MIN YOONGI | COMPLETE STORY
Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan.
Dendam berlawan Cinta.
Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu?
14SEPT - 4JAN
S"2"19
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Da sampai 31 draft buat semalam so yea daily update! Otw. 🌼
Hyomin's
Aku berlari sekuat hatiku dengan deraian airmata yang tak berhenti mencurah ke pipi. Pandangan aku tajam melihat setiap nombor wad di Hospital Besar Janghwa.
Kedua kakiku kian lemah membuat aku melangkah perlahan. Aku berdoa agar orang yang aku sayangi dapat diselamatkan.
Aku tetap mengheret kaki yang tersarung kasut lusuh dilantai dingin hospital. Bilik 776 segera aku ceroboh dan melihat sekujur tubuh terbaring dikatil yang sudah diwarnai darah.
"Min-ahh.." Jimin yang berdiri disisi katil segera mendakap tubuhku yang hampir hilang keseimbangan.
Aku menekup mulut melenyapkan suara tangisanku yang kian meninggi. Sungguh aku tak berdaya, melihat ibuku berselirat dengan wayar dan luka mahupun lebam diwajahnya. Aku menyebamkan wajah pada bidang dada abangku yang turut bersedih.
Hari berganti minggu, dengan kekuasaan tuhan. Aku dapat mendengar suara ibu dan sentuhan hangatnya walaupun dia masih bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Nampak sahaja dia seperti makin pulih akan tetapi turun naik tekanan darah dan kuantiti oksigen menggusarkan hatiku.
"Omma nak makan buah apa? Min, bawak macam-macam.." aku memengang bakul buah menunjukk isi buah-buahan yang pelbagai jenis daripada masam hingga manis.
"emm, epal merah tuh lah.." jari ibu menunjuk pada epal merah terus aku ambil dan potong.
Jauh dari sudut hati ibu, memikirkan sesuatu mengenai hajatnya kepada anak dara sulungnya.
Walaubagaimanapun, ibu harus berterus terang sebelum dia terlambat. Dia takut keadaan akan semakin teruk jika dia tidak bertindak lebih awal.
"Hyomin-ahh, abang kamu mana?" ibu berbasa-basi.
Aku mendongak dan memberi sepotong buah.
"Ada keja sikit, maklumlah dia balik dari Jepun pun secara mengejut kan? Mesti pihak universiti tertanya-tanya pasal abang." Jawabku.
Ibu mengangguk perlahan tanpa menggigit epal ditangan.
"Omma ada apa-apa nak cakap ke?" wajah resah ibu aku tatap sebelum menyambung memotong epal.
"Hyomin, kamu tahu kan tentang tunang Yoongi, Dilraba?" aku hanya mengangguk, timbul rasa kecewa dihati. Tanganku digenggam erat oleh ibu.
"Omma pasti kamu ada perasaan cinta pada Yoongi kan? Omma nak kamu kahwin dengan dia boleh?" permintaan Ibu menyentap jiwa dan rohku.
Mataku membuntang sakan.
"Omma cakap apa nih? Min, tak anggap Yoongi lebih dari seorang abang atau senior. Lagipun, sejak zaman U lagi Kak Di dengan Yong bercinta. Min, tak nak jadi pemusnah hidup orang.." aku menarik tangan dengan cara lembut serta gelengan kecil.
Tapi tipulah aku tak simpan perasaan terhadap Yoongi. Keakraban antara Min Yoongi dan Hong Dilraba di Universiti Antarabangsa Korea berlayar dimindaku.
Mereka sangat cocok bagaikan pinang dibelah dua.
Oleh kerana itulah, pasangan sama padan itu menjadi buah mulut warga Universiti. Dilraba atau lebih dikenali Kak Di tak pernah sombong, baik hati dan sentiasa memberi sokongan terhadap junior-junior.
Sekali lagi, tanganku menjadi mangsa tarikan ibu. Wajahnya yang berharap itu dipamerkan membuat ego aku lebur begitu sahaja.
"Kita kena selamatkan Yoongi dari Dilraba. Kalau dia teruskan perkahwinan tuh, Yoongi akan ditipu seumur hidup. Kita sama-sama nampak Dilraba mabuk dengan lelaki kereta mewah tuh kan?" bersungguh-sungguh Ibu mengharapkan aku menjadi Heroin dalam hidup Yoongi.
Bukan aku tak mahu, tapi dalam keadaaan kritikal macam nih manakan nak Yoongi tuh terima aku.
"Itu dia punya masalah, ma. Kita tak usah masuk campur, dia bukan percayakan kita lagi malah dia halau omma 2 kali tau? Omma kena ingat Yoongi bukan Yong yang kita kenal dulu, sombong bodoh!" dalam aku mengingatkan ibu sempat aku mencaci.
Ibu langsung tak mahu mengalah, genggam disegera memperatkan lagi. Aku cuba menguatkan hati yang makin runtuh egonya.
"Sebelum omma mati, Min.. Kahwin dengan Yoongi ye, sayang? Janji dengan omma. Masa omma dah jadi abu, kamu kahwin pun jadilah.." Ibu mula merepek membuat aku berteriak.
"Omma..!"
"Jebalyoo, Hyomin-shhi.." rayunya dengan nada lemah.
Aku bingkas bangun dan melarikan diri. Kerusi ditepi dinding aku menghenyakkan punggung. Mataku kemerahan, fikiranku mula bersimpul. Seketika aku merenung lantai, ada sepasang kaki menghalang membuat aku mendongak.
"Abang?"
"Aku dengar apa yang omma hajatkan tadi. Aku tak kisah itu hajat terakhir or whatever dont ever you dare try to having relationship with the damn guy! Dia punca omma sakit!" Tempelak Jimin.
Belum sempat, aku membuka bicara Jimin sudah berlalu pergi.
"Abang.. abang!" Panggilanku diendahkan.
Aku mematikan lamunan setelah pintu kereta aku tolak kuat. Sejak aku bersetuju tentang permintaan Ibu, Jimin terus menghilangkan diri.
Aku mencari seluruh pelosok bumi Korea tak terlepas juga di tempat Jimin melanjutkan pelajarannya, Jepun. Keluhan dilepaskan sambil meninggalkan pondok tempat letak kereta.
Walaupun halaman luas rumah agam Yoongi agak kelam apabila malam menjelma, mataku masih jelas melihat seseorang lelaki tinggi lampai, rambut dirapi kebelakang menunjukkan dahi bersihnya tambah pula wajahnya tampan bila digayakan cermin mata.
Betullah sangkaanku, itu senior aku. Kim Seokjin.
Langkahku dilajukan ke arahnya. Nampak dia seperti tegesa-gesa.
"Annyeong, Jin sunbaenim? Ingat lagi tak, Min? We had meet before at.. Party last year, I guess.." hampir sahaja aku memusnahkan perjumpaan singkat kami jika aku tak ingat dimana kami berjumpa lagi parah kalau dia pun tak ingat.
"Yaya, I remembered that.. How could me to forget your black chicken tapi bab merasa.. kalah cef 5 bintang komen.." Seokjin membuka cerita lama.
Manakan tidak, berasap dapur fakuliti masakan disebabkan ayam hangus yang diberi nama Black Chicken.
"Jin sunbae tak nak bukak restoran mana-mana permis dekat Kota Seoul gerenti pelanggan tak putus-putus. Min pun lama dah tak merasa air tangan Jin sunbae.." tak berhenti aku memuji senior.
Sudahlah tampan pandai masak pula, untung siapa yang kahwin dengan lelaki sepertinya.
"Sedang diusahakan.. Apa-apa nanti, saya beritahu awak. Saya dah terlambat nih lain kali kita set date jumpa, manalah tahu saya rajin nak masak untuk pengkritik makanan yang bertauliah nih?" Seokjin masih usik-mengusik walaupun mengejar masa.
"Hahahaha baiklah, selamat jalan!" aku melambaikan tangan ke arah tubuh Seokjin yang makin tenggelam dalam kegelapan malam.
Agak-agak apa tujuan Seokjin berkunjung ke sini? Walaupun Yoongi dan Seokjin rakan seapartment tapi aneh juga bila bersemuka dia di sini. Mungkin melepaskan rindu?
Pintu aku kuak perlahan, rongga hidungku terhidu sesuatu yang mengeliurkan amilase ditekak.
Adakah ini punca kedatangan Kim Seokjin?
Mataku mula berputar-putar.
Vomments 🌼❤️
Ada yang nak tgok yong fullheart tak? Selalu heartless kan? Hehe