35

213 26 6
                                    

Enjoy. ❤️

Enjin kereta dimatikan seiring menekan butang bonet di tepi kaki. Badan disandarkan ke belakang, terasa mabuk akibat jalan jauh. Matanya digosok seketika. Mulut Yoongi turut menguap menahan ngantuk.

Hyomin yang lena sepanjang jalan mula tersedar dan meliar melihat halaman rumah kampung. Kepala ditoleh ke kanan melihat suaminya lelap.

"Yong, nenek takde kat rumah ke? Macam gelap jee." Soal Hyomin.

Hari yang sudah berganti malam menambah suasana sunyi kampung itu. Yoongi kembali tercelik.

"Nenek duduk sengsorang, dia suka duduk dalam rumah. Jomlah, ngantuk ah." Yoongi mula keluar dari perut kereta.

Hyomin terus menanggalkan tali pinggang dan membuntuti Yoongi mengangkat bagasi dibonet. Mereka mula mendekati rumah papan yang cukup mengusik nostalgia orang zaman dahulu.

"Nenek oh nenek! Cucu kesayangan dah sampai ni..!" Laung Yoongi bersahaja.

Muncul bunyi papan gelungsur yang terseret di lantai papan dan figura wanita 70-an berbaju tebal bersama selendang merah yang terikat dilehernya. Riaknya seakan teruja melihat cucu di depan mata.

"Yoongi-shhi, aiguu.. baru sekarang ingat nenek eh?" Tubuh Yoongi didakap erat.

Wanita berumur itu mula berpaling ke arah Hyomin. Manakala Hyomin menunduk hormat serta menguntum senyuman.

"Annyeonghaseyo, heolmoni." Ucap Hyomin.

"H-hyomin kan? Wahh, elok betul muka diaa. Makin berseri. Dah berisi ke belum, Yong?"

Hampir tersedak air liur pasangan itu mendengarnnya.

"Ahahaha, heolmoni sihat?" Tanya Hyomin.

"Sihat, marilah masuk. Luar sini sejuk."

•••

Hidangan makan malam yang penuh atas meja buat Hyomin dan Yoongi kecur air liur berserta soju pula.

Ngam sungguh dengan hari hujan !

"Haa makan lah, nasib Yoongi bagitahu nak datang kalau tak. Tak sempat nak masak semua ni." Ujar Nenek Min.

Bulgogi pedas dikepit guna chopstick oleh Nenek Min lalu diletak ke dalam mangkuk Yoongi.

Manakala ayam berkuah gochujang diambil lalu didaratkan atas nasi Hyomin. Gadis itu menunduk terima kasih.

"Haa makanlah, nenek tau korang berdua takde citarasa yang sama jadi separuh lauk daging separuh lauk ayam. Makan lah kenyang-kenyang!" Katanya lagi dengan nada lembut terselit bahagia melihat rumahnya didatangi insan yang dirindui.

"Kami makan dulu!" Serentak pasangan itu berkata.

•••

Langit gelap yang tergantung berjuta bintang bersama bulan sabit cukup menarik perhatian mereka bertiga di depan rumah. Angin sejuk malam itu hampir buat mereka beku dalam kesejukan.

Nasib Nenek Min bawak keluar pemanas.

Nenek Min mula menyentuh lutut Yoongi disebelahnya. Lelaki terus menoleh ke wajah wanita berumur itu.

"Bila nak timang anak, Yong. Abang kamu dah masuk 2 tau!" Usik Nenek Min.

Hyomin disebelah Yoongi terasa bahang di muka dekkan terpasang telinga. Yoongi tersengih sehingga muncul barisan gigi putihnya.

"Yong bukan taknak, nek. Hyomin lah!" Bahu Hyomin disenggol oleh Yoongi.

"Apa?!" Balas Hyomin, berpura tak tahu.

"Dia yang tak nak. Yoongi tak nak paksa. Biarlah dia minta sendiri. Dah 18 kali Yoongi minta tapi tak tahu untuk ke-19 dia mahu ke tak?" Yoongi mula melentokkan kepala ke bahu neneknya.

Hyomin yang menahan malu pantas menampar lengan Yoongi.

"Yah! Mitchinseo?!" Bisik Hyomin dengan wajah berang melihat Yoongi.

Lelaki itu hanya tersenyum nakal.

"Haa, Minn.." seru Nenek Min.

"Y-yaa, nenek."

"Kamu pun tahu zuriat tuh kunci ikatan perkahwinan agar lebih kukuh bukan saja-saja. Cepat-cepat sikit." Nasihat Nenek Min dengan nada tegas.

Hyomin hanya tersenyum kecil.

Dalam mindanya sudah merancang mahu belasah Yoongi cukup-cukup sampai hancur mulutnya.

•••

"Sayur dah ikan dah.. apa lagi?" Gumam Hyomin sambil mengerling kawasan pasar Daegu.

Yoongi yang murung dipaksa ikut mula bertukar ceria melihat gerai yang menjual aiskrim buatan sendiri. Berlari lelaki itu meninggalkan Hyomin.

"Yah! Yoongi nak pegi mana?!" sambil mengejar lelaki itu dari belakang.

Beg-beg plastik hitam sudah tersadai ditepi bangku. Hanya sebatang aiskrim menjadi fokus mereka di bawah pepohon bunga putih.

"Wah, manisnyaa.." puji Hyomin bersama kepulan kepulan asap terhembus dari mulutnya.

Yoongi yang turut menikmati tersenyum riang lalu kembali menghisap ais berwarna hijau ditangannya.

Iris Hyomin terpaku ke arah kanak-kanak yang berlari tidak jauh dari tempat mereka duduk. Gelak ketawa mereka menyentuh pendengaran gadis itu. Hati Hyomin seakan tenang melihat celoteh mereka bermain.

"Yoongi-ah.." panggil Hyomin masih statik memerhati budak-budak itu dari jauh.

"Haa." Jawab Yoongi pula fokus dengan aiskrim.

"Kita ambil anak angkat nak tak?" Soal Hyomin.

Riak Yoongi berubah seakan tidak percaya. Lelaki itu menoleh ke arah Hyomin yang khusyuk memandang ke depan. Yoongi turut mencari punca dia terleka.

Kanak-kanak.

" nenek bahagia tengok kamu berdua. Walaupun nenek tahu kamu baru lepas bergaduh. Tapi firasat nenek, kamu berdua memang sudah ditakdirkan. Jaga dia elok-elok, Yoongi. Dia gadis yang tiada ganti dan sama yang lain. Bersyukur dan terimalah."

Nasihat Nenek Min mula berlayar difikiran. Yoongi yang hanya berlakon cinta dan bahagia bersama gadis yang dibenci cukup menyeksakan hidupnya.

Tambah, cina bunting tuh.

Urgh.

"Untuk apa nak ambil anak angkat? Bukan awak mandul pun kan? Boleh buat sendiri nak berangkat-angkat. Tak payahlah.." selamba Yoongi tuturkan kata-kata.

Tak semena-mena, wajah Hyomin membahang panas.

"Nenek kata kalau waktu 3-4 pagi subur tau! Kita kena try , nasihat orang lama nih bagus." Usik Yoongi.

"MIN YOONGI!"

Vomments❤️

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang