Enjoy ❤️
Double update 😆Hong Dilraba mula berjalan dengan penuh karisma. Detakkan tumit tingginya bergema di bangunan Gospel Ent. Cermin mata hitam dibetulkan sebelum dia memasuki lif yang terbuka.
"Kalau boleh merah lagi bibir tu, kakak oi." Usik Soobin disebelahnya.
Dilraba tergelak sinis.
"Tak perlu kau perli-perli aku. Baik kau fokus dengan kerja kau." Balas Dilraba dengan angkuhnya.
Pintu lif terbuka lalu Dilraba mula mengorak langkah keluar. Tanpa berpaling ke belakang. Soobin yang tinggal di dalam tersengih sendirian.
"Tsk, bergegarlah pejabat abang ipar tak jadi tuh." Umpat Soobin hampir berbisik.
•••
"Excuse me, Min Yoongi ada dekat dalam?"
Hyomin yang sedang sibuk dengan jadual dan urusan minit mesyuarat terpaksa bangun dan mendongak demi menghormati tetamu majikan walaupun dia suaminya sendiri.
"Maa—"
Dilraba mula menanggalkan cermin mata dan tersenyum mesra ke arah wajah Hyomin. Gadis itu juga perhati Hyomin atas bawah.
"Hai, keja jadi P.A je? Masih tak mampu lawan saya kan? Eh, bukan tak mampu, tak layak pun sebenarnya." Dilraba menahan tawa.
Hyomin mengetap rahang menahan rasa geram. Dia paksa bibirnya mengoyakkan senyuman.
"Puan—"
"Cik please! Kecuali saya dah kahwin dengan Pengarah Syarikat Gospel Ent." Katanya lagi bersama senyuman bibir merahnya.
Hyomin hampir hilang kesabaran namun dia cuba bersabar. Dia perlu jadi profesional.
"Cik Hong Dilraba boleh tunggu dekat sofa sana? Tuan Suga sedang berbincang dengan rakan pejabatnya dan tak mahu diganggu. Terima kasih." Ujar Hyomin dan kembali fokus pada kerjanya.
Dilraba menongkat bahu lalu pergi. Mata Hyomin tajam mengekori Dilraba yang seksi berpakaian blaus dan skirt ropol parat peha. Pasti Yoongi tegoda!
"Apa yang dia nak buat ha?! Dia dah ada Luhan nak kebas laki aku pulak? Eh, tapi dia suruh panggil cik maksudnya..?" Gumam Hyomin.
Komputer disisinya menjadi tumpuan. Laju tangan gadis menggerakkan tetikus lalu menekan ikon Google lalu menaip tentang hubungan Hong Dilraba dan Luhan.
Luhan ditangkap basah bersama model China di Hotel.
Dilraba bercerai kerana kecewa
Luhan mengaku tidak bersalah atas kejadian malam itu.
"Wah, tengah panas lagi rupanya. Eh, kalau ye bercerai dia nak yoongi balik ke? Pig punya perempuan. Dah ludah jilat balik. Hergh!" Guman Hyomin.
Pintu pintu tertutup buat Hyomin terdiam. Matanya melirik ke arah rakan pejabat Yoongi yang beredar nampaknya mereka sudah siap berbincang. Hyomin terkedek-kedek ceroboh bilik Yoongi.
Pintu ditolak tanpa diketuk lalu dikunci. Yoongi yang sedang menaip pada komputer terus berhenti melihat gadis itu tergopoh-gapah.
"Wahh, sedapnya buat macam rumah main terjah je. Pikir ni ofis bapak awak ke?" Perli Yoongi.
Hyomin terus menampar meja buat Yoongi berkerut dahi. Lain macam pulak perangai isterinya sorang ni?
"Dilraba." Sebut Hyomin dengan riak dingin.
"Asal dengan dia?"
Hyomin berpaling ke jendela kaca dan berpeluk tubuh. Dia masih ragu-ragu dengan Yoongi.
"Asal awak kata? Eleh, dia nak jumpa awak lah! Mesti awak tergoda dengan dia nantikan? Yelah, saya ni sape je.. dahlah saya nak panggil diaa. Kopi buat sendiri!" Geram Hyomin lalu beredar.
Lantas, Min Yoongi bangun dari zon selesa lalu berjalan laju mendapat gadis itu. Bahu Hyomin ditarik agar berpusing ke arahnya lalu ditolak bersandar pintu. Pergerakkan Hyomin dikunci dengan tangan Yoongi sendiri.
Mata mereka saling berpandangan.
"Apa awak nak buat? Tak yah nak pujuk saya. Saya dah lali dengan semua ni." Hyomin melarikan pandangan.
Cup!
Mata Hyomin terbuntang seketika walhal Yoongi menikmati disaat itu tanpa bunyi. Perlahan, Yoongi berundur lalu menyeluk kedua tangan ke poket.
"Saya milik awak seorang jaa, Min. Saya tak nak hilang awak itu kali kedua."
Wajah Hyomin mula kemerahan, dia terus keluar dari pejabat Yoongi dekkan tak tahan kepanasan yang dibawa oleh lelaki itu.
Vomments❤️
😆🤭
Chapter ni idk la gaess

ANDA SEDANG MEMBACA
HEARTLESS ' MYG
FanfictionMIN YOONGI | COMPLETE STORY Bahagia yang disulam kesengsaraan dan kegelapan. Dendam berlawan Cinta. Siapa yang akan jatuh ke tanah dahulu? 14SEPT - 4JAN S"2"19