Prologue🌻

747 67 11
                                        

•••

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

•••

Kereta diberhentikan di perkarangan rumah tetamu yang jauh dalam kawasan hutan berbukit. Park Hyomin membuka tali pinggang dan mencapai beg galas di kakinya.

"Esok aku ambil kau balik. Lambat, tinggal." Ujar Min Yoongi dingin tanpa riak.

Stereng kereta menjadi tatapan lelaki dingin itu. Sikitpun wajah Hyomin tidak dipandang.

"Awak—"

"Keluar." Pintas Yoongi laju.

Hyomin tersenyum lemah tanda faham. Dia terus keluar dari perut kereta. Belum sempat Hyomin mengucap terima kasih, laju kereta Mers itu menuju keluar dari perkarangan guest house.

Beg galas digalas pada bahu. Gaun putih yang labuh yang masih tersarung ditubuh gadis itu dipandang sebelum air matanya mengalir deras.

•••

Gaun perkahwinan yang terlipat kemas di meja solek, Hyomin usap perlahan. Matanya mulai membahang.

"Permintaan Omma, min dah kotakan. Min rela tanggung sakit perih nih demi omma." Gumam Hyomin perlahan.

Perlahan tubuh Hyomin mendarat di atas toto tebal. Bantal di kepalanya mula dibasahi airmata yang tidak berhenti mengalir.

Hyomin cuba melelapkan mata walaupun otaknya berat memikir pelbagai perkara.

Ting!

Mata Hyomin kembali segar semula. Telefon pintar ditepi bantal dicapai. Skrin dihidupkan. Mesej dari abangnya membuat Hyomin bangun dari pembaringan.

Miniehyung🌙
Jangan cari aku lagi. Kau bukan adik aku. Omma baru je mati, kau boleh bergembira dengan perkahwinan bodoh kau tuh?
Kau memang anak tak guna.

Hyomin menekup mulut kuat menahan suara tangisan yang makin kuat. Perlahan telefonnya terlucut dari pegangan. Hyomin memeluk lutut dengan erat.

Kini suara tangisan menguasai bilik yang gelap dan sunyi.

Serupa diri dan hatinya.

Kosong tanpa cahaya.












Rate 1-10
Coming soon.

Disclaimer:
Kalau dari cover ff, jennie kim kan? Itu cuma face claim je. Mengikut Min bukan dia heroin dalam cerita nih. Tapi its up to readers untuk reka wajah heroin.

Mengikut min, heroin cerita nih. Dia hanya gadis polos biasa.

Lepas exam lastyear(11/10). Min akan usaha ff nih sampai habis. Insyallah. Cheering me up!✨

HEARTLESS ' MYGCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang