13

305 44 3
                                    

Can i cry? Votes cecah 100? Thankyou sm boraegi😌❤️
Douple update for you guys!

Can i cry? Votes cecah 100? Thankyou sm boraegi😌❤️Douple update for you guys!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Boleh agak tak maksud sebalik reaksi min yunki diatas?

Enjoy reading! 🖤

*
*
*

Pek air digantung pada tiang tepi katil oleh jururawat. Doktor Lee Yung San mula mengeluarkan tangan dari poket jubah putihnya lalu mengangkat tangan Hyomin. Hujung baju gadis itu diselak.

Kesan birat merah membuat kening doktor lelaki itu bertaut. Yung San terus melepaskan pegangan ketika terdengar suara Min Yoongi.

"Doktor? Hyomin macam mana?" Soal Yoongi dengan riak cemas.

"Baik-baik sahaja, Puan Hyomin cuma demam panas. Lepas selesai 2 pek air, boleh balik. Jangan lupa ambil ubat dekat farmasi okay? Saya pergi dulu." Pinta Yung San dengan senyuman.

Yoongi menunduk hormat pada doktor tersebut. Lirikan matanya mengiringi doktor itu pergi. Riak cemasnya bertukar kosong.

"Hergh, apesal dia yang periksa Hyomin. Kalau dia tau pape mati aku!" Yoongi merengus geram.

Kulit kepalanya digaru kasar sambil menjeling ke arah Hyomin yang kaku di katil hospital. Lelaki itu terus meninggalkan wad.

Kemudian, kelopak mata Hyomin tercelik perlahan. Matanya mula berkilat.

Yoongi tetap sama tak berubah.

Bunyi keriukan pintu buat Hyomin berpaling. Wajah ibu Yoongi terpancul dipintu. Cepat-cepat, Hyomin menepis air mata dan bangun dengan payah.

"Ehh, hyomin.. rehatlah. Macam mana boleh demam panas, sayang?" Puan Min melabuhkan punggung ke bangku kulit disisi katil sambil menggenggam tangan panas milik Hyomin.

Hyomin tersenyum lemah. Dia pun buntu mahu menuturkan kata, takut tersilap cakap buruk padah.

"Yong, paksa kamu buat kerja? Dia.. dera kamu?" Tembak Puan Min.

Hyomin terkelip-kelip pabila mendengar tekaan Puan Min. Hyomin tertawa kecil mengelakkan kemusykilan.

"Mama, ini bukan drama melayu tau? Tulah, masa omma min ada jangan ikut sangat perangai dia. Tengok? Terbawa-bawa ke sini." Lengan Puan Min dicuit manja seiring tawa lemahnya.

"Well, mama hanya bilang aja deh.." bertukar bahasa Puan Min loghat indonesia.

"Mama!"

Gelak tawa mereka berdua menceriakan wad yang sunyi.

•••

Pintu pejabat Dr. Yung San dibuka oleh pembantunya. Puan Min melangkah masuk pejabat doktor lelaki muda itu.

"Puan Min, silalah duduk di kusyen murah nih.." seloroh Yung San, merupakan doktor peribadi Keluarga Min.

"Janganlah kata begitu, San. Terima kasih rawat menantu kesayangan saya." Ucap Puan Min sambil melabuhkan punggung.

Yung San terus membuka peti ais tepi perabot lalu mengeluarkan wain putih lalu duduk bersama Puan Min. Dia tahu Puan Min suka wain putih.

"Itu benda kecik je. Tak mampu balas jasa Puan yang sanggup derma buah pinggang untuk ayah." Wain putih dituang pada gelas berkaki tirus sambil mengungkit kisah 6 tahun yang lalu.

"Kamu memang anak yang baik, nasiblah semua anak saya lelaki kalau ada perempuan lama dah saya pinang.."

"Ehh, janganlah begitu. Malu saya." Telinga Yung San mula memanas.

"San, apa yang San nak bagitahu pasal Hyomin?" Nada Puan Min mula bertukar serius.










Vomments❤️

hagak hagak apa yang Yung San nak bagitahu? Hm hm.

HEARTLESS ' MYGWhere stories live. Discover now