24

271 32 11
                                    

Enjoy ❤️

Hyomin memandang kiri dan kanan mencari tuan rumah. Sejak gadis itu pulang, Min Yoongi menghilang kalau tidak muka dia sahaja muncul.

Di sebalik jendela putih yang mengerbang ada seseorang duduk ditepi kolam. Hyomin berlari kecil mendekatinya.

"Yoongi, kita perlu berbincang." Tanpa pembuka bicara gadis itu dengan menegur Yoongi dari belakang.

"Hm, duduklah sini." Yoongi memandangku sekilas dan menyapu lantai bermozekkan batu-batu kecil dengan tangan bersebelahannya.

Tanpa berlengah, aku terus melabuhkan punggung di sebelahnya dan kaki aku celup dalam kolam seperti Yoongi lakukan sekarang.

Nasib aku memakai seluar pendek kalau tidak basah. Aku agak menggigil apabila sejuk air menucuk hingga ke tulang tambah pula angin malam.

"Boleh awak mengaku salah masa pembicaraan nanti? Saya bayar balik duit awak upah peguam. Saya tahu peguam dari Syarikat HwangJa tuh mahal jadi saya sanggup bayar.." bersungguh aku memujuknya.

"Saya upah peguam mahal bukan untuk saya tapi untuk awak." Yoongi memandang tepat ke mataku.
Ini yang aku lemah.

"Apa maksud awak untuk saya? Selagi—"

"Jangan bercerai dengan aku, bagilah aku peluang untuk tebus silap aku. Aku letih jadi bukan diri aku bukan bermakna aku berpura-pura kau sendiri tahu aku nih macam buat-buat tapi sebenarnya tak. Aku cuba jadi seseorang yang kau nak. Tolong aku, min?"

Aku menelan air liur yang terasa kesat. Aku mudah terkesan dengan luahannya kalinih cepat-cepat aku kalihkan pandangan. Mencari kekuatan.

"Kita tak sehaluan. Awak penat saya lagi penat. Jadilah diri awak tiada yang menghalang.."

Aku terdengar bunyi percikan air malah terpercik ke wajahku. Aku melemparkan pandangan tubuh Yoongi yang makin tenggelam dalam kolam. Aku tergamam seketika.

"Y-yoongi!"

•••

Pek berisi cecair menitis satu demi satu dan melalui tiub jarum IV ditangan Min Yoongi. Muka pucat Yoongi pandang seketika sebelum doctor persendirian Yoongi menyudahkan pemeriksaannya.

"Tuan Min mengalami sedikit tekanan dan kurang berehat. Mujurlah tiada apa yang serius berlaku. Saya beransurlah dahulu, ada apa-apa boleh call saya." Ujar doktor lelaki yang bernama Yung San.

"Kamsahamnida, doc." Aku menunduk padanya dan kembali duduk dibirai katil Yoongi.

Lilin aromaterapi menguasai bilik membuatkan Yoongi bersuara. Tiba-tiba, tanganku digenggam oleh Yoongi yang mengingau.

"Jangan tinggalkan, Yong! Omma.. Yong minta maaf.."

Aku mengangkat tangan dan mengusap kepala Yoongi dengan lembut. Itulah tabiat ibu aku ketika menjaga Yoongi dulu.

Aku menjadi berbelah-bagi. Patutkah, diberi peluang kedua?

Deruan nafas terasa pada bang rambutku. Perlahan aku mencelikkan mata, cahaya pagi menerobos ke retina membuat aku lembap meneka keberadaanku.

Baru aku sedar, aku di dalam dakapan Yoongi. Mesti aku terlelap semalam manakala Yoongi ambil kesempatan.

"Yoongi.." lengannya aku goncang.

"hmm.." dia menjawab dan kembali dengan dengkuran halus.

"Saya kekurangan bukti dan saya akan kalah dalam perbicaraan. Awak akan kembali seksa saya ke, Yoongi? Jawab dengan jujur." Aku bertanya walaupun deruan angin sahaja yang menyambut.

Terus mata Yoongi segar bugar. Min Yoongi menurunkan badan agar wajah mereka berdepan-depan.

Cup! Ciuman didahiku.

"Tebus segala kesakitan yang menimpa kepala awak."

Cup! Ciuman dipipiku.

"Tebus segala susah payah mulut awak nak  y mengunyah disebabkan tamparan perit yang saya bagi tanpa sedikit serbasalah."

Cupp!

Ciuman dibibir ditahan selama seminit tanpa aku balas. Aku terkedu dan terkelu. Namun aku tidak membalas ciumannya.

"Dan jawapan saya tidak, sayang. Saya takkan ulang silap yang sama. Saya berjanji, Min Hyomin." Dahinya dilaga dengan dahiku.

Aku terus bangun dan menyebak rambut ke belakang. Terpejam mata aku.

Boleh jadi GILA macam nih.

Dia 'rasuah' aku.

Jariku yang tersarung cincin permata biru dipegang oleh Yoongi  dari belakang. Dia back hug pulak.

Aku buat-buat tak endah, sibuk memikir.

"Aku mimpi omma.. Dia minta tolong.. Dia tahu pasal kita, Min. Tak sedih ke?"

"Shut up your mouth! Kau takpayah usik pasal omma dalam hal nih! Ini semua berpunca dari kau!" aku terus bangun dan berendar. Percakapanku mulai berubah.

Sesaat aku keluar, Yoongi merebahkan tubuh dan menghela nafas. Penat. Letih. Berat sungguh, ujian yang menimpa dia kini.




Vomments ❤️

Gimana reaksi kamu semua dong?

HEARTLESS ' MYGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang