40

213 27 7
                                    

Enjoy ! ❤️

Hyomin's

Aku mula meninggalkan bilik setelah lama bertepu dalam kamar yang tidak mendatangkan baiknya pada aku. Jiwa dan raga aku cukup kacau bilau.

Aku masih tak percaya, tragedi aku diperkosakan hanyalah illusi.

Kakiku melangkah perlahan sekali bagaikan baru belajar berjalan. Akibat asyik duduk dan baring sahaja kerja, rasakan. Hujung lengan baju tebal aku tarik hingga hujung jari lalu berpeluk tubuh.

Aku beranikan diri menceroboh bilik kerja Yoongi. Hajat aku hanya mahu bermain keyboard piano yang berada dalam bilik itu.

Selama ini, lelaki itu bagi sahaja aku peluang untuk keluar masuk bilik kerjanya. Akan tetapi, sekarang. .

Lelaki itu jarang aku lihat dirumah agam ini. Selepas pergaduhan, rumah ini tersangat sunyi. Aku pun tetap dengan ego yang aku sendiri tak mahukan.

Dek kerana terpaksa. Aku tersenyum lemah.

Bangku aku tarik bawa ke depan piano. Aku labuhkan punggung sambil menyentuh papan kekunci piano bewarna hitam putih itu. Suis hidup aku tekan.

Rentak irama lagu yang disenandungkan oleh Jeon Jungkook bertajuk Euphoria menjadi pilihan pertama.

Bibir pucat ini turut bernyanyi kecil walaupun kepala mulai berat dengan lintasan-lintasan memori. Pendengaranku sudah tidak terdengar bunyi piano tapi ditukar suara-suara.

Jimin dibawah pengawasan aku. Andai kau masih bahagia dengan Yoongi. Jimin akan jadi pengganti, arasso?

Aku cuba tepis ingatan itu walaupun gerakan jari jemari aku mulai lemah. Mata redup yang melihat jariku menari lincah atas kekunci piano sudah dibanjiri air mata.

Aku dah penat dengan kau lah, Min!

Betapa luluhnya hati tika si dia meluncurkan kata putus asa. Tidakkah dia sedar, aku lagi terseksa melayan karenahnya setelah hampir setahun berkahwin?

Kau memang adik tak guna !

Omma mati sebab kau !

Aku berada diluar kawalan sehingga piano itu aku tolak kuat seiring aku menjerit rimas dengan tekanan yang aku hadap tadi.

Aku mahu bebas !

Aku mengangkat langkah seribu keluar dari bilik Yoongi. Tapak kakiku mula memijak tangga. Hati aku meronta-ronta menjerit memanggil nama Min Yoongi dengan kata-kata maaf. Mengharap segalanya kembali asal.

Langkahku terhenti di depan tangga. Terdiam melihat tas mahal terbaring sadis dilantai. Juga jaket hitam Yoongi.

Beg tangan berjenama itu sudah semestinya bukan kepunyaan aku.

"Y-yoongi-ah."

Mataku yang masih berkaca teralih ke arah gerbang dapur. Suara seperti seorang gadis menerpa gegendang telinga memberi aku rasa gelisah. Aku aturkan langkah ke sana.

Kedua-dua tangan sudah menjadi dingin, aku menggenggam penumbuk menahan perasaan takut dan fikiran negatif pula merasuki pemikiran.

Disaat mataku bertembung belakang tubuh Yoongi tanpa berbaju. Jantung aku bagai terhenti berdegup. Tangan lelaki itu merayap ke bahu gadis itu menurunkan baju yang dipakai gadis itu.

Lutut terasa lemah sekarang, aku alihkan pandangan bersama air mata yang lebat menuruni pipi.

Suami berlaku curang depan mata.

Cukup.

Cukup buat aku hilang segala yang aku simpan dan lindungi. Cinta, Sayang dan Kasihnya aku pada lelaki itu.

Aku mengheretkan diri keluar rumah. Pintu rumah aku tolak dan meloloskan diri. Sengaja aku menghempas kuat pintu rumah agam itu.

Langit malam juga turut menangisi bumi seperti aku meratapi hati yang berkecai seribu.

Aku berlari meninggalkan perkarangan rumah dibawah hujan yang mencurah lebat. Takku endahkan kuyup dan sakit yang menanti.

Sampai masa untuk aku ikut kata hati.

Vomments ❤️
Ending nak dekat da. Cepatlah habis. Min tak sanggup tgok korang tunggu ")

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang