47

337 27 37
                                    

Enjoy ! ")

Hyomin's

Gaun labuh aku tarik ke atas sambil berlari ke kaunter hospital. Jimin juga berlari mendapatkan aku. Tak pasal-pasal aku pulak jatuh, sekali kena tahan hospital.

"Nurse, ada pesakit nama Yoongi?" Soalku tergesa-gesa.

"Sebentar ye?" Jururawat itu mula memeriksa buku pendaftaran pesakit.

"Oh, ada. Bilik 116. Cik belok kiri dan terus."

Aku dan Jimin bergegas ke bilik wad yang dikatakan.

•••

Yoongi termenung melihat pemandangan dari jendela. Keadaan sunyi hanya bunyi tapak kasut berdetak di luar wad dan suara manusia yang berbual.

"Baik kau mati saja, Yoongi."

Tayar kerusi roda Yoongi gerakkan dengan tangan mendekati jendela. Gigi tingkap digenggam erat sambil menarik diri untuk bangun. Kakinya menggeletar tatkala cuba untuk berdiri. Mata Yoongi yang berkilat menjamah pandangan yang jauh menjunam ke bawah.

"Min Yoongi!"

Yoongi laju menoleh. Akibat kakinya yang masih lemah dia jatuh terjelepok ke lantai.

Hyomin dipintu berlari mendapatkan Yoongi. Bahu lelaki itu dipegang. Wajah Hyomin jelas memaparkan riak kasihan. Yoongi masih tidak mahu bertentang mata dengan gadis itu.

"Kenapa kau balik sini?" Ujar Yoongi perlahan.

Jimin yang menjadi pemerhati mula bersuara.

"Dah cacat macam ni masih nak sombong ke?" Tegas Jimin.

Yoongi menelan air liur. Terasa kesat dikerongkongnya. Dia cuba menahan air mata yang kian mengkaburi pandangannya.

"Apa yg cuba awak buat? Suicide? Lepas apa yg awak buat, awak nak mati macam tuh je tanpa melutut maaf?" Kata Hyomin.

Yoongi cuba melutut hadapan Hyomin sambil mengangkat kedua tangannya lalu disatukan tanda maaf. Perlahan mata lelaki itu menyelami mata hazel milik Hyomin lama.

"Aku minta maaf."

Terkumat-kamit Yoongi bicara tanpa suara. Dia disahkan lumpuh sementara dan sukar untuk bercakap disebabkan hentakkan kepala yang kuat. Kemungkinan juga lelaki ini tak boleh bercakap dan berjalan lagi.

"Yoongi.." panggil Hyomin.

Hyomin juga melutut dan menarik tangan Yoongi lekap pada perut kempisnya.

Yoongi yang tersedu sedan mula memandang pelik.

"Janji dgn saya. Awak betul-betul berubah, Yong! Walau bukan demi saya sekalipun, tapi.. demi bayi dalam kandungan nih. Demi anak awak sendiri, yong!" terketar-ketar suara Hyomin menegaskan kemahuannya.

Yoongi mengangguk laju bersama linangan airmata.

Yong menarik kepala Hyomin lalu dahi gadis itu dikucup lama. Tubuh hyomin ditarik ke dalam pelukan erat.

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang