7

376 49 15
                                    

ALERT ! Long chapter !
Mian ,  ada pembetulan chapter 7. Tapi han jeongguk mmg wujud acctualy nak tau sape jeongguk wait for next chapter !

•••

Pemetik api dipetik dan membakar lilin dalam tanglung lalu dilepaskan. Hyomin menekap kedua telapak tangan dan berdoa.

"Moga appa omma jihyun tenang di sana, mengharapkan syurga adalah rumah mereka. Ya tuhan, hantarkan pesanan rinduku pada mereka. Pertemukanlah aku dengan jalan penyelesaian setiap ujian yang aku hadapi sekarang. Berilah aku kesabaran dalam perkahwinan tambahlah rasa cinta dalam hubungan aku dan Min Yoongi. Kepada abang yang jauh, buanglah rasa benci yang terkumpul dalam hati bukalah hati untuk memaafkan adikmu yang menagih kasih sayang. Ya tuhan, perkenankanlah doaku." Bersungguh dia memanjatkan doa lalu mendongak tanglung yang sudah jauh di langit.

Hyomin berkedut seribu melihat ada tanglung lain yang mula terapung di langit. Dia pasti ini angkara Taehyung terus dia berpaling.

"Taeh—"

Hanya seorang lelaki berkot labuh dan berbeanie merah sedang meninggalkan di tebing dimana Hyomin melepaskan tanglung. Hyomin terus mengejar dan menahan dari depan.

Malangnya, dia bertopeng.

Ketika itu juga, Hyomin hampir terjatuh pabila dapat meneka raut wajah lelaki itu.

"a-abang? Ini Jimin kan?" lengan lelaki bertopeng itu ditahan. Matanya mula memerah.

"Let. Me. Go!" tangan Hyomin ditolak kasar dan menyambung langkahnya.

"Abang! Kenapa abang benci sangat dengan Min? Apa salah, Min?" soal Hyomin dari jauh. Kaki Jimin berhenti melangkah.

Park Jimin, abang sulung kepada Park Hyomin. Dia menghilangkan diri sejak hari kematian ibu mereka dan menghilang tanpa khabar berita.

"Apa salah kau, kau kata? Hah..haha, kau dengan Yoongi sama je tak guna! Omma mati disebabkan kau dengan jantan keparat tuh dan sekarang kau tanya apa salah kau? Best hidup dengan orang kaya ha Hyomin?!" kata Jimin dengan penuh dendam dalam keadaan membelakangi Hyemin. Jijik nak tengok.

"Sanggup abang tuduh Min macam nih.. Mana pergi sayang seorang abang pada adik yang selalu abang cakap tuh? Bertahun bang..bertahun Min cari abang—"

"Aku bukan abang kau dan aku takda adik tak berguna macam kau!" Jimin terus pergi meninggalkan Hyomin keseorangan di tebing.

"Abang!" jerit Hyomin lalu terduduk. Airmata yang ditahan akhirnya turun membasahi pipinya.

"Aku dah takde sape dalam dunia nih.. Patut ke aku hidup?" kata Hyomin seorang diri.

Hyomin mula mendekati hujung tebing. Dia merenung curam sebelum dunia menjadi gelap.

...

Park Hyomin's

Bunyi nyaring burung mencicip di dahan pokok tepi rumah membuat aku sedar dari tidur. Aku merenung syiling rumah lama sebelum aku bangun. Aku mengurut leher yang terasa lenguh. Hanbok semalam masih tersarung badan kecuali rambutku sudah terlerai dari ikatan sanggul. Pin rambut dan cucuk sanggul sudah tersusun ditepi toto.

"Aku bukan abang kau dan aku takda adik tak berguna macam kau!"

Kata-kata bidasan Park Jimin semalam masih segar diingatan dan bagaikan sentiasa bergema di gegendang telinga. Aku melepaskan keluhan dan melelapkan mata agar menahan airmata.

Tokk! Tok! Pintu gelunsur diketuk.

"masuklah.." izinku.

Taehyung menolak pintu dan memasuki bilik Hyomin dengan secawan teh bunga kekwa yang masih suam. Dia mula duduk dan berikan cawan tersebut pada Hyomin.

"kamsahamnida.." Hyomin terus mencicip air bunga itu. Tekaknya terasa kering sekali.

