Enjoy ❤️
Maaf menghilang lagi. Hp pula buat halYoongi's
Aku mengatur langkah laju menuruni anak tangga untuk melihat gerangan yang datang. Suara tangisan kecil sayup-sayup kedengaran. Kakiku memijak lantai ruang tamu seiring mataku tertala pada tubuh Hyomin bersandar dipintu.
Baju blausnya kini terkoyak sana sini. Hujung pipinya mula berubah warna biru. Matanya sembap dekkan menangis teresak-esak. Aku terus mendekatinya juga menarik kedua tangannya dalam genggaman.
"H-hyomin? Awak kenapa? A-apa yang dah jadi nih.." rambut kusut gadis itu aku elus lembut.
Bibir pucat cuba untuk melafazkan sesuatu namun tangisannya mengatasi segala kata yang mahu diungkap. Lautan matanya yang bergelora sikitpun tak terkalih ke wajah aku.
"Min! Jawab min. Jawab." Paksaku
Aku menarik wajahnya mengadap aku.
Mata hazelnya yang berlinangan airmata meluluhkan jiwa dan ragaku. Hati aku bagai tertikam perasaan hiba dan marah meluap.
Siapa angkara semua ini ?!
"C-ceraikan saya, Yoongi." ucap Hyomin hampir berbisik.
Tanganku terlepas dari menyentuh wajahnya. Aku endahkan apa yang dipinta, terus tubuh dinginnya aku dakap kemas. Tangisannya kian jelas kedengaran.
"Yong tak nak tinggalkan, Min. Yong dah janjikan?" Balasku.
Namun tanpa pengetahuanku, gadis ini menyimpan rahsia.
•••
Hyomin mula menangis seorang diri dalam diam dibirai katil. Tragedi dimana dirinya dijual, merasuki pemikirannya. Gadis itu mula meramas kepala seakan rimas.
" thanks bagi i moment paling nikmat sepanjang hidup i. "
"Arghhh! JANTAN TAK GUNA! SIAL A-AKU AKAN BUNUH KAU!! Arghhh!"
Makian demi makian seiring jeritan yang menggegar seunit banglo mewah itu. Yoongi tergopoh-gapah mendapatkan Hyomin. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan, hanya itu sahaja yang mampu menenangkannya.
"Shh. Dah, jangan layan sangat perasaan tuh, Min." Pujuk Yoongi sambil mengusap.
Hyomin menolak dada Yoongi agar menjauhinya. Matanya yang kemerahan memandang tajam ke wajah Yoongi. Dia bawah dirinya duduk kembali ke birai katil sambil memeluk bantal dan menangis.
Gadis itu sudah 2 minggu berdiam diri tatkala Yoongi bersamanya.
"Min, boleh tak kita jangan macam ni? Cuba bertolak ansur dengan saya, boleh tak? Saya nak bantu awak dari masalah yang bersarang dalam kepala otak awak tu. Tolonglah, kalau parents awak nampak awak macam ni—"
Kata Yoongi terhenti pabila Hyomin menjeling ke arahnya sekilas.
"Saya penat cakap sorang-sorang macam sayaa.. duduk sorang kat rumah ni. Saya rindukan suara awak, Min." Yoongi cuba meraih simpati dengan melutut dihadapan gadis itu.
Hyomin hanya termenung ke arah dinding dengan tubuhnya bergerak kecil depan dan ke belakang. Semua luahan yang terbit dari bibir lelaki itu langsung tak dibalas malah wajah kerisauan yang tertampal diwajah Yoongi pun tak dipandang.
Hospital Haengbo
Min Yoongi menapaki jalan ke arah pejabat doktor yang mahu ditemu janji. Keadaan sekeliling hospital ditatap kosong. Masih tak berubah seperti 2 tahun yang lalu.
Tak tahu pula dia akan kembali ke sini semula tapi berbeza hajat.
"Seperti yang tuan tahu, Puan Hyomin menghidap skizofrenia, salah satu penyakit gangguan mental yang melibatkan pemikiran penderita dengan berbagai illusi dan delusi. Seperti yang diarahkan, kami bekerjasama dengan pihak polis. Kami telah dapat keputusan muktamad." Ujar doktor yang diupah panjang lebar.
Penjelasan demi penjelasan yang disisip dengan pemeriksaan hospital juga fakta sains menguasai pemikiran dan pendengaran Yoongi sebelum lelaki itu tersenyum kecil.
Pintu bilik Hyomin dikuak perlahan. Wajah ceria yang terserlah di wajah cerah Yoongi terpancul di tepi pintu. Tubuh gadis yang duduk bersandar di kerusi buaian hadapan jendela terbuka dituju.
Yoongi menarik bangku ke sisi buaian dan melabuhkan punggung. Dia menarik nafas panjang. Otaknya ligat memikirkan apakan terjadi lepas dia mengatakan berita yang cukup menggembirakan baginya.
"Hyomin-ahh, lepasnih kita kena selalu datang hospital tau. Awak tahu tak, apa yang jadi malam tuh tak betul pun. Itu cuma illusi je. Awak cuma tertekan. Doktor dah sahkan polis pun." Ujarnya
Hyomin mula berpaling ke wajah Yoongi lama. Lelaki itu hanya menghadiahkan senyuman. Matanya gadis itu sentiasa berkaca.
"A-awak kata itu doktor biasakan? T-tapi a-wak bawak saya j-jumpa pschiatrist(?).. "
Hyomin bingkas bangun diikuti Yoongi juga.
"Berapa kali awak nak tipu saya, tipu lagi tipu lagi! Awak tak rasa apa yang saya rasa! Saya nak awak tinggalkan saya! Faham tak?! Awak dah tau saya gilakan buat apa simpan isteri gila macam saya?! " sambung Hyomin dengan suara meninggi.
"Hyomin, listen everything is crystal clear. I have the proof that you wrong!—"
"What proof ?! Kalau saya pregnant awak masih macam ni ke? Saya kenal awak, Yong. A-awak takkan setia.." Balas Hyomin semakin mengendur suaranya, pandangan dilemparkan ke arah lain.
"Hampir sebulan, saya bersabar dengan perangai awak. Saya sanggup tinggalkan ofis selesaikan masalah awak cuba pulihkan awak tapi awak tak pernah sekalipun tak pernah! Nak cuba berdalih dengan saya. Awak tahu apa? Saya dah penat dengan awak!"
Min Yoongi melemparkan surat doktor ke lantai lalu meninggalkan Hyomin sendirian. Mengalir jua air mata yang ditahan. Perlahan Hyomin terduduk dilantai, meratapi hubungan yang kian terputus ikatannya.
"mianhei.." tutur Hyomin perlahan diikuti seduan tangis yang berlarutan.
Andai kau benar-benar cintakan aku. Kuatlah demi cinta. Aku tak mampu nak jadi kuat macam dulu , bisik hati Hyomin.
Vomments ❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
Fiksi PenggemarMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19