MIN YOONGI | COMPLETE STORY
Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan.
Dendam berlawan Cinta.
Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu?
14SEPT - 4JAN
S"2"19
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ada yang rindu lelaki mix taekook tak? Hiks Enjoy reading ! ❤️
* * *
Bunyi gemercing kunci yang berlaga dengan mangga mengejutkan Hyomin dari tidur. Perlahan pintu kecil stor itu dikuak. Cahaya yang terang menembusi mata buat Hyomin terpejam seketika.
Saat matanya terbuka, figura itu pergi tanpa berkata apa-apa. Hyomin semestinya pilih untuk keluar. Akhirnya dapat juga gadis itu bernafas dengan udara bersih daripada terseksa menyedut habuk dalam stor.
Hyomin melangkah ke arah sofa hitam dimana lelaki itu meregangkan sendi-sendinya.
Pak !
Sampul coklat yang tebal dibaling tepat berlaga kepala gadis itu lalu jatuh ke tanah. Hyomin tetap merendahkan tubuh memgutip.
"Ini apa?" Tanya Hyomin.
"Duit jual kereta mak kau, puas hati aku." Yoongi memeluk tubuh sambil tersenyum semget tanpa berpaling.
"J-jual? Itu kereta omma, Yong! Dia jaga kau dari kecik kau tau tak?! Kau manusia jenis ape ha?!" Hyomin mula meninggi suara.
Sampul yang berisi duit dipandang dengan linangan airmata. Wajah redup Sang ibu bermain difikiran. Hyomin meramas sampul dengan perasaan geram dan marah.
Secara tak sedar, Hyomin membaling kembali sampul ke arah Yoongi dan mula berlari keluar rumah.
"HYOMIN!"
Pintu agam ditolak kasar oleh Hyomin dan berlari sekuat hati ke arah pintu pagar. Pintu kecil disebelahnya digegar hebat oleh Hyomin namun berkunci. Sempat gadis itu menoleh melihat Yoongi terkocoh-kocoh mendapatkannya dari belakang.
Hyomin mendongak ke arah tembok. Dia berlari ke arah palang dan mula memanjat.
"Jangan mimpi!"
"ARGHHHHHH!" Hyomin cuba menarik perhatian orang ramai.
Tubuh Hyomin sempat ditangkap lalu didaratkan pada bahu.
Tubuh Hyomin dicampak ke sofa. Gadis itu cuba bangun namun pantas Yoongi menahan kedua tangan ke sofa. Wajah mereka tersangatlah rapat. Hembusan nafas mereka mencium kulit wajah masing-masing.
"Kemana kau pergi disini jua kau akan datang. Ini neraka kau, Min. Takde sape boleh gantikan kau." Ujar Yoongi hampir berbisik.
Sejak itu selang 6 jam, Hyomin didera dan dikurung kembali. Bagai aktiviti wajib bagi lelaki kejam itu. Makan pun apetah lagi.
Seminggu kemudian~
Hyomin's
Aku melangkah laju ke arah pokok ceri dihujung padang Universiti. Rumput aku duduk tanpa berlapik. Aku buka zip beg dan keluarkan 5 bungkus roti dan 2 botol air yang sempat aku curi di rumah. Aku buka plastik roti dan makan dengan rakus seiring airmataku turut turun laju.
Yoongi larang aku makan dan berehat kecuali buat kerja rumah. Malam aku dikurung dalam stor lagi. Sudah seminggu berlarutan, aku seperti orang kurang zat. Aku sempat larikan diri ketika Yoongi pergi kerja. Aku sanggup kupil pintu dan panjat pagar.
Aku meneguk air sehingga meleleh di tepi bibir. Aku teramat kebulur. Aku masih lapar tapi aku sudah tiada duit
"Ya tuhan, Min?!" teriak Taehyung bila perasan ada seseorang yang duduk di bawah pokok ceri. Rupanya, aku sendiri.
Taehyung terus melutut dan memeluk tubuh gigil aku. Aku mula mendakap tubuhnya erat dan menangis semahunya.
"Apa yang dah jadi pada kau nih, Min?" Taehyung menyoal.
Hanya tangisan aku yang membalas persoalannya.
Vomments ❤️
Kalau senang ii nnti kita buat double update okies?
Nak bagitahu, lepas chapter nih Hyomin akan dimanjakan pujukan si Taetae. Hiks !