"Kau hampir-hampir jatuh tebing tadi nasib aku cepat tangkap. Haih, kan bahaya tebing tuh. Kalau kau nak lepaskan tanglung biarlah aku teman.. Bayangkan kalau aku lambat semalam.." Taehyung mengeluh dan menggeleng kepala.

"Biarlah aku jatuh tebing sekali pun, bukan siapa kisah? Aku dah takda siapa dekat dunia nih, guk." Hyomin menjawab dengan tenang.

"Takda siapa kisah? So aku nih apa, Min? Park Hyomin, dengar.. Kita sebagai manusia yang diberikan peluang hidup di atas dunia nih patut bersyukur sebab dia bagi kita masa untuk perbaiki diri menikmati keindahan syurga dunia bukan terus merungut dan mengalah hanya disebabkan satu ujian yang turun pada kita. Memanglah setiap kali diuji mesti perit nak hadapi, semua merasa diuji mungkin lebih teruk apa yang dapat sekarang, Min. Yang pergi biarlah dia pergi dan kita disini terus mendoakan yang terbaik pada mereka di sana. Kalau ibubapa dan jihyun ada disini pasti dia sedih tengok kau macam nih.. Kau buat diorang terseksa, Min. Aku ada Min.. Aku sentiasa ada tak kira susah, senang, pahit, manis, duka sekalipun. Aku tetap ada."

Tangan kananku yang memengang cawan ditarik dalam genggaman lelaki itu. Taehyung menjungkit kening dan senyum petak ke arahku meminta respon dengan apa yang dia pesan tadi. Aku mengangguk kecil.

"Arraso, nanti pergi mandi tukar baju pastu kita makan. Aku ada masak istimeeeeeeeewaa untuk kau!" sambung Taehyung.

Sekali lagi, aku membalas dengan anggukkan. Kalinih senyumanku melebar sedikit.

Sup kukus kimchi, ayam pedas dan salad buah terhidang dipangkin. Nampaknya ini makan pakej sarapan + tengahhari. Apa yang mengejutkan Taehyung memakai hanbok lelaki ia milik Jimin sendiri. Aku terus merenung hanbok Jimin ditubuh Taehyung. Apa yang dia cakap semalam berpusing difikiranku.

"ahh, aku pinjam kejap hanbok ini boleh? Rindu nak pakai.." ujar Taehyung dan aku mengangguk perlahan.

"Kau yang masak semua nih?" soalku. Akhirnya, mahu juga mulut ini bercakap.

"Akulah masak.. Kenapa kau rasa muka aku yang hensem gilerr nih tak pandai masak?" kata Taehyung sambil membuat bulatan ghaib dengan chopstick pada wajahnya.

Aku terus ketawa begitu dia. Haih, Taehyung tak pernah tak buat aku tertawa walaupun disebalik tawa penuh dengan kesedihan.

"Kan lawa gelak macam tuh.. Dah makan makan.." Taehyung mengisi lauk ke mangkukku.

Ya tuhan, sedapnya sup kimchi nih. Nafsu makanku kembali menguasai diriku.Taehyung tersenyum senang melihat aku makan dengan penuh selera.

Usai makan, aku dan Taehyung duduk di depan bilik dan menikmati kedinginan cuaca hujan. Taehyung mengeluar sekeping gambar gadis muda bersama hanbok merah jambu. Wajah manisnya membuat Taehyung tak mampu alihkan pandangan.

Taehyung amat merindukan wajah gadis itu yang sentiasa tersenyum dan gembira. Malang sekali, apabila bala menimpa dirinya gadis itu berubah. Mudah mengalah, cepat menangis dan muram. Perubahan pada gadis itu juga menjadi tanda tanya pada Taehyung. Sejak itu, Kim Taehyung akan berusaha mengembalikan kebahagiaan gadis itu. Taehyung gelarkan Gadis Sakura dekkan personality gadis itu sendiri.

Mata Taehyung kembali teralih kepada aku yang masih merenung langit yang mula cerah. Hujan sudah berhenti. Pelangi pun mula terlakar dilangit biru itu buat aku tersenyum kecil. Suasana ini membuat aku begitu tenang tapi aku masih tak boleh lari dari masalah. Masalah itulah yang membuat senyumanku tidak kekal dibibir.


Vomentss❤️
Nak min teruskan ke ff ni? ")

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang