Hyomin kembali bertemu timbunan kertas kerja juga buku ilmiah setebal 5 inchi itu. Walaupun dipekatan malam, dia berusaha demi peperiksaan akhir yang akan berkunjung tiba.
Iphone 7+ mula bernyala memberi peringatan untuk tidur. Hyomin mula hilang fokus melihat skrin telefonnya yang bernyala.
"11:30 sudah? Yong tak balik lagi ke?" Gumam Hyomin.
Dia mula bangun dengan telefon dalam genggaman lalu menyeluk poket hoodie kelabunya. Langkah diatur ke luar bilik menuju bilik sebelah iaitu bilik Yoongi sendiri.
Hyomin tak pernah sekali pun sebilik dengan lelaki dingin ini. Atas dasar, peraturan lelaki itu sendiri. Mahu tak mahu, dia perlu patuh.
Dengan sekali putar, tombol tidak berkunci bermakna Min Yoongi masih belum pulang. Hyomin mula tertanya kemana keberadaan lelaki ini.
Dapur menjadi destinasi Hyomin. Sepeket serbuk mocha dikeluarkan dari balang tepi peti ais dan mula bancuh. Tangan kirinya sedang ligat menelefon Yoongi namun tiada jawapan.
"Mana pulak laki aku pergi. Selalu on-time balik. Dia bukan jenis suka pegi club. Kalau nak minum pun, dia ada bilik privasi macam-macam arak dia buat stok." Sempat Hyomin mengumpat.
Telefonnya mula bergetar, tanpa dilihat pemanggil terus diangkat.
Yong!
Yong, acikmu! Nih taekook lah!
Jangan pelik kenapa taekook. Ini semua salah Jeongguk. Sape suruh jadi Taehyung, konpius!
Hm, kau nak apa?
Saje, nak kacau. Hehe
Belajar lah, budak! Final exam bape minggu je.
Pintu agam diceroboh oleh Yoongi yang separuh mabuk. Butang baju terbuka separuh, tali leher tergantung ditengkuk manakala rambutnya sudah tidak terurus lagi.
Dia mula berjalan terhuyung-hayang menuju dapur dimana suara Hyomin bergema.
Beg plastik yang berisi tin-tin bir dicampak ke meja dapur. Lelaki itu dapat sangkal Hyomin sedang berhubung dengan kawan karib kononnya, Kim Taehyung.
Kemesraan mereka berdua di hadapan rumah pusaka keluarga Jeon bermain di minda lelaki itu seperti kaset rosak.
Bukan dekkan cemburu tapi dendam. Janji kesumatnya, dia mahu hidup Hyomin hancur seperti hidupnya.
Hyomin mula meletakkan telefon apabila mendengar kekehan kecil yang terlucut dari mulut lelaki itu. Gadis itu mula mengalih badan ke belakang.
Yoongi mencabut pin bir dan meneguk dengan rakus sehingga meleleh ke leher. Diminum sampai licin dan diganti yang baru.
"Min, nak minum? Ke nak bergayut lagi?" Soal Yoongi merenung ke wajah Hyomin yang pucat ketakutan.
"Y-yong, awak dah mabuk sangat. Berhenti minum ye?" Hyomin cuba memujuk dengan beranikan diri mendekati lelaki itu mengusap lengan Yoongi.
Laju Yoongi menepis. Telefon ditangan Hyomin turut dirampas. Hati gadis itu mula berdoa panjang, sikap panas barannya mulai mencemaskan Hyomin.
"Lama kau cuti kan? So malam nih adalah malam yang sesuai untuk panaskan badan, betul tak?" Sambung Yoongi tersenyum senget, sambil mengelus pipi merah milik Hyomin.
"Yoongi.." panggil Hyomin dengan bergetar.
"Ye, sayang."
Baru sahaja Hyomin merasa sentuhan lembut Yoongi. Emosi lelaki itu berubah drastik disaat telefon Hyomin dihempas ke dinding.
Ppang !
Tak cukup dengan itu, ditampar pipi Hyomin hingga terpaling ke tepi.
Perihnya bagaikan membakar kulit pipinya. Mata Hyomin berkilat sambil menekap pipi. Yoongi mula menarik lengan Hyomin keluar dari dapur.
"Yoongi! Lepaslah! Sakit!" Gadis itu bergelut melepaskan diri namun Yoongi kuatkan cengkaman.
Tubuh Hyomin ditolak menimpa lantai lalu kakinya dipijak kuat agar Hyomin tidak mampu bangun begitu pehanya disepak tanpa belas kasihan. Ruangan tamu digegarkan dengan tangisan dan raungan Hyomin yang silih berganti.
Mata merah Yoongi mencari sesuatu di tengah ruangan. Hyomin bergelut dengan kesakitan di lantai. Rotan nipis yang diisi dalam pasu tinggi yang menjadi hiasan tepi TV dirampas oleh Yoongi. Kayu itu dipatah dua. Satu digenggam, satu lagi dicampak ke tepi.
Langkahnya diatur malas dengan tapak kakinya terseret-seret dilantai mendekati Hyomin, tak ubah seperti zombi.
Pandangan Hyomin tersasar pada rotan lidi di tangan Yoongi. Wajah lelaki itu dipandang dengan mata yang berkaca.
"Aku tak tahu a-apa dosa aku dekat kau, benci kau berdendam, Yong! Kenapa kau seksa aku begini lebih baik tikam bunuh aku!"
Kata-kata itu hanya menjerit dalam hati.
"A-aku takkan benarkan kau rasa sikitpun kebahagiaan. Setiap kali kau jumpa jantan tuh, ini yang kau akan dapat. Kau tak layak dilayan baik, Hyomin! Kau—kau bukan sesiapa!" Maki Yoongi dengan dendam yang menguasai dirinya.
Libasan demi libasan hinggap ke kulit putih Hyomin tanpa hentinya.
Please vomments gaiseeuu🙂❤️
Hambar bukan hiks. ;)

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
Fiksi PenggemarMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19