🌻1

488 66 4
                                        

Thankyou to all "borahaegi" 😌🌻💜 support me and adding this ff to ur reading list

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Thankyou to all "borahaegi" 😌🌻💜 support me and adding this ff to ur reading list. I will trying ma best!

After months, here you are. Hope you enjoy. Oh, jangan lupa on sad bgm for moree feelin.
-min🌻

•••

Park Hyomin terbangun dari tidur yang panjang. Matanya yang separa terbuka melihat kiri dan kanan. Laptop yang masih hidup serta kertas-kertas dan fail yang berselerak dipandang seketika. Gadis itu mula menyandar ke kerusi.

Kepalanya yang terasa berat diurut sebentar. Sekilas mimpi tadi menerjah ke minda, Hyomin cuba bernafas dengan tenang.

Mimpinya bukan mimpi ngeri tapi memori yang takkan dia lupakan sepanjang hidupnya.

Jam digital yang bernyala dihujung meja dikerling. Angka jam 7:40 pagi membuat dia mengemas meja dengan pantas.

Usai mandi dan bersiap, Hyomin menyarung t-shirt oversize berwarna oren pastel bersama seluar pendek. Rambut panjang parat dada diikat sanggul separa kemas. Pelembap bibir Nivea kod cherry tak lupa dioles pada bibirnya yang kering.

Hyomin berlari anak keluar bilik memandangkan dia perlu siapkan keperluan 'suaminya' .

Rumah agam bertemakan klasik eropah yang terisi perabot mewah berbusanakan hitam dan putih sudah tidak asing bagi Park Hyomin setelah sebulan berkahwin dengan pemegang syarikat hiburan yang terkenal. Tampak semuanya indah namun penghuninya?

Hyomin bergegas menuju dapur setelah air mandian suaminya disiapkan. Dia sedikit gementar melihat figura yang masih berbaju pijama di kaunter sedang mencicip minuman.

"Selamat pagi, yoongi. Awak nak kopi atau teh?" Senyuman dikuntum pada Min Yoongi.

"Air mandi dah buat?" Potong Yoongi.

"D-dah."

Min Yoongi terus meninggalkan mug kosong di atas meja dan beredar tanpa menjawab soalan gadis itu tadi.

"Y-yoongi, awak tak nak sarapan? Minum? Awak cuma min—"

"Tak payah berlagak ambil tahu pasal aku. Kau bukan mak aku pun. Kan, aku dah kata kau bukan sesiapa dalam rumah ni and also in my life, sila sedar diri kau tuh siapa." Dingin Yoongi melempar kata-kata tanpa memandang wajah Hyomin.

Mata Hyomin yang berkilat mengiringi tubuh Yoongi menghilang ke tingkat atas. Gadis itu perlahan terduduk di bangku tinggi.

Cincin bertakhtakan permata biru gelap dijari manisnya ditatap sayu. Dia lupa. Lelaki heartless seperti Min Yoongi takkan pernah cintakan dirinya. Hanya dendam yang lelaki itu cintakan.

•••

Hyomin menghentikan kereta di parkir berdepan bangunan yang megah. Bangunan berbentuk kuboid menegak itu dilitupi kaca kehijauan jernih hampir keseluruhannya. Sempat matanya merenung bangunan gah itu dengan beribu pujian dalam hati.

Terpampang papan nama, MYG ENTERTAINMENT di puncak bangunan. Hyomin mula tersenyum.

"Aigu~ yong yong-ah. Syabas, awak berjaya jadi apa yang awak impikan selama 10 tahun! Terasa mimpi pula." Seloroh Hyomin dengan nada berbisik.

Beg kertas yang terisi air kopi dan bekalan digenggam erat. Langkahnya diatur satu per satu lalu memasuki bangunan.

Butang anak panah ke atas ditekan oleh Hyomin. Sementara menunggu, hujung kakinya dijengket-jengket menghilangkan debaran dalam hati.

"Eh, Puan Min.. Min Hyomin kan? Isteri MinPD-nim. Saya Mrs. Han Sojung, PA dia." Sojung menghulur tangan tanda salam perkenalan.

Hyomin yang terpinga-pinga membalas salamannya dengan senyuman kekok.

"Macam mana cik Sojung tahu?" Soal Hyomin.

"Oh, saya ada datang majlis perkahwinan MinPD dengan puan tempoh hari." Jawabnya lembut dengan senyuman.

Belum sempat Hyomin mengeluarkan kata-kata, telefonnya berdering kuat. Hyomin seolah-olah tahu siapa pemanggilnya terus menghulur beg kertas ditangannya pada Han Sojung.

"Kalau macamtuh, cik sojung boleh bagi nih dekat yoongi? Saya ada kelas, dah lambat sangat nih." Pinta Hyomin dalam kelam-kabut.

Sojung menerima huluran beg kertas dari Hyomin.

"Baiklah."

"Terima kasih, cik sojung." Hyomin menunduk kecil dan mula berlari anak meninggalkan bangunan.

"Beruntung boss dapat isteri yang rajin macam dia." Puji Sojung melihat tubuh Hyomin yang makin jauh.





Dont forget vomments❤️

How it is? everything goin okay? ")
Next chapter min akan bagi list bgm tau?
Saje nak share sebab dia kena dengan keadaan cerita.
❤️

HEARTLESS ' MYGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang