Enjoy ❤️
Ade yang rindu atau marah? Ke dua-dua sekali hehe. Maaflah menyepi lama bukan sengaja. ')——
Pintu peti ais dikuak luas. Namun isinya kosong buat Hyomin mengeluh kecewa. Pintu peti ditolak lalu mencari susuk tubuh Yoongi yang berada di laman tepi rumah.
Gelak ketawa halus yang terlucut dibibir lelaki itu menangkap pancaidera telinga Hyomin buat hatinya menimbul tanda tanya.
Dengan berhati-hati, lengan lelaki itu disentuh lalu Yoongi berpaling. Terus perbualan mereka dihentikan.
"Ye, sayang? Kenapa?" Soal Yoongi dengan senang hati.
"Saya nak beli barang masak untuk tengahhari, nampak awak sibuk.. em, biarlah saya pergi sendiri." Ujar Hyomin, jauh dilubuk hatinya masih mencari jawapan siapa ditalian lelaki itu tadi.
"Jomlah saya hantar awak dekat pasar. Sekali sekala beli barang, sweet kan?" Bahu Hyomin ditarik dalam dakapan sambil berjalan ke arah kereta.
Hyomin tersenyum lebar.
•••
2 orang lelaki sasa berpakaian jaket hitam bersama topeng dimuka mula berkeliaran di pasar raya mencari seseorang. Mata tajam mereka seakan helang menala pandangan ke sana-sini.
Bagai memburu mangsa.
"Yoongi, tolong jaga barang ni kejap. Saya pergi tengok sayur kat sana." Pinta Hyomin sambil menunjuk di rak sayur.
"Saya tunggu dalam kereta boleh? Panaslah." Muka seposen ditonjolkan.
Hyomin bermimik muka lalu mengangguk. Selangkah Hyomin pergi, telefon pintarnya berdering.
Sayang❤️ is calling. .
Yoongi terus mengangkat panggilan lalu berjalan meninggalkan pasar.
"Hm, nak buat kimchi oyster lah." Gumam Hyomin sambil membawa kubis ke arah penimbang.
Setelah siap membeli, langkah diatur keluar pasar.
Disaat tangannya mahu menggegarkan tas mencari telefon, ada tangan lain menyambar pergelangannya. Hyomin terkejut lalu melemparkan pandangan pada 2 lelaki sasa yang mula mengepung dirinya.
Tak sempat gadis itu menjerit, mulutnya sudah ditekup rapat. Lalu diheret tubuhnya ke sesuatu arah jauh dari kereta Yoongi sebelum ada yang perasan.
•••
"Kemana pula si min ni?" Rungut Yoongi dalam kereta.
Lelaki itu mula keluar dari tempat pemandu sambil mencuba menelefon Hyomin. Namun, suara operator sahaja yang membalas.
Yoongi mencuba telefon sekali lagi.
Telefon Hyomin off.
Jantung Yoongi mulai mengepam dengan pantas. Langkah diaturkan ke pintu utama pasaraya dengan laju. Pandangan dilemparkan merata arah tapi gagal menjumpai kelibat isterinya sendiri.
Tumitnya terasa tinggi seperti terpijak sesuatu langsung ditunduk ke bawah. Beg Hyomin yang terburai isi terlihat sadis di lantai. Lelaki itu mula melutut sebelah mencapai.
Dirinya mula hilang tujuan. Matanya bergerak-gerak dan dahi berpeluh dingin. Fikirannya buntu.
"Min, jangan buat aku fikir negatif min." Gumam Yoongi.
Vomments ❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
FanfictionMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19