:30pm

Min Yoongi mula tersedar secara tiba-tiba. Matanya berkedip-kedip mengesan keberadaannya. Lampu meja dihidupkan sejurus membuka telefon. Deretan panggilan terlepas buat Yoongi mencarut dalam hati.

Wajah Dilraba yang nyenyak tidur, dijeling tajam. Menyesal tak sudah ikutkan nafsu. Imej perangai kebudakkan yang diwarisi oleh Hyomin mula mengusutkan otak lelaki itu.

Tanpa lengah, dia terus siapkan diri dan beransur pulang tanpa pengetahuan Dilraba.

Vomments❤️

Nak double update tapi dah ngantuk. Hm esoklah eo? Mianhei

But apa reaksi korang dengan part kat hospital? MIN RASE NAK NGANYANG YOONGI DENGAN CILI!

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang