16

312 43 20
                                    

Maaf lambat update,
Min mental brokedown semalam hihi.

Enjoy borahaegi😆❤️

*
*
*


Hyomin's

Aku membaca isi surat perjanjian yang dibuat oleh Min Yoongi. Aku hadam semua syarat yang tersenarai. Sudah pasti, Yoongi takkan terima aku sebagai isteri dengan mudah. Rupanya, dia sudah merancang dari awal.

"Mama tak setuju!" Puan Min tetap berpihak pada aku.

"Yoongi, fikir Hyomin nih hamba kamu ke?" kata Tuan Min pula.

"Yoongi dah turutkan permintaan semua orang.. jadi Yoongi nakkan balasan itu sahaja." Yoongi hanya duduk bersahaja sambil melihat surat yang dipegang oleh aku sendiri.

Aku meniti kembali syarat-syarat yang tersenarai.

1. Perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.
2. Perkahwinan dan kewujudan Park Hyomin dirahsiakan dari pihak media dan masyarakat kecuali keluarga terdekat demi menjaga kualiti dan populariti Gospel Ent dan aku sendiri daripada pihak paparazzi tak bertauliah.
3. Seandainya, perkahwinan ini membawa kemudaratan antara satu sama lain sehingga berlarutan 6 bulan. Surat penceraian akan disediakan.
4. Setelah Park Hyomin sah menjadi isteri. Park Hyomin perlu turutkan semua kehendak aku tak kira apa jua keadaan dan jenis permintaan.
*ini syarat permulaan jika ada penambahan akan diberitahu kelak.


"Min, cakaplah yang Min tak setuju bukan?" soal Puan Min sambil menggegar tanganku.

"Itu cuma syarat bodoh sahaja Hyomin. Kamu ada hak untuk bantah." Tegas Tuan Min turut risau keadaan Hyomin.

Aku melihat kedua wajah mertua sebelum aku mencapai pen dimeja dan turunkan tandatangan. Min Yoongi tersenyum puas.

"Demi menjaga nama baik Yoongi, Min turutkan segala arahan Yoongi janji permintaan omma sudah ditunaikan."

Aku mengoyakkan senyuman untuk sembunyi segala perasaan berbaur dalam hati.

Terhenti penceritaan aku tentang titik tolak bermulanya aku hidup dengan manusia bernama Min Yoongi, senyuman lemah aku ukir dibibir. Kim Taehyung menunjukkan riak tidak pecaya. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Haha, tak lawaklah Min. Aku langsung tak percaya apa yang kau cakap. Usia kau terlalu muda untuk berkahwin bukannya sebulan dua tapi dah 5 bulan kau kahwin dan hidup dalam kesengsaraan? No no no! Itu bukan Hyomin." Lelaki itu tak mahu percaya.

"Ini semua permintaan terakhir omma aku sendiri, tae. Dia terlalu sayangkan Yoongi lepas Jihyun mati."

"Tapi kenapa Min? Kenapa kau tak pernah nak cerita walaupun aku bukan sesiapa pun.. Entahlah aku malas nak berbalah dengan kau."

"Hantar aku balik, taee. Aku pasti dia tahu aku dekat sini. Dia tuh kekadang licik." Risau pula Taehyung jadi mangsa.

Hari sudah berlarutan malam, sejak petang tadi aku masih di apartment Taehyung. Timbul rasa pelik berduaan di rumah Taehyung.

"Aku yakin kalau kau balik, lebam dimuka kau bertambah Hyomin." Mata Taehyung teralih pada lebam di hujung bibir dan mataku.

"Aku lapor pada polis kalau macam nih.." tambah Taehyung terus mengeluarkan telefon tapi Hyomin menahan daripada berbuat sedemikian.

"Jangan! Tolong jangan, Taehyung-ah. Kalau kau lapor pada polis, persahabatan kita serta-merta putus." Ugutku.

Sekejam mana suami aku, tidak tergamak aku untuk sumbat dia dalam penjara.

"Hyomin-ahh, jebal.. Aku tak sanggup tengok kau macam nih.." rayu Taehyung melirih sekali.

Pipiku yang sedikit cengkung ditekap. Mata Taehyung mula berkilat

"Kau tak patut nangis sebaliknya aku yang nangis, Taehyung. Ini semua ujian aku. Kau sendiri cakap yang aku tak boleh mudah mengalah kan?"

Walaupun sakit, aku tetap menguntumkan senyuman. Aku turut mengusap belakang tangannya yang hangat menyentuh pipi aku.

Tok! Tok! Tok!

Ketukkan pintu bertalu-talu dan suara yang memanggil namaku membuat aku kembali trauma.

Sudah pasti itu Min Yoongi.

Taehyung berura-ura mahu pergi tengok. Laju lengannya aku rangkul erat.

"Itu mesti Yoongi, Tae. Tolong biasakan diri buat-buat nothing happen." Pinta aku

Rengusan kecil kedengaran terhembus dibibir Taehyung. Tangan aku ditarik ke dalam genggamannya. Tubuh lemah aku didakap erat seketika. Hangat tubuhnya bagai menghapus segala sengsara yang bersawang dalam diri.

"A-aku sayang kau Hyomin. Aku takut kau diapa-apakan. I swear to god, anything bad happen to you. Hes gonna die by myself, Hyomin." Helaian rambutku digenggam.

Dalam kebingungan, aku cuba fahami apa yang dia cuba katakan. Tapi suara Yoongi yang memanggil dari luar mematikan niat aku.

Taehyung terus menarik tanganku berjalan ke arah pintu. Hampir sahaja, aku berlaga dengannya apabila dia berpusing mengadap aku secara mendadak.

"Please be safe? Ambil nih, simpan elok-elok untuk kecemasan." Tanganku ditarik dan sebuah IP5 dihulur padaku.

Nampaknya Taehyung sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

"arraso." balasku sambil menepuk lengannya agar bertenang.

Berat sunggguh, hati Taehyung untuk melepaskan aku tapi memikirkan ugutanku membuat segala terbantut. Pintu dibuka luas dan seperti disangkakan Min Yoongi sudah menunggu di depan pintu

"Sini rupanya Hyomin. Puas, Yong cari.." ujarnya dengan nada kerisauan.

Palsu. Semuanya palsu semata-mata! Wajah kerisauan kau langsung tak berharga kecuali elok tempat pelupusan sampah.

Pagar besi dibuka dan serta merta lengan aku ditarik oleh Yoongi. Makin lama makin diketatkan genggam. Taehyung seperti mahu bertindak tapi aku menahan dengan pandangan seolah-olah 'jangan'.

"Terima kasih, Kim Taehyung. Kamu banyak membantu Hyomin lepas dia dah takde ibu dan ayah. Gembira dapat bertemu kembali.Saya agak sibuk jadi mujurlah ada kamu tolong jagakan Hyomin." Yoongi lagak tenang seperti tiada rebut dengan senyuman mahalnya. Taehyung langsung tiada reaksi.

"Jom balik." Yoongi mula tinggal apartment.

Setelah aku dan Yoongi hilang dari pandangan. Taehyung memuntahkan pandangan pada telefon pintar yang menunjukkan dimana lokasi aku.



Vommentss ! ❤️😆

Siap siaga la, peperangan akan bermula sebentar lagi. Mungkin ia hari terakhir mereka bersama?

Ada yang sokong Hyomin mati dalam cerita ?

🥴😆

Jangan lupa klik binta oren. Laburkan komen ii yang membuat hari saya lebih indah!

💜🦄

HEARTLESS ' MYGWhere stories live. Discover now