Alert ! The real SUGA is comin.
Get a deep breath.
❤️Min Yoongi termenung jauh lalu mencicip kopi susu yang dibancuh oleh Jeon Hyomin, isteri atas kertas. Tersengih dia mengingati tindak-tanduk Hyomin.
"Mudah terpedaya tak kiralah Hyomin ke Dilraba ke sama je.. Nampaknya strategi aku berjalan lancar." Dia tergelak kecil. Geli hati rasanya melihat perempuan-perempuan itu dijadikan boneka.
Segalanya, hanyalah helah dan gimik. Dia sengaja pujuk Hyomin kembali agar ibu dan ayahnya memberi perhatian padanya dan sayanginya. Bukan itu sahaja, Min Yoongi dapat cemburukan Dilraba dengan kemesraan palsunya bersama Hyomin agar Dilraba tidak berhenti mengampunya dan menangih cintanya.
Otak dan hatinya, tiada lagi perasaan cinta. Terlalu banyak dendam. Dia merasakan dia ada hak untuk balas dendam dengan cara begini. Disebalik topeng malaikat melekat dimuka Yoongi tersembunyi wajah syaitan yang paling lahanat di dunia.
Terkadang, dia pun bingung. Adakah perasaan cinta pada Dilraba betul-betul hilang? Sejak berjumpanya tempoh hari, wajahnya memucat seperti melawan sakit timbul rasa risau.
Hyomin?
Dia tak layak merasai kasih sayang sebab Hyomin dah rampas kebahagiannya sebelum ini. Cinta palsu lagi sesuai untuk anak pungut macam dia.
Ah! Semua tuh tak penting yang penting dendam kesumat aku terbalas jua. , tekad Yoongi dalam hati.
"Jauh termenung?" Hyomin merangkul leher Yoongi dari belakang.
"Kita pergi honeymoon nak?" soal Yoongi, lagak tenang untuk lari dari soalan Hyomin tadi.
Hyomin mula menarik kerusi lalu duduk di hadapan Yoongi yang mengadap pemandangan Kota Seoul.
"Kita pergi Saipan nak?" soal Yoongi, lagak tenang untuk lari dari soalan Hyomin tadi.
Hyomin mula menarik kerusi lalu duduk di hadapan Yoongi yang mengadap pemandangan Kota Seoul."Saipan? Tempat tuh panas tau? Kang ada saya sorang je pergi merayap yang awak duduk hotel sepanjang masa." Ujar Hyomin yang sudah masak perangai suami.
Manakan tidak, Min Yoongi kan ais batu. Ada yang cair berpanas bawah matahari. Saipan bukan tempat bersuhu dingin macam Korea. Berpanas dari pagi hingga ke petang mungkin berangin sikit.
"6 bulan kahwin tak nak merasa berbulan madu ke? Awak tak cemburu setiap kali tengok Insta ada jee pasangan happy-happy pergi honeymoon? " soal Yoongi dengan pandangan sedikit tidak puas hati dengan jawapan Hyomin berasaskan alasan.
Hyomin terjeda dengan apa yang Yoongi katakan, adakah dia mengetahui yang Hyomin sering melihat percutian-percutian seperti lelaki itu katakan?
Sungguh Hyomin mahu bercuti bersama suami demi meraikan cinta mereka yang makin mekar. Akan tetapi, bagaimana kerja-kerja Yoongi diofis? Tidakkah menjadi keberatan untuk ditinggalkan.
"Kalau tak nak takpe saya batalkan yang Puan Kang prepare semua." Telefon pintar sudah dikeluarkan dan mencari nombor Puan Kang untuk batalkan tiket penerbangan mereka.
"Ehh, bukan macam tuh!" tangan Yoongi digenggam menghalang perbuatan Yoongi. Yoongi hanya menunggu alasan seterusnya.
"Awak ada banyak keja dekat ofis macam mana nak pergi bercuti? Karier awak penting, Yong." Terus terang Hyomin, dia pun tahu suaminya sayangkan kerjaya sebagai pemilik syarikat hiburan.
"Syarikat saya dah mampu berdiri megah macam syarikat lain, Min. Kalau saya takde pun saya ada pekerja-pekerja yang bertauliah mampu gantikan saya dan syarikat saya takkan muflis dengan mudah, Min. Sampai bila saya nak hadap kerja yang semakin hari semakin menyerabutkan otak ada baiknya saya hadap muka awak hari-hari lagi senang hati." Jelas Yoongi yang kelihatan ikhlas dari hari. Tangannya mencubit pipi lalu mengelus rambut panjang Hyomin.
"Haa yelah tuh.. Layan drama awak buat saya lapar!" Hyomin tersengih lalu beredar dari tempat duduk.
Ya tuhan, cair habis hati nih!
"Elelelelelele, melting ke hakak Pony?" nama akaun Instagram milik Hyomin disebut.
Hyomin memadang Yoongi dengan mata mengecil."Saya pepejal yang bukan diperbuat daripada air yang boleh cair-cair lain lah awak, suami ais batu!" ejek Hyomin sambil menjelir lidah.
"Min Hyomin cuba ulang apa yang awak kata tadi? Ada kena terkam awal-awal kang?"
Yoongi mula membuka langkah seribu mengejar Hyomin yang lenyap naik ke atas.
Vomments ❤️
Kemanakah kan terbawa kepalsuan ini, Yong?
Tertwist kah anda ?
Silalah komen apa perasaan anda disini
YOU ARE READING
HEARTLESS ' MYG
FanfictionMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19