45

242 25 4
                                    

Enjoy 💓

Yoongi's

Kad akses bilik hotel 702 aku sentuhkan pada padlock. Pintu dikuak perlahan seiring membawa Dilraba menjejak ke dalam rumah itu. Setelah jauh perjalan keluar Seoul, kami berhenti bermalam di sebuah hotel.

Kami merehatkan tubuh di katil besar di ruang tamu. Aku sudah terbaring dengan lengan menutup matanya manakala Dilraba mula memanjat katil lalu mendaratkan kepala di sebelah aku.

"Dont worry, sayang. After kita pindah ke Shanghai. We still can get what we lost." Pujuk Dilraba.

"Aku tak kisahkan semua tuh. Jangan fikirkan kau istimewa, kau senasib sahaja dengan Hyomin. Kau juga aku tinggalkan nanti. Aku tak perlukan sesiapa." Balasku sedas.

Aku mula menghilangkan diri ke bilik air. Dilraba mula berubah riak kosong. Dia merasakan hatinya dibolak-balik.

"Kau tetap milik aku, Yoongi." Senyumannya menyeringai dibibir pucat gadis itu.

•••

Pintu mula terkuak perlahan. Matanya menjamah sekujur tubuh terbaring mengiring di katil empuk. Wajah Hyomin yang tenang dibuai mimpi ditatap lama sambil mendekatinya.

Katil dipanjat dengan berhati-hati tanpa mengejutkan gadis yang lena itu. Tangan diangkat merayap ke wajah Hyomin namun tak disentuh kulitnya.

Dia masih berunding dengan diri sendiri untuk berbuat demikian atau tak.

Perlahan jarinya mengelus sisi wajah Hyomin yang bersih tanpa solekan. Perbuatan itu buat tidur gadis itu terganggu.

Hyomin mula tersedar dari tidur. Imej yang kabur mula jelas memberi refleksi pada korneanya. Gadis itu mula bangun dari pembaringan dan merapat ke kepala katil.

"Y-yoongi?"

Yoongi hanya mendiamkan diri. Mata redupnya tak terlepas memerhati wajah Hyomin.

"Apa kau buat kat sini? Keluar!"

"Keluar!"

"Keluar!"

"Hyomin!"

Terus Hyomin tercelik dari tidur. Dia mula bangun dan bersandar di kepala katil lalu mengusap rambutnya ke belakang.

"Kenapa nih? Kau mimpi apa sampai menjerit-jerit?" Soal Taehyung dengan riak risau.

Hyomin menggeleng tak mahu membuka mulut.

•••

Kereta Palisade laju meluncur di atas jalan raya yang licin dengan hujan renyai-renyai. Antara Yoongi dan Dilraba, mereka langsung tak buka mulut sejak semalam hingga sekarang. Jam hampir tengah malam. Nasib jalan tak sesak kalau tak lambatlah sampai lapangan kapal terbang.

Dilraba yang diharung rasa bosan mengeluh kecil. Lagu dicorong radio boleh dikatakan sedap didengar namun gadis itu sesekali mengeluh kecil.

Yoongi terlihat lampu merah di simpang empat terus ditarik brek. Beberapa kereta yang lalu lalang dihadapannya ditenung kosong. Bagaikan hanya dia sahaja wujud dalam kenderaan itu.

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang