23

282 35 10
                                    

Ekcheyus me, enjoy ! ❤️😂
Ade character peguam ia dedikasi oleh kkaebsongwife

***

Hyomin's

Just keep breathin' breathin' breathin'
All you have keep
Keep on breathin'
Umm
Feel my blood running~

Bunyi hembusan mesin pengering yang bingit bergema dalam bilik air seiring aku bernyanyi kecil. Aku mengeringkan rambutku untuk sekian minit. Wajah tanpa solekan, aku tenung pada pantulan cermin. Rase tak ngaku diri jugak tapi itulah diri sendiri.

Normal bukan? Insecure dengan diri sendiri.

Terlintas suara-suara rakan lelaki zaman sekolah menengah. Mereka kata perempuan neutral beuty lagi cantik. Mati-mati, aku menidakkan fakta tersebut.

Bagi aku, muka yang lengkap 'peta negara' harusah ditutup dengan bedak dan foundation berinci-inci agar tak pecah rahsia negara!

Ting! lampu kecil mengelip di hujung telefon pintarku.

Aku terhenti untuk meraban tentang negara dan mengeringkan rambut. Ikon mesej segara dibuka. Aku nak bebel mesti ade yang jeles.

Hyun Ae

Remember our meeting? Jumpa dekat Omma Café, 9 am.


Aku menghela nafas. Pesanan daripada pendakwa raya membuat jiwa dan rohku meronta-ronta.

Takut pun ada. Apa sebabnya pun tak tahulah. Mungkin sebab bakal jadi janda gamaknya.

Pintu bilik air dibuka dan mataku menangkap susunan buku-buku rujukan dan tag identiti pelajar perubatan di meja belajar.

Sepatutnya, aku berada dalam dewan peperiksaan tapi aku perlu menjadi diri aku yang sebenarnya.

Aku tersenyum sendiri. Wajah Taehyung bermain dalam fikiran, tiada khabar berita pun tentangnya.

Nak telefon, nombor hilang.

Yelah fon lama dah kena baling oleh manusia tak semegah tuh. Hm, sadis.

Aku masih ingat semasa aku di rumahnya, dia tetap tak percaya aku isteri Min Yoongi sangkaannya Yoongi hanya penjaga aku yang kejam. Walaupun, setelah segala-galanya diterangkan.

Taehyung, jangan kata kau punya perasaan pada aku. Kau tinggalkan aku dengan hidup serba tak kena.

Pergi tanpa khabar seperti mahu membuang dirinya jauh dari aku sendiri. Pintu terkuak membuat aku tersedar dari lamunan. Aku mengalihkan pandangan ke arah figura yang masuk tanpa izin.

"Mana—oh maaf maaf, Min! Yong fikir sayang takde dalam bilik.." Yoongi tertunduk-tunduk pabila melihat aku dengan jubah mandi.

"Awak nak apa?" soalku, tahu tak nak pandang masih tercegat kat situ jugak acah malu. Cis!

"Em, sayaaa... saaayaaa.."

"Saya apa?!" Sergah aku

"Awak tak pergi U ke? Saya hantarkan!" terus laju dia bercakap.

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang